:: Pagi Yang Hangen ::

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 8/21/2009 10:49:00 PG

7

Pagi ni aku ada sedikit terlewat masuk office (Terlewat banyak pukul 10.15 sampai office). Ini disebabkan aku tidur amatlah lewat malam tadi kerana peperangan yang tak dapat dielakkan hingga terbabas ke ½ tengah malam. Akhirnya aku tumpas juga... (Jangan fikir bukan bukan okeh?).

Disebabkan aku terlewat, tapi aku masih lagi mampu berlakon dengan cemerlangnya bagi tidak disyaki sering datang lewat. Mungkin hari ini adalah hari terakhir untuk tidak berpuasa, aku cuba untuk membuatkan perut aku untuk tidak kelaparan.

Kusinggahi ke 7 Eleven untuk membeli kudap-kudapan buat pengisian perut di dalam office, aku mencapai air kotak DUTCH LADY perisa Chocolate bernilai RM5.50 beserta coklat bar Van Houten berperisa Hazel Nut bernilai RM4.30. Ku kira-kira lebih kurang RM9.80 untuk pembayaran di cashier. Ada satu coklat bar berperisa Fruit Mix ingin aku capai bernilai RM4.60 tetapi tidak jadi kerana kuasa beli yang melebihi RM10, jadi aku hanya mencapai coklat bar Hazel Nut sahaja untuk tidak membuat pembayaran melebih RM10...
Air kotak RM5.50 + Coklat Bar Hazel Nut RM4.30 = RM9.80 (√)
Air kotak RM5.50 + Coklat Bar Fruit Mix RM4.60 = RM10.10 (X)
Sesampai je kat cashier membuat pembayaran, coklat bar bernilai RM4.30, cashier mengimbas harga bernilai RM4.60. Aku bertanyakan kembali kenapa harga yang aku beli berbeza dengan budjet aku? Dia memberitahu harga coklat bar yang aku ambil memang bernilai RM4.60. Apehal beb? Diorang dah tag RM4.30 boleh pulak scan harga RM4.60. Nak tipu customer ke? Aku memulakan pertikaman lidah dengannya nak tipu customer pun agak-agakla. Jangan memain pasal duit boleh perang. Memang la aku tak kisah dengan harga itu tapi kalau nak berniaga betul-betulla... Ingat 7 Eleven tu harga cekik darah aku tak tau ke? Dahla cekik darah, menipu lagi...

Dalam sesi perang harga itu, aku lihat cashier buat muka tak puas hati ngan aku. Hentak-hentak mesin kira pasal 30sen punya harga. Aku mulalah cakap kat dia:
Aku: Ko marah-marah ni apehal?
Cashier: Mana ada marah, tengah kira balance ni...
Aku: Tak puas hati kawan ko tag salah? Ke ko marah kat aku pasal aku tak bayar RM4.60?
Cashier: Mana ada...
Aku: Aku bayar harga yang aku nampak, ko jangan nak salahkan aku kenapa aku kena ambik RM4.30 punya barang. Kalau ko tak caye ko pegi tengok kat belakang tu kenapa ada beza RM4.60 ngan RM4.30. Ko hentak-hentak mesin tu tanda ko marah kat aku.
Wajah dia memang tak puas hati dengan harga tu, dengan perasaan terpaksa dia bagi jugak balance kat aku 20 sen. Aku bukannya nak sangat marah kat dia, tapi sikap dia bekerja macam takde produktiviti. Aku tengok name tag dia nama Raffe, muka melayu kat tangan ada tatto. Tu pasal aku pun naik minyak sikit pagi ni. Kalau betul melayu kenapa perlu tatto? Aku pun keluar dari 7 Eleven, aku lihat dia pergi ke belakang memeriksa harga coklat bar tu...

Itu bukan kerja aku, aku sebagai customer aku adalah betul. Ko nak bentak-bentak aku kenapa? Nak marah pegi marah member ko yang tag harga tu. Kalau short itu masalah aku ke? Company yang sikit-sikit aku akan boikot untuk beli barang kat situ di masa akan datang.... Menipoooo...

Comments (7)

pepagi lagi ko da ngidam makan coklat bar...isk isk isk...
wat u do aku suker beb..customer is always right.. aku dlu selalu gak singgah beli kat 7e lrt kelana jaya pepagi..ade makcik tue name "derita" jadi cashier kat citu...(aku xbuat cite)..

sejak tahu kat mynews lagi murah aku da xbeli kat 7e da...
bbrap posen pon duit...nak2 aku budak akaun..costing kire selaluh...hehhee..

Bukanla tak mampu bayar kan? Tapi kalau nak meniaga, betul-betulla sikit tag harga kat produk tu... Tu baru aku kena tipu, ntah berpa ramai lagi yang kena tipu pun aku tak tau...

Boikot 7 Eleven... Walaupun beza 1 sen...

ko ni ngidam ke ape coklat pagi2 buta..susu coklat lagik..

aku salu je jadi cam ni terutama kat hupermarket besar2 yang tag harga tunggang langgang..

Tapi kalo ko g hypermarket besar2 kan..ko ada masalah cam ni..ko akan bayar harga yang ko tengok mula2 jer..tapi yang penting kene tgk resit betui ke tak...mmg dia akan pulang duit lebih yang penting tanpa hentak hentak cash deposit machine tu hehe

lagi satu kalau kedai yang biasa2 (kedai makan) ni kalo buat berkire mmg pantang aku..ala setakat 2posen 3posen nak kire ape kan..ade satu kedai kat ofis aku ni aku hari2 makan kat dia walau x penah mintak kurang sekali tu aku beli aku mintak diskaun ..ala kak 3posen tu kire halal ar..dia leh sekolah kan aku..haram tol...sampai sudah aku pandang pun tak kedai dia ni..kedekut taik idong masin berkulat betul la

Komen pertama Aiza: Pagi bute mende? Aku beli kul 10 pagi la... Kalo kedai besar tu lagi satu, selalu gak kena tipuk... Aku sangat berhati-hati. Lagi satu aku tak pernah beli kuantiti yang sangat banyak pasal aku belum boleh beli barang bebabnyak. Tak kawin lagik.. Hehehe...

Komen kedua Aiza: Kedai itu lagila aku sekolahkan dia kalau dia plak mintak kita berkira. Aku tetap makan kat kedai tu tapi aku mintak masuk buku. Lagi bagus ye tak?

jangan marah2 encik nizam. anda berpuasa

Oh... Cerita ni udah lama, sehari sebelum puasa... Sekarang dah cool dah...