MU Lompat ke Kedudukan Teratas EPL

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 1/19/2009 10:33:00 PG

0

Photobucket
LONDON 19 Jan. - Manchester United menguasai Liga Premier untuk kali pertama musim ini apabila berjaya mengumpul 47 mata daripada 21 perlawanan, satu mata melebihi Liverpool yang hanya akan beraksi hari ini menentang Everton.

Dalam perlawanan awal pagi ini, jaringan saat-saat akhir penyerang asal Bulgaria Dimitar Berbatov pada minit 90 berjaya menewaskan Bolton Wanderers dan sekaligus meletakkan pasukan The Red Devils di puncak takhta liga buat kali pertama.

Chelsea pula berada di kedudukan ketiga liga dengan 45 mata selepas berhempas pulas menewaskan Stoke City 2-1. - Reuters

Comments (0)