Jimat kos 75 Peratus ke Ipoh

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 2/18/2009 10:23:00 PG

2

IPOH - Jika anda mahu menjimatkan masa, tenaga dan wang untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh, pilihan terbaik sekarang ialah menaiki tren.

Perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang bermula 1 Disember itu dikatakan menjimatkan kos sehingga 75 peratus berbanding kereta dan 44 peratus jika menaiki bas ekspres.

Ketika ini, tambang tren KL-Ipoh ialah RM10 untuk kelas ekonomi dan RM18 untuk kelas dua untuk perjalanan selama 2 jam 56 minit.

Berbanding dengan perjalanan berkereta, seseorang perlu membayar tol RM26.50 dari Plaza Tol Jalan Duta hingga Plaza Tol Ipoh selain kos minyak kira-kira RM30 untuk jarak pemanduan kira-kira 200 kilometer. 

Wartawan Kosmo! yang berkesempatan 'menguji' aliran perjalanan dari KL-Ipoh-KL semalam mendapati ia satu perjalanan yang selesa dan memudahkan orang ramai merancang perjalanan dengan lebih tersusun.

p/s: Nanti aku cuba try test

Comments (2)

memang betul pun aku dah cuba dah.... aku naik hat rm18... best gak.. prjalanan yang tak der trafik jan n boleh relax n nikmati keindahan alam.... but please pilih tampat duduk yang mengikut arah perjalanan kalau xnak sakit kepala....

Aku nak ngetest satu kali nanti...