Join NOS ke Penang...

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 1/04/2009 01:08:00 PG

0

Mungkin sejarah dalam penulisan aku kat blog ni.... Bersiaran di Ipoh dengan mencuri siapa ntah punya wireless, aku dapat online malam ni... Jadi dapatlah aku menulis coretan ini. Seawal pukul 7 pagi-2 Januari 2009, aku sudah menyiapkan diri untuk ke Penang. Aku dah berjanji dengan Mozweed nak gerak lepas sembahyang Jumaat. Sebelum sampai masanya, aku mengambil kesempatan yang ada untuk buat apa yang patut. Antaranya:

- Basuh kereta depan rumah.
- Pergi ke DiGi Centre untuk daftar postpaid abah.
- Pergi kedai sticker buat apa yang patut.

Agak kelewatan untuk aku menepati masa ke rumah Mozweed kerana kerja yang aku buat kat atas tu lambat settle. Jadi, aku sempat ambil dia pukul 1.15 pm dan terus menuju ke masjid yang berdekatan untuk menunaikan kewajipan Sembahyang Jumaat dulu sebelum meneruskan perjalanan ke Penang. Selesai je sembahyang Jumaat, aku dan Mozz terus ke Restoran Nasi Vanggey untuk menjamu selera. Cuba try call Kiko kalau-kalau dia dah sampai ke Ipoh. Rupanya dia dah dekat dah. (Kiko dari Melaka nak balik ke Penang dalam masa ni) Jadi dengan perancangan kami terus je tunggu kat RNR Sungai Perak supaya boleh konvoi sekali ke Penang. Sesudah menyental sepinggan nasi ganja ini, kami terus je ke highway dan menunggu Kiko di tempat yang di janjikan. Sempat membeli apa jua makanan ringan di RNR itu, kami terus je gerak ke Penang bila Kiko sampai.

Perjalanan yang agak perlahan kerana hujan turun sangat lebat. Risau kerana tayar kereta aku agak tidak sesuai untuk melanggar air hujan yang mencurah-curah. Dipendekkan cerita sampailah kami di Perhentian Tol Juru. Keluar je terus jalanraya Jem. Lebih kurang 20 minit jugak kami tersangkut. Apakan daya, dengan kesabaran yang sangat tinggi, diteruskan juga perjalanan. Menuju ke Jambatan Pulau Pinang, memang sakit jiwa. Dari lebih kurang 6 lane untuk ke 2 lane memang mengerikan. Ditambah dengan keadaan pemandu Penang yang kamikazi main masuk je tanpa menghiraukan 'Q', jadi terpaksalah bersabar. Rancangan dan tujuan kami adalah untuk ke Batu Feringgi. Walaupun kurang arif dengan jalan Penang ni, dengan semangat berani, kami mencari sebaik mungkin...
Dalam lebih kurang pukul 6.30 pm kami sampai juga kat batu Feringgi. Mozz nak cari Jam katanya... Yang Halus Yang Tulus, Yang Mulus Yang Kudus je kami jumpa... Huhu... Dah membeli barang dalam RM200++ kami terus gerak ke tapak NOS. Bukannya tau pun Tapak NOS tu kat mana.
Tapak NOS yang telah ditetapkan untuk NOS Penang ni adalah di RNR Bagan Ajam. Fendyz dan Kiko dah tunggu kat Caltex. Mudahla kami untuk sampai di tempat tersebut. Seperti biasa sampai kat tapak NOS, jumpa dan menyembang je la kerjanya. Dalam masa menyembang tu, ada agenda yang hendak di sampaikan. Antaranya acara menampal sticker bulat dan Sticker Nombor Keahlian. Seronok betul diorang ni. Seorang demi seorang sampai melayani kunjungan kami. Kunjungan dari warga Perak juga tidak menghampakan. Antaranya Wani, Ery Kitty, Achoi dan YL, Azmi serta Fauzi. Ini ajelah yang dapat dikumpulkan dari warga Perak. Lebih kurang pukul 11.50 pm, wakil kelab Penang Kiko dan Megat memberi sepatah dua kata dan members memperkenalkan diri masing-masing kepada semua.
Selesai je aktiviti NOS di tapak parking RNR Bagan Ajam, konvoi telah disusun di mana kami mencari tempat untuk mengisi perut. Dalam lebih kurang 15km diorg membawa kami berkonvoi dan ntah di mana tempatnya tidak dapat di pastikan. Sembang-sembang pukul 2.15 pagi-3 Januari, barulah ramai-ramai meminta diri untuk pulang. Megat dan Kiko mengajak aku dan Mozz melepak kat Queensbay. Aku banyak menidurkan diri je kat kereta. Megat ajak sambung tidur je kat rumah dia di Parit Buntar. Perjalanan lebih kurang 20 minit, dan terus je sambung tidur. Esoknya pukul 12.30 balik ke Ipoh..

p/s: Banyak aku merepek ni. First time aku menaip sepanjang ini…

Comments (0)