Permainan Di Kala Kecil
Posted by nizam_5282 | Posted in Favourite | Posted on 2/28/2009 02:30:00 PTG
0
Berikut antara permainan yang menjadi sejarah pada zaman kegemilangan yang tak kenal erti apa itu duit? Sebab masa dulu yang aku tau nak main je kerjanya. Orang tua cari duit, susah membanting tulang nak mencari sesuap nasi untuk aku dan adik beradik aku makan, bukannya kami peduli. Sekarang baru tau betapa susahnya duit tu nak cari...
Aku teringat untuk buat entry ni dari mimpi kot? Rasanya aku nak kongsi apa yang aku main masa kecil-kecil dahulu...
- Galah Panjang
Games ni selalu aku main bila habis waktu mengaji kat sekolah agama rakyat. Main kejar-kejar dengan halangan kawan-kawan dan diikuti dengan peraturannya iaitu tak boleh kena sentuh. Kalau kena sentuh, seluruh pasukan kita out. Pastu siapa yang dapat habiskan games, dia dibelanja air sirap. Mainan ni seingat aku mesti ada step-step mengikut berapa ramai ahli yang nak main. Dulu kira ada 12 orang dah cukup best. Setiap pasukan ada 6 orang. Biasala, melobi member yang terror sudah menjadi kemestian. Halangan yang dibuat mesti ada starter line menjaganya, second line, third line dan seterusnya mengikut berapa ramai yang nak main di satu-satu masa.
- Jentik Tudung Botol@Oren
Mainan ni favourite aku masa cikgu tak masuk kelas. Setiap orang mesti nak ada 5 tudung oren. Permainannya mudah, cuma senget-sengetkan tangan sambil jentik mengikut laluan yang dibuat oleh tangan kita sendiri. Permainan ni diperlukan 2 orang je pemain dah cukup. Setelah habis jentik tudung oren tu, kemudiannya mencampak tudung oren dan menyambutnya. Sesiapa yang gagal menangkap, dikira gagal dalam aksinya. Permainan ni mungkin ditiru dari permainan batu seremban yang biasanya kegilaan budak-budak perempuan. Cuma tak main batu seremban ni sebab menjaga kredibiliti lelaki takut di ketawa kawan-kawan sebab kita lelaki.
- Guling-guling Pemadam
Permainan ni pun lagi satu tanda di mana aku dan kawan-kawan bermain masa cikgu tak masuk kelas lagi. Tapi permainan ni dilabel sebagai judi sebab setiap pemain mesti beli pemadam sebanyak mungkin. Seingat aku, pemadam cetakan bendera Malaysia paling susah untuk di dapati di kedai-kedai mamak dan seanteronya. Dulu aku main mainan ni selalu aku dapat banyak pemadam hasil kekalahan pihak lawan. Banyak aku dapat, tapi masa buat kerja sekolah taknak pakai pulak? Mesti nak pinjam kawan sebelah punya pemadam. Kedekut punya aku. Permainan ni senang je, cuma guling-guling pemadam pada pihak lawan. Siapa yang ditindih pemadam lawan, dia menang. Permainan ni sebaiknya jangan diikut kerana ia berunsur perjudian... Nyesal....
- Tenteng
Permainan ni aku main di kala ada geng perempuan sekali. Ala... lompat-lompat sambil membaling gundu. Cuma sediakan tapak untuk gelanggang yang di lukis, dan lompat mengikut balingan gundu yang dicampak. Siapa yang tak dapat pijak gundu tu, dia gagal dalam permainannya. Biasanya zaman aku, gundu tu di potong dari asbestos siling masa pakcik Indonesia tengah buat kerja kontrak. Masa ni pakcik Indonesia semuanya baik-baik tak macam sekarang. Bapak aku baik dengan diorang sebab bapak aku tau cakap Jawa dan diorang pun faham bahasa bapak aku. Sekarang punya Indon, poyo je lebih. Dulu diorang hormat kita.
