:: Selamat Menyambut Ramadhan ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 8/12/2009 03:05:00 PTG

2

Setelah setahun kita boleh makan-makan di tengahari, kini tibalah masanya kita kembali ke bulan yang penuh dengan cabaran iaitu menahan lapar dan dahaga serta bulan yang di wajibkan untuk lebihkan ibadah. Ditambah lagi dapat kurangkan melakukan dosa mengumpat dan mengeji (aku kena kurangkan bercakap). Kedatangannya kadang-kadang membawa seribu makna pada orang yang benar-benar menghayatinya.

Kehadirannya membolehkan kita dapat melakukan amal ibadah yang lebih dan berganda sesuai dengan tuntutan Allah SWT. Menghadiri majlis-majlis ilmu dan solat berterawih di masjid-masjid. Tidak kurang juga ada yang merungut "Ala, nak puasala pulak. Nak makan tengahari dah tak boleh". Suara-suara yang tak berapa kedengaran tapi biasa di ucapkan dalam hati bagi mereka yang tidak menghargai kehadiran Ramadhan.


Bagi para peniaga, mereka mula merangka kerja-kerja menambah pendapatan seperti menyewa tapak di bazar Ramadhan, membuat kuih-muih raya untuk tempahan, mengambil tempahan untuk baju raya dan sebagainya. Tak kurang juga yang mula mencari-cari wang tukaran yang lebih kecil untuk diberi pada kanak-kanak sebagai saguhati yang disebut 'duit raya'.

Kelebihan Ramadhan kadang-kadang kita sering lupa fungsinya walaupun tidak diketahui ramai. Bos-bos akan memberi kelonggaran waktu bertugas seperti pulang awal, Sabtu tak kerja, alasan penat dan sebagainya juga. Bagi mereka yang tak berapa gemar kehadiran Ramadhan ini, mereka akan kebiasaannya mengambil peluang ini untuk ponteng kerja kerana sakit gastrik (trick je ni).

Jadi mana yang disebut di atas, ambillah mana yang baik dan kurangkan yang tak elok, serta marilah kita pertingkatkan kelemahan kita mengingati Allah SWT. Sekian...

p/s: Sebagai panduan untuk peringatan bersama tak lupa juga untuk aku...

Comments (2)

awalnyer post....seminggu lagi daaa

Seminggu lagi dah panas. Sebelum panas kita bagi hangit dulu...