:: Yes @ No? Maybe Mungkin ::
Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 10/23/2010 10:55:00 PG
3
Hins... Hins... Hins... Mana satu nak pilih?
Yes / No / Maybe. Kalau pilih Yes, wajib hadir walaupun apa cara sekalipun. No, jiwa kental kena pilih ni menunjukkan kita tak berminat langsung untuk hadir. Maybe, antara pergi ataupun tak pergi...
Pilihan di atas bukanlah soalan peperiksaan UPSR, PMR, ataupun SPM yang dalam kata lainnya soalan objektif. Biasanya soalan objektif tercetak jawapan (a) / (b) / (c) dan juga (d). Soalan objektif ini walaupun susah, tetap akan dapat dijawab. Otak sentiasa mendadu jawapan mana yang sesuai dipilih walaupun ianya langsung tak tau dijawab oleh penjawab soalan. Soalan tu juga kekadang ada tercetak (d) - tiada jawapan di atas. Mungkin kerana soalan tersebut hanyalah soalan andaian yang menduga penjawab soalan sama ada penjawab soalan tahu atau tidak jawapannya.
Berbalik kepada pemula perenggan utama di atas, soalan yang diajukan bukanlah susah manapun. Cuma ada 3 pilihan berbeza dengan kertas soalan peperiksaan yang mempunyai 4 pilihan. Soalan 3 inilah yang kadang-kadang sangat sukar dijawab oleh pemilih. Ianya membabitkan perasaan nak atau taknak.
- Pilihan Yes dah tentu menggembirakan penganjur. Kita hadir, meraikan mahupun diraikan meningkatkan kesedaran bahawa kita ambil kisah apa yang penganjur harapkan....
- No, pilihan Ada Aku Kesah ataupun langsung tak nak hadir. Pilihan ni dah tentu si pemilih tak berhati perut. Sanggup membuatkan penganjur merasakan mereka langsung tidak berminat pada jemputan mereka.
- Maybe, pilihan selamat bagi mereka yang taknak rasa penganjur tu rasa apa-apa. Mungkin boleh jadi sama ada hadir ataupun tidak.
Perlu ke ngan pilihan Maybe? Tak payah ada pun lagi bagus. Tak mendatangkan faedah pun kalau dipilih. Kalau Pilih Yes atau No, wujud kat sini bahawa penganjur tau siapa hadir mahupun tidak. Nak budjet kehadiran pun mudah.
Abis, nak pilih mana satu weh? Kalau aku la menjadi pemilih, aku akan pilih Yes pada jemputan yang benar-benar aku mahu hadir. Kalau aku taknak hadir ataupun 50-50, aku akan biarkan jemputan tu tanpa jawapan. Mungkin penganjur tak akan tahu kita pernah tahu event tersebut wujud atau tidak. Ahaks....
ni ler masalahnya...tp bagi kawan2 yang rapat..nyatakan terang2 sama ada Yes atau No senang depa nak bajet ape2..dan kalau No silakan beri alasan kenapa No jangan No membuta tuli nanti ada yang sentap..
Maybe tu? Hanya akan di tekan jika 50 50
Aku akan tanda Yes aje... No tak rasanya...
Maybe takyah le... Nak sibuk gak masuk group...
aminuddin tul la kamu nie