:: Apa Nasib Kita 52 Tahun Lagi? ::

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 8/30/2009 06:27:00 PG

0

ESOK, Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan ke-52. Ia bermakna sudah 52 tahun kita mentadbir dan memerintah tanah air ini dengan cara kita sendiri.

Kita menempuh segala cabaran dengan tabah bersandarkan kekukuhan perpaduan pelbagai kaum yang selama ini dikagumi oleh dunia. Tetapi persoalannya apakah yang akan berlaku 52 tahun lagi? Apakah yang akan menjadi faktor penentu bagi memastikan kemerdekaan negara ini yang dicapai melalui titisan keringat, air mata dan darah berkekalan?
Kenyataan di atas menerangkan apa yang aku kopipes dari Utusan Online 30 Ogos 2009. Ada benarnya kenyataan di atas diterangkan kerana kadang kala kita terlupa dan termasuk diri aku sendiri juga terlupa apakah yang berlaku sebelum 52 tahun sebelum ini. Mengerah keringat dan semangat orang terdahulu untuk mencapai kemerdekaan negara. Sekarang kita telah dibebaskan dan selama 52 tahun kita berdiri di atas kaki sendiri mentadbir negara dan mentadbir kehidupan sendiri tanpa ada susah payah melarikan diri dari anasir luar. Kita sudah tidak lagi menjadi orang pelarian di bumi sendiri.

Terdetik di hati aku bagaimana susahnya orang dulu hendak meneruskan kehidupan umpama pelarian di tanah air sendiri apabila komunis bermaharajalela. Bagaikan tak senang duduk mereka hendak menjaga diri sendiri dan tanggungan mereka dari jejak komunis. Tak tebayang rasanya perit kehidupan mereka. Kalau dapat ditangkap oleh komunis, hidup dan mati terpaksa kita berserah kepada Allah Ta'ala.

Mengikut drama di TV3 malam tadi bertajuk "MEMOIR AISHAH", terdetik juga kat hati aku berapa kuatkah iman kita kepada Allah? Komunis memaksa kita menyembah matahari, sedangkan kita bertuhankan Allah? Kalau kita tak mengikut arahan mereka, kita akan mati dipancung. Sanggupkah korang mengucapkan apa yang mereka suruh untuk menyelamatkan diri sendiri dengan menyembah matahari? Kecilnya iman kita kalau hendak selamatkan diri kita sendiri. Astaghfirullahal Adzim...

52 tahun telah kita merdeka, kemana hala tuju anak muda zaman sekarang? Mereka sudah lupa asal usul perit getir orang yang memerdekakan negara kita. Ini baru 52 tahun kita merdeka? Bagaimana 52 tahun akan datang? Sedangkan 52 tahun kita telah merdeka kini, kita telah dijajah kembali dengan ideologi barat dan negara komunis yang pernah menggugat negara kita 52 tahun dahulu. Kita leka... Leka dengan kemodenan zaman yang tanpa sempadan... Jangan kita bertongkatkan langit lagi. Tibalah masanya kita merubah apa yang telah tok nenek kita semaikan dulu apatah lagi bangsa kita sekarang pun dah nampak perpecahan dengan pelbagai agenda politik  yang tak munasabah...

SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-52

:: Jom Tonton Bola Kat Kedai Mamak ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 8/30/2009 03:15:00 PG

0

Rasanya memang sangat sunyi sikit minggu ni. Pasalnya ramai yang mengambil peluang cuti hari kemerdekaan di bulan puasa yang jatuh pada hari Isnin untuk pulang ke kampung halaman. Mungkin dapat berpuasa di bersama keluarga tersayang. Tidak seperti aku yang hanya dapat menghirup udara bandar yang penuh sesak tanpa penghujung ini. Ini kerana bukanlah untuk aku sengaja taknak pulang ke kampung. Tetapi Mak dan Abah aku tiada di Ipoh. Kalau aku pulangpun hanyalah sia-sia sahaja kerana tiada orang di sana. Mak dan Abah datang ke Kuala Lumpur untuk menghantar nenek dan anak sedara aku ke sini. Memandangkan mereka datang ke sini, tetapi halatuju sebenar adalah untuk ke Klang dahulu...

Aku seperti biasa, bujang yang masih tegar mencari makanan luar dari masak di rumah (masak megi bolehla), mencari kesempatan untuk beriadah tengah malam ini untuk menonton perlawanan bola sepak antara Manchester United menentang Arsenal. Destinasinya adalah di kedai mamak. Satu perlawanan menarik di mana asakan demi asakan menerjah ke gawang gol tanpa mengira sudut. Aku seperti biasa pasukan favourite mesti di utamakan. Bermula dari gol Arsenal yang pertama membingitkan amarahku kerana suara-suara sumbang menerjah ke telinga dengan kutukan-kutukan berbisa yang mampu mencairkan tahi telinga. Sejak dari gol pertama lagi, ramai peminat-peminat Manchester United meninggalkan bangku kedai mamak. Tak Die Hard Fans betulla diorang ni...

