Mana Ntah?
Posted by nizam_5282 | Posted in Luahan , Semasa | Posted on 2/11/2009 01:23:00 PTG
0
Apa nak jadi dengan negeriku tercinta? Perak Darul Ridzuan yang dulunya Sultannya sangat dihormati dan dan dikasihi. Tetapi di manakah pertimbangan akal warga Perak sekarang? Menghina dan mencaci tanpa perasaan hormat kepada kedaulatan Sultannya? Nak kena tulah atau muntah darah pada tanah air sendiri baru nak sedar pada kedaulatannya? Kita hanya menumpang hidup di negeri ini cukuplah kerana sememangnya Sultan memegang amanah untuk mentadbir negerinya sendiri. Adakah kerana faktor politik yang semakin mencabar rakyat sudah berani menghina dan mencaci itu ini pada Sultannya? Sudahlah rakyat sendiri menghina ditambah lagi dengan rakyat negeri lain masuk campur dan suka-suka mereka sahaja menyibuk. Jaga sahaja tempat anda dan nyah dari menghina Sultan dan negeri aku. Sedangkan melayu sesama sendiri yang bertelagah, bangsa asing lagila bertepuk tangan.
Sejarah baru telah tercipta yang mana Perak Darul Ridzuan ada dua Menteri Besar. Yang mana satu sebenarnya pun tidak diketahui. Yang dilantik Sultan atau sengaja menganggap dirinya Menteri Besar? Aku bukanlah menyebelahi mana-mana, cuma meluahkan supaya segala yang kusut akan sedia selesai. Kalaulah kerana benar dengan pembubaran ADUN dapat menyelesaikan masalah, aku tak kisah siapa pun yang akan mentadbir negeri aku, aku terima kerana undi itu rahsia. Kerajaan manapun yang mentadbir, mereka punya agenda sendiri untuk meningkatkan taraf kehidupan pengundinya. Janganlah kerana masalah ini, orang luar menganggap yang Malaysia ini sudah semakin popular dengan rusuhan dan demonstrasi jalanan yang tiada penyelesaian...
p/s: aku nak balik Ipoh, janganlah ada demonstrasi lagi, jem je penatla weh!

Comments (0)
Catat Ulasan