Sayangi Kerja Selagi Ada
Posted by nizam_5282 | Posted in Petikan | Posted on 2/23/2009 08:53:00 PG
0
Setakat Khamis lalu, sudah lebih 80,000 orang di Malaysia telah melalui proses yang dipanggil pemberhentian kerja sementara.
Mereka masih bekerja, cuma menunggu masa diberhentikan seandainya syarikat tidak mampu lagi menanggung kos operasi jika ekonomi suram sekarang berterusan.
Kumpulan pekerja ini juga tidak bertugas seperti dulu. Jika tahun lepas mereka bekerja lapan jam sehari, lima hari seminggu, kini separuh daripada itu. Kesannya, pendapatan berkurangan.
Bagi yang selama ini bergantung hidup pada lebihan pendapatan bayaran lebih masa atau syif berganda, mereka lebih perit. Akibatnya, satu keluarga merana.
Pada yang bujang, mereka mungkin terpaksa berhenti menghantar duit ke kampung atau menangguh rancangan untuk berkahwin.
Kita bersimpati tetapi nasib hampir 20,000 orang pekerja lain lagi sengsara. Mereka sudah pun diberhentikan kerja sehingga kelmarin.
Itu angka yang sudah dilaporkan. Jumlah sebenar pasti lebih menakutkan.
Kepada meraka yang kerja sambil lewa, pandai merungut tetapi hakikatnya malas sehingga menjadi liabiti pada syarikat, siap sedialah kemas meja, itupun sekiranya ada meja.
Mengikut pandangan pakar kerjaya, kumpulan seperti inilah yang lebih dulu diberhentikan. Dalam istilah downsizing, syarikat hanya berminat mengekalkan sekumpulan pekerja yang cekap dan memiliki banyak kemahiran.
Mereka inilah yang akan jadi peneraju jika syarikat itu mampu bertahan melepasi era kegawatan kelak.
Pendek kata, inilah masanya kita meningkatkan aset diri.

Comments (0)
Catat Ulasan