Aku masih lagi meneruskan tontonan aku walaupun ketinggalan 1 gol dibelakang kerana anggapanku, ini baru separuh masa pertama. Dan aku mengandaikan separuh masa kedua, Manchester United mampu bangkit meneruskan saingan untuk mendapatkan kemenangan. Asakan bertubi-tubi pasukan favourite berjaya mendapatkan sepakan penalti dari Wayne Rooney. Membuatkan kutukan sinis dari penyokong lawan terdiam dan kini pasukan idaman menyorak kuat. Terus mengasak dan satu lagi gol sendiri dari Arsenal menerjah ke gawang sendiri membuatkan penyokong yang liar mengutuk tadi hanya mampu menepuk dahi. Apa yang aku boleh katakan, padan muka...

Saat-saat akhir, Arsenal seperti mengasak ganas ke gawang Manchester United menyebabkan satu gol penyamaan mungkin ditambah tetapi dinafikan oleh penjaga garisan. Apa yang aku mampu katakan aku berasa sedikit gembira malam ini kerana Manchester United berjaya mengalahkan Arsenal dengan jaringan 2 berbalas 1. Apa yang boleh aku katakan juga, mereka yang kuat mengutuk tadi hanya mampu balik dengan perasaan tension dan malu sendiri... Hahahaha... Padan muka...

STATISTIK

:: Segalanya 1 ::

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 8/27/2009 11:12:00 PTG

0

Aku memang suka mendahului yang lain. Belum mula puasa aku dah ucap selamat berpuasa. Belum pun cukup seminggu berpuasa aku dah ucap Salam Aidilfitri. Tapi entry ini tercipta bukan untuk mengucapkan Salam Aidilfitri, tapi sekadar mengingatkan kita apa yang seronoknya Aidilfitri ini?

Tak seronok? Celah mana tak seronok? Rasanya semua rasa Aidilfitri adalah hari yang dinanti-nantikan oleh semua orang ye tak? Jangankan kata orang yang kaya? Yang miskin pun tak sabar-sabar menunggu hari yang bersejarah ni. Dimana semua sanak saudara sahabat handai serumpun merayakan Aidilfitri. Satu Malaysia pun sambut perayaan ni sebab dapat cuti. Yang tak dapat cuti pun dapat merayakan hari itu sebab dah tentu bayaran gaji pada hari itu adalah bayaran yang luar biasa mungkin 2 kali ganda mahupun 3-4 kali ganda.

Bukan lah nak mencoretkan cerita tentang Aidilfitri, tetapi saje nak Explore bagaimana kuatnya logo 1 Malaysia yang telah diubah kepada 1 Aidilfitri... Sekadar melepaskan kebosanan di malam hari. Esok kena kerja lagi. 31 Ogos 2009 iaitu hari Isnin adalah cuti, maka bolehlah rehat 3 hari tanpa memikirkan bebanan kerja tahap melampau...

:: Dah 6 Hari Kita Berpuasa ::

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 8/27/2009 04:09:00 PTG

0

Sekejap je dah puasa keenam. Sedar tak sedar memang masa berlalu terlalu cepat. Masuk je gedung beli belah, puasa pertama dah dengdangkan lagu raya. Ke mana fungsi berpuasa pun tak taulah yang biasa kelihatan kat gedung beli belah itu. Memang promosi diorang sambutan berpuasa adalah untuk beraya. Sana sini 'SALE' memanjang. Ada 30%, 50%, 70% itu dah menjadi kebiasaan untuk menarik perhatian pelanggan untuk terus membeli belah. Pada yang ada duit, silalah beli apa yang patut untuk mengelakkan 'SALE' itu kehabisan.

Nak kata 'SALE' tak jugak. Aku beli hari-hari biasa takde 'SALE' pun macam sama. Adakah diorang naikkan harga, lepas tu turunkan harga menggunakan fungsi potongan peratus. Entahla tak tau mana kebenarannya. Aku pernah dulu baju kemeja berjenamala jugak. Masa tu takde 'SALE' dengan harga belian lebih kurang RM59.90. Tapi bila ada 'SALE', harga naik ke RM119.90 dengan potongan harga 50%. Pusing-pusing balik setelah dipotong tetap dengan harga yang sama iaitu RM59.95. Naik 5 sen lagi. Jangan percaya pada 'SALE'. Cuma bezanya ada yang murah ada yang mahal.

