Sudah Puaskah Aku?

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 2/21/2009 03:05:00 PTG

0

Seketika aku melihat langit malam yang indah, di sinari bintang-bintang yang berkerlipan, hati ku begitu terdetik merasai keindahan malamku. Sesekali aku melihat bulan mengambang, aku terpegun kerana malamku yang gelap masih disinari cahaya yang kelam menyinari kegelapanku. Pernahkah aku terfikir seandainya malam ku yang indah sesekali terpalit objek yang aneh di langitku? Apakah sudah ditunjukkan sesuatu, barulah aku hendak takut kepadaNya?Sudah kuatkah amalanku di dunia seandainya aku terus mengagumi apa yang aku ada sekarang? Sudah puaskah aku dengan segala yang telah aku impikan? Teruskanlah sekiranya aku sudah puas dengan nikmat dunia ini... Hidup Mesti Terus bukanlah ungkapan untuk terus hidup tanpa memikirkan apa yang harus di lakukan di dunia sahaja. Hidup Mesti Terus untuk terus melakukan perkara-perkara yang di suruh olehNya. Janganlah aku hanyut dengan nikmat dunia ini. Ya Allah, bukakanlah hatiku untuk terus bertakwa kepadaMu...

Comments (0)