Tanjung Rambutan
Posted by nizam_5282 | Posted in Artikel , Luahan | Posted on 2/19/2009 11:37:00 PG
8
- Tanjung Rambutan ialah sebuah pekan kecil di daerah Kinta yang terletak di timur laut bandar raya Ipoh di negeri Perak, Malaysia. Jaraknya pekan ini dari Ipoh adalah 15 kilometer.
- Tanjung Rambutan biasanya dikaitkan dengan 'orang gila' kerana pekan ini menampung Hospital Bahagia, salah satu hospital kesihatan mental yang terkenal di Malaysia. Oleh itu, penduduk-penduduk Tanjung Rambutan lebih senang dengan panggilan Hulu Kinta kerana pekan ini terletak di hulu Sungai Kinta. Sungai Kinta mengalir melalui bandar Ipoh, Batu Gajah, Tanjung Tualang dan bertemu dengan Sungai Perak di Kampung Gajah, Perak.
- Kini Tanjung Rambutan semakin menarik perhatian orang ramai kerana barang-barang lelongnya yang murah serta kesempatan untuk mengunjungi Hospital Bahagia yang juga didatangi oleh pelatih-pelatih yang menjalankan latihan praktikal. Maktab Perguruan Hulu Kinta dan sebuah Kem Polis Hutan (Betulkan fakta. Sekarang dah tukar nama Pasukan Gerakan Am) juga terletak di Tanjung Rambutan.
Memang benar seperti orang lain kenal, Tanjung Rambutan ni tempat orang gila. Tapi tentukah semua penduduknya gila? Sampai selalunya orang tanya aku tinggal kat mana? "Aku tinggal kat Ipoh"... "Ipoh kat mana?"... "Err... Kat Ulu Kinta". Tapi hakikatnya aku duduk kat Tanjung Rambutan. Kenapa Ulu Kinta yang menjadi pilihan untuk aku sebutkan? Kerana sememangnya aku dilahirkan di Ulu Kinta, Kem Polis. Tapi itu dulu, kerana nama dan kawasan Tanjung Rambutan sangat dikenali tempat pembuangan orang-orang yang kurang waras...
Tapi kini, aku berbangga dengan nama Tanjung Rambutan. Kerana aku mulai kenal yang kawasan hitam inilah yang sangat berjasa kepada masyarakat di Malaysia. Kenapa aku nak malu dengan tempat aku sendiri? Malah sekarang aku sangat berbangga aku menetap di sana kerana kawasan yang orang menganggap kawasan hitam itu mudah di kenali. Bukan kawasan penjenayah besar pun. Juga menjadi Landmark mudah untuk orang ke sana. Walaupun aku warga Tanjung Rambutan, untuk masuk ke kawasan larangan sekarang amat sukar sekali. Pengawalan ketat telah dilakukan oleh pegawai-pegawai bertugas di kawasan hospital itu. Pernahlah rasanya 3 kali dahulu aku masuk ke dalam hospital itu untuk meninjau-ninjau apa yang dilakukan oleh pesakit tersebut. Jelas sekali mereka memang tidak waras. Ada yang te***jang bila ada orang normal melihatnya. Ada yang k**cing merata-rata. Syabas kepada warga bertugas kerana tahap kesabaran anda memahami masalah mereka.
Tahukah korang Tanjung Rambutan ini sangat terkenal kenapa? Kerana bila ada pengambaran filem cerita tentang orang gila je mesti pelakon-pelakon datang kat sini. Ingatkah korang cerita Mr Os tajuknya "ADIK". Korang tau tak dia berlakon kat sinila. Rasanya masa dia berlakon kat sini, ramai orang tak tau ada pembikinan filem. Sebab apa, kerana untuk ke kawasan ni ialah kawasan larangan. Ingat ke masa Aziz Sattar berjalan pusing-pusing kira duit tu menunjukkan dia orang gila? Sebenarnya itu adalah satu norma kehidupan mereka yang normal di rawat kat hospital ini. Sikit je dia tunjuk kat situ...
Aku bangga aku menetap di sini... Sekarang aku dah boleh jawab dengan bangganya. "Ko asal mana?"... "Aku berasal di Ipoh, Tanjung Rambutan. Tak percaya tengok IC aku". Sekali sekala aku menjawab "Aku duduk tempat Orang Gila"... Apalah sangat yang di malukan yang aku warga TANJUNG RAMBUTAN?

hakhakhak..
viva tanjung rambutan !!!
mmg btoii kami warga tanjung rambutan amat berbangga dgn tpt tumpah darah kami !!!!
semakin lama bende tu semakin dilupai bro.. apa-apa pon, long live tanjung rambutan..
p/s - dah musim rambutan ke kat Msia?? :)
ViVa Forever...
Musim rambutan tu tak le lagi bro Epul... Teman tunggu musim derian je...
selamanyalah tg rambutan... bayangkan even dalan citer pendekar bujang lapok pun dah disebut tg.rambutan... betapa terkenalnya kita nih
Tanjung Rambutan memangla famous. Cuma orang yang tak bukak minda je kata tempat ni teruk...
hmmm.. me baru jakkks balik dari tanjung rambutan yg vogue tewww.. salammms dr me dikejauhannns
Siapakah En_me ni? Apa yang dibuat ke Tanjung Rambutan itu?