5282

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 2/05/2009 08:54:00 PG

9

Huruf yang sangat bererti bagi aku... Bukan no plat kereta, tapi maksud yang lebih bererti darinya. Di lahirkan di Blok 'O' Ulu Kinta, Perak. Tepat je pukul 9.20 pagi 5 Februari 1982, terlahirlah seorang anak yang bernama Mazlinizam bin Marzuki. Sedar tak sedar ianya dah melepasi umur 27 tahun hari ni. Makin hari makin bertambah umur kita di dunia menandakan semakin hari kita semakin menghampiri menemuiNya. Apakah amalan ku selama ini sudah mencukupi? Adakah aku masih lagi teringatkan dunia yang penuh dengan keindahan ini? Ntahla, kita hanya manusia biasa yang biasanya lupa akanNya dan kurang bersyukur dengan rahmatNya. Perlukah aku masih lagi di mentaliti yang lama? Bila nak berubah?

Terus terang harini hari ulang tahun aku. Berduyun kawan-kawan aku mengingati hari ini, baik melalui sms, blog kawan-kawan juga ucapan secara langsung. Terima kasih semuanya. Tetapi sedikit terkilan apabila seseorang yang aku jangkakan akan menyebutnya hampir terlupa akan tarikh hari ini. Kepada kawan-kawan, hari ini bukanlah bermakna aku semakin dewasa. Hari ini juga bukanlah hari yang membuat kita terlupa dengan matlamat sebenar. Dan hari ini juga bukanlah hari untuk aku habis duit. (yaperda hari jadi aku open table, baik takyah sambut. Hehe) Hari ini merupakan hari untuk aku bersyukur kerana masih di panjangkan umur untuk aku teruskan perjuangan yang belum selesai dan menambah ibadah kepada Allah. Esok-esok siapa yang tau. Semoga aku masih lagi diberikan kekuatan dan kemudahan untuk aku teruskan perjuangan hidup yang biasanya tak akan selesai....

Comments (9)

happY Bufday MazLi.... Like wat I've said in the portal... semoga tahun ini dan tahun mendatang membawa seribu keberkatan....

Terima Kasih... Doakan aku gembira selalu...

ouh2 epy bufday bro...
sem0ga panjang umur, murah rezeki n epy slalu.. berjaya dunia akhirat hendaknya...

hehehe selang bape awi jew ngan bufday mai~ yay februari rox!

Sama bintang la kita ye? Orang kata Februari ni bersinar... Harap-harap semuanya ok la hendaknya...

hahaha ko pun spesis lahir kat rumah rupenyer...
yaperrdda

ooo..aku ke yg nyaris terlupa tuh? hahahaaa...(mampuih aku kna ketuk kpala ngan mazli pas nih)

hepi besday yer bro. semuga suksesss..suksess..suksess..& bahagia donia akhirat!

well, februari mmg la power! hahaha...
insyaAllah.. amin!

Aiza: Aku memang lahir kat umah...
Amy: Memang nak ketuk nih... Huhu...
Mai: Februari memang best...

APER PUN...I LOVE U SO MUCH!!!