10 Perkara Mengenai Aku...

Posted by nizam_5282 | Posted in , , | Posted on 1/06/2009 04:53:00 PTG

7

10 Perkara mengenai Pwincess MyMuchook...

  1. Kenal masa NOS kat TTDI tapi tak ingat tarikhnya. Yang aku ingat masa tu dia follow Along dari Bangi kot?
  2. Agak peramah tapi masih belum berapa rapat lagi. Mana leh rapat, dia ni makwe orang. Takat berbual-bual tu okla kan?
  3. Excited kalau ada benda baru nak tunjuk umpamanya masa dia potong rambut arituh... Hahaha...
  4. Setakat ni bolehla borak-borak umpama adik dan abang kan?
  5. Masih tak kenal siapa pakwenya. Bila nak tunjuk?
  6. Tak pernah belanja Pizza, Mc Donald, KFC apatah lagi kat Taza yang dah lingkup kot?
  7. Aku pernah menghadiri majlis kenduri perkahwinan adiknya kat Serdang. Eh Serdang ke Bangi? Aku pun dah lupa. Yang hadir aritu, Acaizegrete, Yazmeen Ahmad, Aina & Angah, Along, Gent dan Cik Lola.
  8. Jarang datang NOS, mungkin  sebab jauh kot dari rumahnya... Jadi tak berapa peramah lagi dengannya.
  9. Lebih comel dan manis dipandang kalau dia pakai tudung.
  10. Kalau kereta kenari dia modified lagi best... Hahaha...

Tagged dari Pwincess MyMuchook...

  1. Nama aku Mazlinizam bin Marzuki, sedara mara dan orang kampung panggil aku Alin sebab dulu aku pelat nak panggil Mali-Ayin-Ayeen-Alin... Huhu... Terus melekat sampai la aku besar. (Memang Hakikat) Kawan-kawan sekolah panggil aku Mazli. Kawan-kawan poli panggil aku Mali, Tapi kebanyakan kawan-kawan panggil aku Nizam atau Zam....
  2. Seorang yang nampak je serius, tapi mudah mesra. Kalau first timer nampak aku mungkin ramai fikir aku ni jenis yang tak mudah di dekati, tetapi korang salah sebenarnya yang aku ni jenis senang je berkawan. Tapi ntahla, dah kejadiannya aku macam tu, takkan nak marahkan yang menciptaNya kan?
  3. Aku tak boleh hidup sepi dan sunyi. Nanti aku boleh jadi sakit sebab hidup aku tak boleh keseorangan. Maksudnya, aku mesti ada kawan atau teman. Kalau takde kawan aku macam sakit jiwa. Biarlah aku sudah mempunyai teman hidup, tapi bukan maksudnya dia sahaja yang perlu menemani aku, tetapi mesti ada orang sekeliling yang memahami aku.
  4. Mudah berasa kasihan pada orang yang susah. Bukanlah aku ni jenis yang nak bagi je barang atau duit, tapi tak boleh tengok orang tu susah disebabkan faktor-faktor yang boleh dipercayai. Zaman millenium yang serba canggih ni kena memilih juga orang yang perlu dibantu dan perlu di tolak ketepi untuk di bantu.
  5. Mudah terasa hangen bila seseorang itu membuat perkara yang menyakitkan hati. Aku akan mencari orang yang boleh mendengar amarah aku dan kekecewaan aku. Kalau yang mendengar tu, adalah orang yang sangat dipercayai dan boleh memberi pendapat yang bernas.
  6. Sangat teliti dalam membuat kerja. Kalau silap sikit je, kejap-kejap tu nak betulkan biarpun esok lusa boleh buat. Kalau tak betulkan segera, aku boleh termimpi-mimpi benda yang sangat aku nak betulkan itu. Biarpun tengah malam teringat keralatan itu, masa tu jugak macam nak pergi betulkan.
  7. Sangat kusut bila rambut ni macam dah panjang. Idea untuk buat kerja macam tepu sebab gangguan dari rambut yang panjang itu. Tapi kalau rambut aku lurus dah tentu aku simpan panjang macam zamani Slam. Haha...
  8. Benda yang aku akan bawa kebiasaannya dalam sesuatu masa adalah jam tangan, cincin, telefon 2 bijik, wallet, sikat, segugus kunci kereta, segugus kunci pelbagai guna dan cermin mata.
  9. Kalau aku nak beli sesuatu barang, aku akan terus beli tanpa geledah banyak-banyak kali. Nanti itu cantik ini cantik, last-last tak beli. Aku tak suka jenjalan lelama tengok barang. Tengok sekali sudah...
  10. Aku suka warna panas macam warna Oren dan Merah. Terasa berkobar-kobar je bila melakukan sesuatu dan ianya bersifat berani. Mungkin sebab ni aku jenis independent tak suka menyusahkan orang... Kalau aku boleh buat sendri, aku buat. Kalau tak boleh, aku akan cuba buat jugak. Jiwa aku dah sebati dengan kerja-kerja yang stress....

Ni je yang boleh di simpulkan apa yang aku rasa masa ni.... Bak kata Acai, Kec la nak mengetag ni takde kerja. Suka hati ko lew... Antara 5 aku nak tagged:
  • Fieza Kenarianz
  • Neija Kenarianz
  • Kak Chik Kenarianz
  • Pikamerah Kenarianz
  • Sariah X-SMKUK

Ni je kot sebab diorang yang selalu follow blog aku. Yang lain nak tagged pun boleh... Salam.

Comments (7)

nizam..., awk kena tls 10 psl sy gak la... sowie lupa nk inform.. ngeee :P

hehe tq... well sgt bz utk twun NOS.. nnti mai knlkn bf mai ek kt kowg2 sumer.. bila tu tataw lew... huhhu..

Kenal-kenalkanla... nanti terkacau pakwe Mai baru tau. Huhu...

"Bak kata Acai, Kec la nak mengetag ni takde kerja. Suka hati ko lew... "

dei.. bile masa aku kata sume ni?.. ko ni nk kena karate gaban ni... huhu...

aku pun tk paham tag ni ape..

nametag tau arr... tagged.com.. tagteam pun aku tau..

Haha... Layan...

uwaaaaaaaa kene yer?

Buat jangan tak buat...