:: Apa Nasib Kita 52 Tahun Lagi? ::
Posted by nizam_5282 | Posted in Luahan , Riadah Minda | Posted on 8/30/2009 06:27:00 PG
0
ESOK, Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan ke-52. Ia bermakna sudah 52 tahun kita mentadbir dan memerintah tanah air ini dengan cara kita sendiri.Kenyataan di atas menerangkan apa yang aku kopipes dari Utusan Online 30 Ogos 2009. Ada benarnya kenyataan di atas diterangkan kerana kadang kala kita terlupa dan termasuk diri aku sendiri juga terlupa apakah yang berlaku sebelum 52 tahun sebelum ini. Mengerah keringat dan semangat orang terdahulu untuk mencapai kemerdekaan negara. Sekarang kita telah dibebaskan dan selama 52 tahun kita berdiri di atas kaki sendiri mentadbir negara dan mentadbir kehidupan sendiri tanpa ada susah payah melarikan diri dari anasir luar. Kita sudah tidak lagi menjadi orang pelarian di bumi sendiri.
Kita menempuh segala cabaran dengan tabah bersandarkan kekukuhan perpaduan pelbagai kaum yang selama ini dikagumi oleh dunia. Tetapi persoalannya apakah yang akan berlaku 52 tahun lagi? Apakah yang akan menjadi faktor penentu bagi memastikan kemerdekaan negara ini yang dicapai melalui titisan keringat, air mata dan darah berkekalan?
Terdetik di hati aku bagaimana susahnya orang dulu hendak meneruskan kehidupan umpama pelarian di tanah air sendiri apabila komunis bermaharajalela. Bagaikan tak senang duduk mereka hendak menjaga diri sendiri dan tanggungan mereka dari jejak komunis. Tak tebayang rasanya perit kehidupan mereka. Kalau dapat ditangkap oleh komunis, hidup dan mati terpaksa kita berserah kepada Allah Ta'ala.
Mengikut drama di TV3 malam tadi bertajuk "MEMOIR AISHAH", terdetik juga kat hati aku berapa kuatkah iman kita kepada Allah? Komunis memaksa kita menyembah matahari, sedangkan kita bertuhankan Allah? Kalau kita tak mengikut arahan mereka, kita akan mati dipancung. Sanggupkah korang mengucapkan apa yang mereka suruh untuk menyelamatkan diri sendiri dengan menyembah matahari? Kecilnya iman kita kalau hendak selamatkan diri kita sendiri. Astaghfirullahal Adzim...
52 tahun telah kita merdeka, kemana hala tuju anak muda zaman sekarang? Mereka sudah lupa asal usul perit getir orang yang memerdekakan negara kita. Ini baru 52 tahun kita merdeka? Bagaimana 52 tahun akan datang? Sedangkan 52 tahun kita telah merdeka kini, kita telah dijajah kembali dengan ideologi barat dan negara komunis yang pernah menggugat negara kita 52 tahun dahulu. Kita leka... Leka dengan kemodenan zaman yang tanpa sempadan... Jangan kita bertongkatkan langit lagi. Tibalah masanya kita merubah apa yang telah tok nenek kita semaikan dulu apatah lagi bangsa kita sekarang pun dah nampak perpecahan dengan pelbagai agenda politik yang tak munasabah...
Comments (0)
Catat Ulasan