- Susun Selipar
Kalau ada masa lapang je sikit, mesti main benda ni. Cuma kategori permainan di zaman aku masa ni umur takleh terlalu besar. Sebab mana leh, diorang jela menang. Pemilihan dibuat semasa umur dalam lingkungan sebaya je. Yang umur dah besar sikit tu, pegi main benda lain. Mainan ni cuma susun selipar berbentuk 3 segi. Siapa yang dapat susun dikira menang. Mula permainan ini adalah dengan membaling selipar kepada badan kawan. Selagi tak kena, dia masih berpeluang membentuk segitiga selipar.
- Gasing (Gasing bawang)
Aku masih ingat lagi masa dulu aku ada gasing dianggap keramat. Kalau aku main gasing ni, mesti aku dapat tobekkan gasing lawan. Kalau aku pakai gasing lain, mesti macam ada yang tak kena je. Kalah memanjang. Dulu aku dianggap hebat sebab pernah membenamkan gasing lawan sampai pecah. Huhu... Hebat. Permainannya cuma membuat layangan berpusing kepada bulatan yang dibentuk. Sekiranya gasing masih berada dalam bulatan dia akan dianggap kalah. Yang bestnya gasing yang berada dalam bulatan akan menjadi lauk untuk menobekkan gasing mereka. Setiap pemain mesti membaling layangan berpusing serentak. Dan siapa yang masih berpusing di dalam bulatan dia tak boleh lilit dan sambut gasingnya sehinggala dia berhenti berpusing. Dan siapa yang tak dapat sambut gasing yang masih berpusing, dianggap akan ke tengah bulatan.
- Konda Kondi
Permainan ni siapa-siapa pun boleh main. Mesti ada kayu ngan pemegang kayu. Korek tanah dan campakkan kayu tadi ke arah pemain depan. Tak ingatla camana peraturan permainan ni. Sebab permainan ni tak glamour di zaman aku. Pasal bila ada yang bersuara nak main, diorang nak main permainan lain.
- Popia (Tak tau eja camana)
Game ni cukup sinonim kalau nak buli kawan-kawan yang tak disukai. Kalau ada bola tenis, permainan ni akan di bentuk. Tiada peraturan penting. Cuma tuju bola tenis tu kat kawan sekuat hati, kalau kena memang meng'aduh'. Lepas tu siapa yang dekat dia pun akan merasai kesakitannya.
- Congkak
Permainan ni biasa dimain bersama sanak saudara terdekat. Aku tak main bersama kawan-kawan biasa. Sebab permainan ni memerlukan papan berbentuk lubang-lubang dan mak lubang dinamakan papan congkak. Sebab permainan ni dulu bagi aku, hanya yang mampu aje ada congkak ni... Kalau balik kampung berjumpa sedara-mara, permainan nila yang aku main.
- Karom
Ni pun satu permainan yang hanya boleh di main di dalam rumah. Mak aku tak bagi bawak karom keluar dari kawasan rumah. Sebab mahal menatang tu? Permainan ni cuma perlu dijentik ke dalam lubang dengan men'target' striker ke arah anak buah karom.
- Explorasi Buku (Lukis & Jalan)
Permainan ni aku main masa sekolah rendah masa darjah 3 dan 4. Siapa yang rajin melukis dan ada masa untuk buat benda ni dia akan main. Masa ni memang glamour permainan ni. Modalnya cuma beli buku garis-garis, dan lukis membentuk jalan-jalan yang perlu di lalui. Lukisan jalan-jalan tersebut akan diikuti sambungannya di muka surat sebelah dan muka surat seterusnya. Siapa yang pilih jalan yang salah, dia akan mati di muka surat seterusnya. Huh! Memang cukup teringat permainan ni masa dulu sebab nak buat permainan ni sampai aku tak tidur malam.
- Bola Sepak
Nila permainan aku masa kecik dulu sampai sekarang. Walaupun masa dulu kecik, ketakjubannya sampai sekarang masih diingati. Teringat aku masa pukul 5 petang ada kartun "KICKERS" kisah anak muda bermain bola sepak. Habis je cerita tu, pergi ke padang terus praktik. Habis je main waktu Maghrib, tangan la kaki la semua lenguh. Biasanya akan dapat kesan lebam dan seliuh di kaki kanan.