Kita tak sedar yang kita telah ditipu oleh pengusaha jualan. Konsep biasa untuk melariskan jualan mereka pada hari perayaan iaitu
Harga asal = Naikkan harga dan beri potongan harga = Harga yang sama

Kita mungkin dikaburi oleh potongan harga, tapi kita tak sedar kita ditipu. Bezanya kita seronok melihat potongan harga itu tanpa membandingkan harga asal. Yang kita nampak harga asal adalah mahal, tetapi kita seronok dengan potongan harga yang diberikan. Maka kita lupa, barang yang kita fikirkan telah dipotong harga masih kekal sama dengan harga yang sedia ada.

p/s: Tepuk dada, tanya selera. Tak salah kalau nak beli, walaupun aku pun tertipu dengan harga asal. Yang penting, raya semuanya nak yang baru...

:: Budaya Perang Iklan ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 8/27/2009 01:26:00 PTG

0

Audi buat Iklan kutuk BMW

BMW balas sinis balik kat Audi

Audi layan balas balik kat BMW

BMW tak duduk diam balas balik kat Audi

Tak pasal-pasal Jaguar jadi mangsa (tengok ajela logo rimau tu takut kat BMW)

:: Nak Berbuka Apa? ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 8/26/2009 06:13:00 PTG

0

Sewaktu penulisan ini dicipta, aku masih menunggu hujan berhenti di luar. Bermakna aku merupakan orang bujang tegar yang hanya mengharapkan Bazar Ramadhan sahaja sebagai sumber pengenyangan perut di bulan puasa ini. Ini bermakna, ketika hujan ini, aku masih berkira-kira apa aku nak berbuka harini kalau hujan terus-terusan turun tak berhenti. Adoi... Teguk air sejuk sajela nampaknya.

Nak kata megi? Jangan harap megi, roti pun lupa nak beli. Kalau beli pun selalu sampai tarikh expired pun belum tentu habis. Siapa nak habiskan? Hampir 70 peratus kehidupan aku diluar berbanding berada di rumah.

Apa aku nak makan berbuka ni? Adehlah.blogspot.com betulla Ramadhan ku harini...

:: Ramadhanku yang Tercabar ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 8/26/2009 12:39:00 PTG

0

Kerja aku hari sangat-sangat tertekan semenjak semalam. Susah memiliki 2 bos dalam satu company. Masing-masing lain peelnya dan lain citarasa. Sejak semalam juga aku rasa aku terasa dicabar untuk marah tetapi aku tetapkan dalam hatiku "Sesungguhnya aku sedang berpuasa". Terus terang aku katakan, kerja aku yang sangat berlambak perlu disiapkan segera. Dalam masa yang sama seorang lagi bos yang taknak selidik bagaimana keadaan aku yang banyak kerja di kacaunya masa dan waktu aku. Disuruh pergi ke sana sini serta membuat kerja lain yang lebih penting perlu aku siapkan.

Aku masih mampu menahan amarah aku sejak semalam dimana bos yang satu lagi telah tanyakan kerja yang tertangguh itu apakah statusnya. Dengan angkuh, aku langsung tidak menjawab SMSnya danmengharapkan dia beranggapan aku takde credit. Aku peduli apa?

Hari ini, aku masuk office. Bos yang SMS tu tanya pasal kerja aku. Dengan direct aku cakap, "Saya tak buat lagi pasal saya telah dikacau untuk buat kerja lain, jadi saya tak dapat tumpu buat kerja tu"...

Dia tak marah, tapi dengan arahan dia nak kerja tu esok. Aku cukup hangen dalam hati sebab dia ingat aku robot ke? Tak mengapalah, mungkin aku belum ada rezeki untuk pergi mencari kerja lain yang mungkin sama bebanan di tempat ini tetapi gaji yang lebih menarik.

p/s: Sabar itu adalah sumber jatidiri yang kuat, takut bila meletus habis segalanya...

:: Selamat Hari Jadi & Kepulangan ::

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 8/25/2009 11:00:00 PTG

1

Tak berkesempatan nak reviewkan hari yang bermakna pada hari semalam. Semalam merupakan hari jadi Siti yang ke ... Selama kami berkenalan, memang tak pernah berkesempatan untuk aku dan dia meraikan bersama-sama kecuali dengan ucapan "Selamat Hari Jadi" melalui telefon sahaja. Jangankan kata nak raikan bersama-sama. Aku di tengah semenanjung, dan dia di utara semenanjung. Tapi apa boleh buat, dah memang tak dapat meraikan kerana masa yang tidak sesuai. Insya'allah, ianya akan datang jua nanti. Aku sempat telefon dia pada tepat pukul 12.00 tengah malam 24 Ogos 2009 dimana aku dalam keadaan tergesa-gesa mahu pulang ke Kuala Lumpur. Asalnya aku dah dua hari kat Ipoh untuk menyambut awal Ramadhan bersama keluarga di sini.

