14 Februari

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 2/13/2009 01:14:00 PTG

0

Kenapa dengan tarikh ni? Keramat ke bagi yang berkasih sayang? Cuma mengingatkan aku tak sambut pun dengan adanya tarikh ni. Buat biasa-biasa sahaja... Mungkin orang lain sambut agaknya? Sesuai di katakan ianya amatlah tidak sesuai untuk di sambut sebagai seorang islam sepertiku. Kenapa tak sesuai? Sila perhatikan fakta di bawah:
  • Valentine’s Day ni berasal dari negara Spain. Berkisarkan kejayaan seorang paderi bernama Pedro St. Valentino yang berjaya menewaskan dan menyembelih umat islam yang secara tidak langsung menjatuhkan empayar islam di Sepanyol. Pada tanggal 14 Februari 1492 dan kejayaannya itu diketahui seluruh pelusuk Spain sehinggalah dia dipanggil mengadap Permaisuri pada ketika bernama yang bernama, Isabella. Permaisuri Isabella ni tanye dia nak ape sebagai ganjaran. Dan paderi tersebut berkata ingin mengahwini kekasihnya. Permaisuri naik berang dan penjarakan paderi tersebut. Maklumla Paderi mana boleh ade kekasih. Walaubagaimanapon permaisuri tu tetap meraikan kejayaan menewaskan dan menyembelih umat islam di tanah Spain. Maka Velentine’s pun diraikan oleh semua pasangan kekasih di Spain dan mereka dibenarkan untuk membuat apa sahaja yang mereka suka. Kesimpulannya di sini, dalam hakikat kita menyumpah orang Yahudi yang menghina Rasulullah, tetapi kita masih alpa kerana kita juga sentiasa turut meraikan Valentine’s Day yang disambut sebagai kejayaan musnahnya orang Islam setiap tahun. Pendek kata tepuk dada tanye selera.

Kita sibuk berkempen memboikot barangan orang Yahudi tetapi kita tidak perasan yang kita bersama mereka menyambut hari kemenangan menewaskan agama kita. Idealist barat ni harus dibuang dari kebudayaan umat islam di negara ini. Sampai bila harus berlanjutan. Batalkanlah niat kamu menyambut Valentine itu. Buangkan perkataan Valentine’s dari kamus hidup kita. Bukan tidak boleh meraikan percintaan kita, tetapi janganlah pada tanggal 14 Februari ketika orang yahudi bergelak ketawa melihat gelagat umat islam yang menyambutnya dan tidak perlulah keterlaluan. Kita orang melayu.. Ada adat tersendiri.. Dah orang timur tu tetap orang timur. Jadi lah orang melayu yang tidak mudah lupa asal usul keturunan. Ingatlah, Malaikat sentiasa mencatatkan amalan baik dan buruk anda.

Kalau boleh jangan ada seorang pun dari sahabat-sahabat kita yang menyambut hari kekasih ni. Ceritalah pada rakan-rakan anda tentang hakikat kebenaran menyambut hari kekasih ni. Bukan takde hari lain nak kasi bunga dan coklat kat couple korang tu... Ngada2 sungguh!! Artikel di atas tu tak tahu la kesahihannya.. Ape pun perkara utama yang nak dinyatakan di sini, janganla kita sambut.

p/s: mengingatkan pada diri aku jua adanya...

Comments (0)