:: Selamat Hari Jadi & Kepulangan ::

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 8/25/2009 11:00:00 PTG

1

Tak berkesempatan nak reviewkan hari yang bermakna pada hari semalam. Semalam merupakan hari jadi Siti yang ke ... Selama kami berkenalan, memang tak pernah berkesempatan untuk aku dan dia meraikan bersama-sama kecuali dengan ucapan "Selamat Hari Jadi" melalui telefon sahaja. Jangankan kata nak raikan bersama-sama. Aku di tengah semenanjung, dan dia di utara semenanjung. Tapi apa boleh buat, dah memang tak dapat meraikan kerana masa yang tidak sesuai. Insya'allah, ianya akan datang jua nanti. Aku sempat telefon dia pada tepat pukul 12.00 tengah malam 24 Ogos 2009 dimana aku dalam keadaan tergesa-gesa mahu pulang ke Kuala Lumpur. Asalnya aku dah dua hari kat Ipoh untuk menyambut awal Ramadhan bersama keluarga di sini.

Image Hosted by ImageShack.us

Sebenarnya malam ni cukup malas untuk menaip menceritakan apa yang aku lalui sepanjang minggu ini. Cumanya, apabila aku dapat menjejakkan kaki ke Ipoh, terasa hati aku sudah cukup puas kembali ke kampung halaman. Aku pulang ke Ipoh pada pukul 7 petang pada hari Jumaat, dengan tidak merancang langsung untuk sampai ke sana. Sepanjang perjalanan aku ke Ipoh, hujan yang sangat lebat membuatkan aku sedikit gusar dalam keadaan gelap malam yang semakin suram.

Masih lagi menghargai kelab kenarianz, aku tetap menjengah sahabat-sahabat di Perak untuk bersama-sama berkongsi cerita. Mungkin sesi NOS Perak sedikit lemau kerana malam tersebut adalah malam awal Ramadhan. Hingga ke tengah malam kami berborak serta bergelak ketawa, kami mengakhiri majlis sehingga pukul 12.30 tengah malam.

Kenariku terus meluncur untuk mencari jalan pulang yang benar di mana hujan mulai turun sehingga lebat. Keadaan jalan yang agak licin membuatkan aku semakin berhati-hati memulakan langkah. Sesampai je di Tambun, keadaan jalan semakin tidak menentu kerana jalan seakan dibanjiri air yang deras. Sampai di depan Shell di depan Sunway City, jalan semakin deras (banjir) mungkin kerana air longkang telah melimpah. Hati tidak keruan kerana aku takut banjir merosakkan enjin kereta aku. Banjir bolehlah di andaikan setakat buku lali orang dewasa. Syukurlah aku melepasi banjir itu untuk sampai ke rumah dengan selamat. Sampai je kat rumah, cium tangan mak abah, sembang lebih kurang, aku pun mulakan tidur barang sejam dua untuk mempersiapkan diri bersahur.

Perceritaan yang agak membosankan mungkin kerana ini adalah cerita dari perspektif aku. Dengar khabar along sekeluarga akan pulang juga ke Ipoh untuk menyambut awal Ramadhan bersama Mak dan Abah. Semakin ramai la yang pulang di sertai kehadiran nenek (embah) mengkalutkan keadaan. Ditambah pula dengan kehadiran Naufal yang semakin membesar semakin kuat menangis. Asyik nak dengan umi dia je...

Cukuplah setakat ini yang dapat dikongsi. Semoga berjumpa lagi di lain hari. Selamat berpuasa kepada semua umat Islam terutama yang menjengah blog aku ini...

Comments (1)

terima kasih...:> 143...