Image Hosted by ImageShack.us

Sebenarnya malam ni cukup malas untuk menaip menceritakan apa yang aku lalui sepanjang minggu ini. Cumanya, apabila aku dapat menjejakkan kaki ke Ipoh, terasa hati aku sudah cukup puas kembali ke kampung halaman. Aku pulang ke Ipoh pada pukul 7 petang pada hari Jumaat, dengan tidak merancang langsung untuk sampai ke sana. Sepanjang perjalanan aku ke Ipoh, hujan yang sangat lebat membuatkan aku sedikit gusar dalam keadaan gelap malam yang semakin suram.

Masih lagi menghargai kelab kenarianz, aku tetap menjengah sahabat-sahabat di Perak untuk bersama-sama berkongsi cerita. Mungkin sesi NOS Perak sedikit lemau kerana malam tersebut adalah malam awal Ramadhan. Hingga ke tengah malam kami berborak serta bergelak ketawa, kami mengakhiri majlis sehingga pukul 12.30 tengah malam.

Kenariku terus meluncur untuk mencari jalan pulang yang benar di mana hujan mulai turun sehingga lebat. Keadaan jalan yang agak licin membuatkan aku semakin berhati-hati memulakan langkah. Sesampai je di Tambun, keadaan jalan semakin tidak menentu kerana jalan seakan dibanjiri air yang deras. Sampai di depan Shell di depan Sunway City, jalan semakin deras (banjir) mungkin kerana air longkang telah melimpah. Hati tidak keruan kerana aku takut banjir merosakkan enjin kereta aku. Banjir bolehlah di andaikan setakat buku lali orang dewasa. Syukurlah aku melepasi banjir itu untuk sampai ke rumah dengan selamat. Sampai je kat rumah, cium tangan mak abah, sembang lebih kurang, aku pun mulakan tidur barang sejam dua untuk mempersiapkan diri bersahur.

Perceritaan yang agak membosankan mungkin kerana ini adalah cerita dari perspektif aku. Dengar khabar along sekeluarga akan pulang juga ke Ipoh untuk menyambut awal Ramadhan bersama Mak dan Abah. Semakin ramai la yang pulang di sertai kehadiran nenek (embah) mengkalutkan keadaan. Ditambah pula dengan kehadiran Naufal yang semakin membesar semakin kuat menangis. Asyik nak dengan umi dia je...

Cukuplah setakat ini yang dapat dikongsi. Semoga berjumpa lagi di lain hari. Selamat berpuasa kepada semua umat Islam terutama yang menjengah blog aku ini...

:: Pagi Yang Hangen ::

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 8/21/2009 10:49:00 PG

7

Pagi ni aku ada sedikit terlewat masuk office (Terlewat banyak pukul 10.15 sampai office). Ini disebabkan aku tidur amatlah lewat malam tadi kerana peperangan yang tak dapat dielakkan hingga terbabas ke ½ tengah malam. Akhirnya aku tumpas juga... (Jangan fikir bukan bukan okeh?).

Disebabkan aku terlewat, tapi aku masih lagi mampu berlakon dengan cemerlangnya bagi tidak disyaki sering datang lewat. Mungkin hari ini adalah hari terakhir untuk tidak berpuasa, aku cuba untuk membuatkan perut aku untuk tidak kelaparan.

Kusinggahi ke 7 Eleven untuk membeli kudap-kudapan buat pengisian perut di dalam office, aku mencapai air kotak DUTCH LADY perisa Chocolate bernilai RM5.50 beserta coklat bar Van Houten berperisa Hazel Nut bernilai RM4.30. Ku kira-kira lebih kurang RM9.80 untuk pembayaran di cashier. Ada satu coklat bar berperisa Fruit Mix ingin aku capai bernilai RM4.60 tetapi tidak jadi kerana kuasa beli yang melebihi RM10, jadi aku hanya mencapai coklat bar Hazel Nut sahaja untuk tidak membuat pembayaran melebih RM10...
Air kotak RM5.50 + Coklat Bar Hazel Nut RM4.30 = RM9.80 (√)
Air kotak RM5.50 + Coklat Bar Fruit Mix RM4.60 = RM10.10 (X)
Sesampai je kat cashier membuat pembayaran, coklat bar bernilai RM4.30, cashier mengimbas harga bernilai RM4.60. Aku bertanyakan kembali kenapa harga yang aku beli berbeza dengan budjet aku? Dia memberitahu harga coklat bar yang aku ambil memang bernilai RM4.60. Apehal beb? Diorang dah tag RM4.30 boleh pulak scan harga RM4.60. Nak tipu customer ke? Aku memulakan pertikaman lidah dengannya nak tipu customer pun agak-agakla. Jangan memain pasal duit boleh perang. Memang la aku tak kisah dengan harga itu tapi kalau nak berniaga betul-betulla... Ingat 7 Eleven tu harga cekik darah aku tak tau ke? Dahla cekik darah, menipu lagi...

