Orang Kata bukan Aku Kata...

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 2/13/2009 12:06:00 PTG

0



Kelebihan Geng: Pengembaraan Bermula
  • Jalan cerita yang langsung tidak membosankan walau sesaat pun! Seriously!!
  • Rendering yang tersangat-sangat cantik dan ianya setaraf dengan hasil ciptaan Disney mahupun Pixar.
  • Tiada langsung pergerakkan kaku seperti yang dapat korang lihat pada kartun Usop Sontorian dan sebagainya.
  • Jalan cerita penuh lucu hingga boleh ketawa sampai meleleh air mata. Lagi-lagi part Rajoo cakap “Upin!! Pikir masa depan”... Dan kemudian diorang jatuh juga ke bawah bukit. Hahaha. Sengal betul si kembar comel tu.
  • Sound effect yang cukup superb. Super! superb! Mungkin bukan pada keseluruhannya tapi overall, cukup bagus.
  • Teknik “Matrix” ketika Lim berlumba motor dengan Badrol dan juga ketika kepala Upin hampir dihempap batu.
  • Mesej yang disampaikan, sangat-sangat berkesan untuk sesiapa sahaja.

Kekurangan Geng: Pengembaraan Bermula
  • Kurangnya penglibatan Upin dan Ipin kerana pasti cerita ini pasti tersangat kuat kerana mempunyai Upin dan Ipin.
  • Adegan seram boleh dikatakan terlalu seram untuk kanak-kanak. Dilihat seorang budak sebelah sampai peluk mak dia tak lepas sambil menutup mata ketakutan. Ape tidaknya kalau sendiri dah rasa seram, ape lagi budak-budak. Haha, cerita ni memang feeling.
  • Ada babak-babak yang dapat kita tonton sedikit di Youtube, tiada dalam filem. Mungkin telah dipotong untuk memendekkan masa tayangan. Kalau korang menonton gelagat Lim yang bawak water heater masuk hutan kemudian cari plug nak cucuk, tak dapat pula dilihat dalam filem sebenar mereka. Mungkin juga heater tu dah ditukar kepada pemetik api elektrik.
  • Adanya ular besar yang nyata tidak logik. Tapi biasalah, kartun kan?
  • Ketika Rajoo dikejar hantu durian, nengok kuku hantu durian tu sebijik macam hantu. Rupanya hantu durian tu adalah si… si… korang nengok lah sendiri. Spoil pulak karang.
  • Ketiadaan watak-watak kawan baik Upin Ipin seperti episod di TV iaitu Ehsan, Mei Mei, Jarjit, Mail dan Fizi. Tapi kita tetap dihadiahkan dengan watak yang tak kurang hebatnya seperti Lim, Uncle Muthu dan Rajoo. Rajoo ni pernah keluar sekajap masa Upin Ipin siri 2 dulu. Rasa watak-watak yang takde dalam movie ni mungkin kerana movie ni disiapkan dahulu kemudian baru ada watak mereka dalam siri TV. Mungkin filem mereka yang akan datang, akan menampilkan watak-watak tersebut terutamanya watak paling admire, Mael. Dua singgit, dua singgit, dua singgittttttt…. Hehe.

p/s: Kena pegi tengok ni...

Comments (0)