Katakan Tidak!

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 2/27/2009 01:59:00 PTG

0

Selamat tinggal kemudahan Photobucket... Aku tidak lagi menggunakan khidmatmu kerana dikau sungguh lembab. Dan file-file yang selalu aku gunakan di perkhidmatanmu seringkali corrupt. Apakan daya kerana aku suka menggunakan khidmatmu dahulu untuk simpan imej-imej menarik sebagai icon mahupun grafik. Lama-kelamaan, aku mulai tahu kelemahanmu kerana dikau tak boleh simpan file-file tersebut dalam jangka masa yang lama. Aku mulai bosan dengan khidmatmu...Kini aku kembali dengan perkhidmatan baru bernama ImageShack. Setelah menggunakan khidmatnya, perasaanku meluap-luap kerana mudah untuk aku upload file-file dan begitu cepat sekali access nya. Mudah juga memasukkan tag tidak lagi seperti Photobucket yang apabila kita memasukkan file-file tersebut ke dalam folder yang disediakan, dikau tidak lagi mendapat capaian sebagai attachment luar. Hilang begitu sahaja. Kalau nak buat folder@album pun, kena masukkan dalam folder dahulu kemudian copy direct link nya. Untuk load sesuatu page pun rasanya lembab je aku rasakan.

Dengan menggunakan applikasi Imageshack, aku tidak lagi sukar mencari file-file lama kerana ianya hanya semudah ABC sahaja dengan memasukkan tag. Yang penting, tandakan pada file tersebut dan tag kan sahaja mengikut citarasa ku. Selamat tinggal Photobucket...

Untuk makluman, sila layari http://imageshack.us/

Comments (0)