Dalam sesi perang harga itu, aku lihat cashier buat muka tak puas hati ngan aku. Hentak-hentak mesin kira pasal 30sen punya harga. Aku mulalah cakap kat dia:
Aku: Ko marah-marah ni apehal?
Cashier: Mana ada marah, tengah kira balance ni...
Aku: Tak puas hati kawan ko tag salah? Ke ko marah kat aku pasal aku tak bayar RM4.60?
Cashier: Mana ada...
Aku: Aku bayar harga yang aku nampak, ko jangan nak salahkan aku kenapa aku kena ambik RM4.30 punya barang. Kalau ko tak caye ko pegi tengok kat belakang tu kenapa ada beza RM4.60 ngan RM4.30. Ko hentak-hentak mesin tu tanda ko marah kat aku.
Wajah dia memang tak puas hati dengan harga tu, dengan perasaan terpaksa dia bagi jugak balance kat aku 20 sen. Aku bukannya nak sangat marah kat dia, tapi sikap dia bekerja macam takde produktiviti. Aku tengok name tag dia nama Raffe, muka melayu kat tangan ada tatto. Tu pasal aku pun naik minyak sikit pagi ni. Kalau betul melayu kenapa perlu tatto? Aku pun keluar dari 7 Eleven, aku lihat dia pergi ke belakang memeriksa harga coklat bar tu...

Itu bukan kerja aku, aku sebagai customer aku adalah betul. Ko nak bentak-bentak aku kenapa? Nak marah pegi marah member ko yang tag harga tu. Kalau short itu masalah aku ke? Company yang sikit-sikit aku akan boikot untuk beli barang kat situ di masa akan datang.... Menipoooo...

:: Selamat Berpuasa ::

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 8/20/2009 11:13:00 PG

0

Selamat menyambut Ramadhan untuk kesekian kalinya. Rasa hati mulai rasa sedikit terpanggil untuk menambahkan amalan di bulan mulia ini. Sudah menjadi kemestian untuk kita mulakan dengan doa berpuasa. Kalau tak doa, tak sah puasa kita.

Camana niat puasa bulan Ramadhan kawan-kawan? Nak kongsi ni... Takut ada yang terlupa, biasalah melayu mudah lupa... Ni niat puasanya ya...

"Sahaja aku puasa esok hari - (kerana mengerjakan) fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini - kerana Allah Ta'ala"

Sementara tu, dah nak mula puasa. Marilah kita mengadap lagu ni bersempena bulan Ramadhan yang akan menjelang... Selamat berpuasa...

Fotograf - Pertama Ramadhan Ini

:: Mengenalpasti Penulis ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 8/18/2009 05:27:00 PTG

4

Banyak betul kekeliruan kebelakangan ni... Sila pastikan pembaca dapat mengenalpasti penulis pada sesuatu entry. Mungkin caranya sama, kadang-kadang memang berbeza... Untuk memastikan kekeliruan tidak berlaku, sila lihat contoh di bawah:
Ini Siti yang tulis. Kat Tajuk pun ada tanda [SITI] 

Ini aku yang tulis...


p/s: Sila pastikan betul-betul... Jangan salah sangka lagi....

:: Cipan ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 8/13/2009 02:22:00 PTG

6

Apa la dosa dia ngan korang? Dia tak pernah menyakitkan hati korang. Korang yang selalu buat pasal ngan dia. Asal tak puas hati mesti nak panggil dia. Asal tak puas hati, gelarkan dia. Dia ada buat salah ngan korang ke?
  • "Penat tahap cipan"
  • "Ngantuk tahap cipan"
  • "Bengang tahap cipan"
  • "Malas tahap cipan"
Tak pasal-pasal dia jadi mangsa kerakusan korang sebab salah korang sendiri. Yaperda... Kesian cipan dan saudara mara dia.


p/s: Cipan = Tenuk / Tapir

:: Al-Fatihah (Ustaz Asri) ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 8/13/2009 01:01:00 PTG

0

Marilah kita bersama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada ketua kumpulan Rabbani, Ustaz Asri yang telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi tadi di Hospital Pantai Kuala Lumpur. Punca kematian adalah disebabkan sakit jantung. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Rabbani - Pergi Tak Kembali


:: Selamat Menyambut Ramadhan ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 8/12/2009 03:05:00 PTG

2

Setelah setahun kita boleh makan-makan di tengahari, kini tibalah masanya kita kembali ke bulan yang penuh dengan cabaran iaitu menahan lapar dan dahaga serta bulan yang di wajibkan untuk lebihkan ibadah. Ditambah lagi dapat kurangkan melakukan dosa mengumpat dan mengeji (aku kena kurangkan bercakap). Kedatangannya kadang-kadang membawa seribu makna pada orang yang benar-benar menghayatinya.

