:: Cerita-Cerita Untuk di Kongsi ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 8/07/2009 11:35:00 PTG

4

Masa aku darjah 3, aku adalah seorang pelompat buai disegani. Sebut sahaja buai mana aku tak lompat? Semua telah aku lompat dalam usia sebegitu. Dalam usia itu juga, aku tak punya pemikiran yang baik apa itu bahaya. Mau taknya, aku melompat buai kat Taman Permainan di Kem PPH Ulu Kinta di masa Mak Abah masih menetap di situ.

Mengikut pemahaman aku, acara melompat buai ini adalah satu tradisi di zaman tersebut. Siapa yang taknak di kategorikan pengecut, sila sertai kami untuk melihat kehebatan anda. Maka aku pun tanpa usul periksa kesan bahaya tersebut, aku menjalani kehidupan normal kanak-kanak yang nakal.

Bermula dengan hayunan pertama, menjejak kaki ke tanah dan bontot diawangan (buai), aku mulakan kayuhan. Kemudian disusuli kayuhan kedua yang mana buai akan semakin meluncur laju. Seterusnya kayuhan demi kayuhan dilakukan sehingga mencecah 90 darjah ke depan dan ke belakang. Disertai dengan kesan sorak segala bagai dari kalangan ahli yang hadir, aku bersedia untuk melompat. 1...2...3... Lompat!!!

Dengan perasaan tak bersalah, aku melompat dan terasa diri aku berada di udara (bak burung berterbangan). Sehingga di satu tempat aku telah mendarat, dan rasanya aku adalah juara pada acara tersebut. Mengikut ukuran, jarak lompatan aku adalah terjauh setakat itu dan akulah pemenangnya. Suasana terasa terhoyong hayang, aku merasakan tangan aku lemah longlai umpama tak bertulang. Tulangku terlipat dan aku rasakan suhu badan aku sejuk cepat dan berpinar-pinar. Tanpa mempedulikan orang lain, aku mahu pulang ke rumah sahaja. Aku rasakan, kawan-kawan aku turut rasa seram melihat tangan aku yang terkulai itu.

Peliknya, aku tak menangis, menonong pulang membawa basikal aku. Perasaan takut mula menerjah di kepala. Apa aku nak jawab kat Mak. Terus menuju ke bilik untuk aku berbaring sahaja. Melihatkan keadaan aku yang pelik memegang tangan menahan kesakitan, abang aku mula melihatkan aksi yang seriau. Mak aku juga begitu dan mula menanyakan, "Hah! Apa sorok-sorok tu?". Aku cuma mendiamkan diri tanda takut. Maka Mak aku mula melihat keadaan aku yang agak pelik itu.

"Arghhhhh!!!!", jerit Mak aku. Aku tak peduli dengan itu jeritan, yang aku tau sakit mesti disorok. Memandangkan Abah tak ada kat rumah, (Masuk hutan agaknya maklumlah Polis Hutan) Mak tergesa-gesa meminta pertolongan kat jiran sebelah. Aku masih ingat, Pakcik Samingin la yang menghantar aku ke hospital.

Tak menangis tapi sakit, aku di bawa ke hospital. Dalam perjalanan itu aku tak tau sama ada aku tidur atau pengsan... Sedar-sedar, tangan aku sudah berbalut. Sakit... Ditambah dengan bebanan 20kg di tangan kiri aku. Menurut makluman, tangan aku telah lari dari kedudukan asal. Sendi tulang dipelipat lengan kiri aku sudah terlepas dari landasannya... Kesan dari kisah degil aku melompat buai...

Selama 30 hari aku ditahan di Hospital Besar Ipoh. Sepanjang tempoh itu, aku sedar bahawa, Mak akulah heroin penyelamat nyawa aku. Walaupun Abah tak ada di sisi masa itu, aku rasakan Mak sanggup mintak tolong kat orang lain tanpa mempedulikan apa terjadi. Terkilan rasanya bila aku degil cakap Mak jangan lompat buai. Tapi, kejadian ini merupakan sejarah bagi aku yang tak dapat dilupakan...

p/s: Shahril Amir lah penyebab aku mengikut dia melompat buai... Otai dia ni...

Comments (4)

Buaian jahat... :p

p/s: lengan time tu dah macam pendulum dah. kenot forget the scene!

Kalo takde sejarah camni, tak best gak...

perghhh sendiri degil leh lagi nak nak tuduh org lain penyebab...
normal la tu beb
bebudak mesti lah nakal

dia ajak aku... hehehe sebab aku memang degil...