Apa perasaan korang?

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 2/10/2009 09:48:00 PG

3

Apa perasaan korang kalau bila kita tanya sesuatu soalan, takde siapa pun jawab walaupun rasanya ramai boleh jawab. Apa perasaan korang kalau bila kita tanya soalan, ditukar pula dengan subject lain. Sengaja menutup soalan aku atau tidak mahu jawab soalan aku? Apa tidak penting kah soalan aku untuk memudahkan komunikasi untuk semua orang? Akhirnya lebih baik aku buat diam dan nanti jangan kata aku tak buat kerja? Aku harapkan sesuatu yang mudah akan menjadi lebih rumit dengan cara begini...

Apa perasaan korang lagi bila kita add YM korang tapi korang reject? Tak tau mana silapnya dia ni reject YM aku. Pernahkah aku buat salah dengan dia? Benci dengan aku? Sebab apa? Apa masalah dia dengan aku sebenarnya? Dah lama dah aku diam je malas nak meluahkan sesuatu yang lama aku pendam. Semakin dia berjawatan, semakin eksen dia dengan pangkatnya. Aku ingat aku undi dia haritu, bolehla dia berubah. Tapi silap. Kalau iapun taknak ber YM ngan aku, tak salah approve kan YM tu? Tak semua orang nak berkawan dengan kita, tetapi mereka yang berkawan dengan aku, sememangnya aku akan kenang mereka sehingga akhir nyawa aku.

Apa perasaan korang kalau kita buat sesuatu aktiviti, mulanya ramai yang nak join. Tapi takde sorang pun yang ada kat tempat itu. Sememangnya aku suka buat aktiviti dengan kehadiran ramai kawan-kawan. Apa maknanya kalau yang datangnya aku sorang? Tetapi aku ucap terima kasihlah kepada seseorang yang datang juga tapi lewat. Macam orang bodoh je aku tunggu kat situ. Lepas ni jangan haraplah aku nak buat dah gathering-gathering ni. Terima kasih untuk korang semua yang support aku sebelum ni...

Comments (3)

aku sangat faham akan maksud bait-bait akhir posting mu itu mazli.

jangan diingat lagi kelak memanaskan badan dan hati okay!

next time u know who u can count on..

speechless..
adakah aku di kategorikan yang sama? tapi aku rasa aku dah bgtau awal2..hmmmm..

Ore wa... Shiteru yo! (T_T)