Kehadirannya membolehkan kita dapat melakukan amal ibadah yang lebih dan berganda sesuai dengan tuntutan Allah SWT. Menghadiri majlis-majlis ilmu dan solat berterawih di masjid-masjid. Tidak kurang juga ada yang merungut "Ala, nak puasala pulak. Nak makan tengahari dah tak boleh". Suara-suara yang tak berapa kedengaran tapi biasa di ucapkan dalam hati bagi mereka yang tidak menghargai kehadiran Ramadhan.


Bagi para peniaga, mereka mula merangka kerja-kerja menambah pendapatan seperti menyewa tapak di bazar Ramadhan, membuat kuih-muih raya untuk tempahan, mengambil tempahan untuk baju raya dan sebagainya. Tak kurang juga yang mula mencari-cari wang tukaran yang lebih kecil untuk diberi pada kanak-kanak sebagai saguhati yang disebut 'duit raya'.

Kelebihan Ramadhan kadang-kadang kita sering lupa fungsinya walaupun tidak diketahui ramai. Bos-bos akan memberi kelonggaran waktu bertugas seperti pulang awal, Sabtu tak kerja, alasan penat dan sebagainya juga. Bagi mereka yang tak berapa gemar kehadiran Ramadhan ini, mereka akan kebiasaannya mengambil peluang ini untuk ponteng kerja kerana sakit gastrik (trick je ni).

Jadi mana yang disebut di atas, ambillah mana yang baik dan kurangkan yang tak elok, serta marilah kita pertingkatkan kelemahan kita mengingati Allah SWT. Sekian...

p/s: Sebagai panduan untuk peringatan bersama tak lupa juga untuk aku...

:: Tulisan Blink Blink ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 8/12/2009 09:54:00 PG

0

Kali ni kita belajar buat tulisan blink blink okeh? Pada mereka yang suka pada effect animation kat blog dia, bolehlah aplikasikan kat blog anda. Simple sahaja, cuma taip kat HTML page, dan taip seperti ini:
<blink>Taip Perkataan Blink Blink Anda</blink>

Dan anda akan dapat keputusannya seperti ini:
Blink Blink

p/s: Bye bye dan Selamat Mencuba

:: Carut ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 8/11/2009 12:04:00 PTG

0

Melatah kadang-kadang membawa kepada perkara yang tak terjangka. Kadang-kadang ianya sekadar melatah biasa. Kadang-kadang membawa kepada keadaan luar jangkaan seperti terkarate kepala orang lain. Juga ada jenis yang terlondeh seluar. (Ish... Ni kalau yang sesuai untuk ditonton takpe jugak.) Dan yang paling biasa terjadi, melatah ini membawa kepada terkeluarnya perkataan yang tak sepatutnya seperti mencarut. Mungkin sudah menjadi kebiasaan perkataan carutan ini sesuatu yang wajib untuk menggambarkan ketidakpuasan hati...

Entry ni bukanlah untuk membincangkan mengenai melatah, tetapi sesuai benar untuk dibincangkan mengenai carut. Ingat ye, carut bukan cerut.

Mencarut adalah perkataan yang terkeluar dari mulut seseorang untuk menjelekkan orang yang menerima perbuatan tersebut. Ianya untuk mewujudkan perasaan kurang harmoni di mana mereka menunjukkan ekspresi yang tidak berpuas hati. Bagi mereka yang lagak kasar, perkataan ini sentiasa menjadi permainan dan kebiasaan pada aktiviti percakapan mereka.

Kita lihat sahajalah generasi sekarang, caya mencarut ini seperti aktiviti yang perlu diperluaskan ke setiap percakapan mereka. Kita lihat sahaja kalau kita berada di CC (Cyber Cafe). Anak-anak remaja sedang bermain video game online dalam satu kumpulan yang besar. Dan kita cuma satu-satunya orang yang berada di situ sekadar untuk memeriksa emel. Mereka saling bermain video games tersebut, games di screen tapi mulut pula lantang bercakap perkataan yang kurang menyenangkan. Rasanya nak lempang je sekor-sekor. Kalau dilempang nanti mulalah kita dicarutnya pula...

Generasi kita mudah terikut-ikut dengan budaya mencarut ini. Seperti mereka telah satu langkah ke depan. Apalah daya kita nak menghakis budaya ini? Tepuk dada tanya selera. Kita mudah terdedah melalui gaya cakap di televisyen, filem, rakan sebaya dan sebagainya. Bagaimana cara membendung? Aku taknak anak-anak yang dilahirkan nanti mudah terdedah dengan budaya ini.

Di ofis aku juga, kadang-kadang bos dengan ringan mulut mengeluarkan carutan ini. Hilang respek rasanya bila orang terpelajar sepertinya mudah mengeluarkan perkataan-perkataan pedih ini. Nak dimarah, di kata kita tak setaraf dengan dia. Bernanah telinga bila suka sangat sebut carut-carutan ini. Lagi memedihkan bila memarahkan orang lain yang tak ada kena mengena ngan ofis ni, di cakapnya kuat-kuat tanda ketidak puasan hatinya. Kadang-kadang rasa stress membelenggu dan sakit hati mula melanda.

Terdapat beberapa jenis carutan yang boleh diklasifikasikan antaranya:
  • Perkataan (contoh)
    Lu pikirla sendiri
  • Perbuatan (contoh)
    Lu pikirla sendiri
p/s: Diwujudkan untuk menunjukkan ketidakpuasan hati dengan sikap bos yang takde rasa respek kat pekerja-pekerjanya...

:: Cerita-Cerita Untuk di Kongsi ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 8/07/2009 11:35:00 PTG

4

Masa aku darjah 3, aku adalah seorang pelompat buai disegani. Sebut sahaja buai mana aku tak lompat? Semua telah aku lompat dalam usia sebegitu. Dalam usia itu juga, aku tak punya pemikiran yang baik apa itu bahaya. Mau taknya, aku melompat buai kat Taman Permainan di Kem PPH Ulu Kinta di masa Mak Abah masih menetap di situ.

Mengikut pemahaman aku, acara melompat buai ini adalah satu tradisi di zaman tersebut. Siapa yang taknak di kategorikan pengecut, sila sertai kami untuk melihat kehebatan anda. Maka aku pun tanpa usul periksa kesan bahaya tersebut, aku menjalani kehidupan normal kanak-kanak yang nakal.

Bermula dengan hayunan pertama, menjejak kaki ke tanah dan bontot diawangan (buai), aku mulakan kayuhan. Kemudian disusuli kayuhan kedua yang mana buai akan semakin meluncur laju. Seterusnya kayuhan demi kayuhan dilakukan sehingga mencecah 90 darjah ke depan dan ke belakang. Disertai dengan kesan sorak segala bagai dari kalangan ahli yang hadir, aku bersedia untuk melompat. 1...2...3... Lompat!!!

Dengan perasaan tak bersalah, aku melompat dan terasa diri aku berada di udara (bak burung berterbangan). Sehingga di satu tempat aku telah mendarat, dan rasanya aku adalah juara pada acara tersebut. Mengikut ukuran, jarak lompatan aku adalah terjauh setakat itu dan akulah pemenangnya. Suasana terasa terhoyong hayang, aku merasakan tangan aku lemah longlai umpama tak bertulang. Tulangku terlipat dan aku rasakan suhu badan aku sejuk cepat dan berpinar-pinar. Tanpa mempedulikan orang lain, aku mahu pulang ke rumah sahaja. Aku rasakan, kawan-kawan aku turut rasa seram melihat tangan aku yang terkulai itu.

Peliknya, aku tak menangis, menonong pulang membawa basikal aku. Perasaan takut mula menerjah di kepala. Apa aku nak jawab kat Mak. Terus menuju ke bilik untuk aku berbaring sahaja. Melihatkan keadaan aku yang pelik memegang tangan menahan kesakitan, abang aku mula melihatkan aksi yang seriau. Mak aku juga begitu dan mula menanyakan, "Hah! Apa sorok-sorok tu?". Aku cuma mendiamkan diri tanda takut. Maka Mak aku mula melihat keadaan aku yang agak pelik itu.

"Arghhhhh!!!!", jerit Mak aku. Aku tak peduli dengan itu jeritan, yang aku tau sakit mesti disorok. Memandangkan Abah tak ada kat rumah, (Masuk hutan agaknya maklumlah Polis Hutan) Mak tergesa-gesa meminta pertolongan kat jiran sebelah. Aku masih ingat, Pakcik Samingin la yang menghantar aku ke hospital.

Tak menangis tapi sakit, aku di bawa ke hospital. Dalam perjalanan itu aku tak tau sama ada aku tidur atau pengsan... Sedar-sedar, tangan aku sudah berbalut. Sakit... Ditambah dengan bebanan 20kg di tangan kiri aku. Menurut makluman, tangan aku telah lari dari kedudukan asal. Sendi tulang dipelipat lengan kiri aku sudah terlepas dari landasannya... Kesan dari kisah degil aku melompat buai...

Selama 30 hari aku ditahan di Hospital Besar Ipoh. Sepanjang tempoh itu, aku sedar bahawa, Mak akulah heroin penyelamat nyawa aku. Walaupun Abah tak ada di sisi masa itu, aku rasakan Mak sanggup mintak tolong kat orang lain tanpa mempedulikan apa terjadi. Terkilan rasanya bila aku degil cakap Mak jangan lompat buai. Tapi, kejadian ini merupakan sejarah bagi aku yang tak dapat dilupakan...

p/s: Shahril Amir lah penyebab aku mengikut dia melompat buai... Otai dia ni...

:: 12:34:56 07/08/09 Telah Berlalu ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 8/07/2009 10:48:00 PTG

0

Telah berlangsung dengan suasana biasa-biasa saja. Takde celebrate berbunga-bunga api pun. Cuma aku je yang rasa cam itu adalah waktu penting. Tapi takpelah, masa tak boleh kembali. Cuma sejarah je yang akan mewakili masa itu. Nak tak nak, kita kena bersedia untuk menjadi lebih tua...


:: Buah Mabuk ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 8/07/2009 02:52:00 PG

0

Hahaha... Jom layan jenaka... Sampai binatang-binatang ni pun tertonggeng-tonggeng selepas makan buah mabuk... Terbungkang-bungkang aku gelak tengok video ni...


p/s: Abaikan suara latar berbahasa Perancis ini. Lihat video sahaja dah mebuatkan anda faham sendiri...

:: Design Sakaratulmaut ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 8/06/2009 10:51:00 PG

0

Ingat men'design' ni satu kerja mudah ke? Kalau cakap pakai air liur mungkin mudah. Ntahla, dah memang sikap boss macam tu kot? Nak dekat setengah hari aku buat benda ni. Mana nak design, nak susun-susun huruf. Adoi... Kalau aku jadi boss pun camnikah aku nanti? Ambik hati suda... Takyah nak pressure-pressure pekerja...

Design yang sempat aku buat semalam yang mengambil masa 3 jam...

:: Gua Tensen ::

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 8/05/2009 03:47:00 PTG

0

Harini aku stress kerja. Kalau aku angkat call yang buat tambah stress, ini je jawapan aku. Sila paham situasi pada gambar tersebut camana aku layan korang ya... Layan tak layan  la, tapi sendiri mau ingatla aku tengah stress kerja ngan boss yang takde akal...

Walaupun aku busy tahap cipan, aku tetap buat entry tanda protes aku ngan boss yang takde akal... 

p/s: masuk telinga kiri keluar telinga kanan

:: Keistimewaan 7 Ogos 09 ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 8/04/2009 01:41:00 PTG

0

Pada 7 hb Ogos 2009 (hari Jumaat ini)

Pada jam 12, 34 minit dan 56 saat. Masa akan menjadi:

12:34:56 07/08/09

Dari 1 hingga 9

1 2 3 4 5 6 7 8 9

Ini tak akan berlaku sepanjang hidup anda lagi!!!

:: Menziarah Beruk ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 8/02/2009 09:05:00 PTG

0

Pelbagai ragam bila sampai kat "Perkampungan Beruk" kat Tanjong Emas, Johor. Kebetulan sedang meronda-ronda di sekitar taman rekreasi di Johor, Abah memperkenalkan tempat ini. Tak terjangka rupanya banyak tempat menarik di utara Johor ni. Aku sampai kat Johor ni pun sebab menemani Mak Abah aku menghadiri kenduri di Muar. Sedangkan aku pun tak berapa kenal dengan saudara aku sendiri. (Ramai sangat sedara aku da...)

Malas betul aku nak bercerita. Memandangkan Medula Oblongata aku masa ni tengah sakit. Berdenyut-denyut kat belah kiri otak. Lihat sahaja apa yang aku post kat sini. Kalau gambar ni aku upload kat facebook, tag kat seseorang, jangan marah plak okeh? Kita lihat sapa yang kena. Sekadar merekreasikan minda... Huhu...

Berkerumun dapat makanan, berebut-rebut lagi
Perkampungan beruk yang cuma sebahagian
Sedangkan beruk sayangkan anak
Merenung masa depan yang tak sudah-sudah jadi beruk
"walaupun gua beruk, gua tetap hensem"
Beruk pun pandai mium air berkarbonat