Boikot Israel... Selamatkan Palestin...
Posted by nizam_5282 | Posted in Luahan | Posted on 1/15/2009 07:30:00 PTG
1
Sekiranya anda menjengah blog saya, dan dengan meninggalkan sebarang komen pada entry ini, anda adalah salah seorang yang memang memboikot Israel dan barangan-barangan yang menyalurkan kepada dana mereka. Semoga apa yang anda lakukan di rahmati Allah. Tiada yang baik datangnya dari saya, melainkan yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T. Saya merupakan insan kerdil yang mampu menitiskan air mata melihat kezaliman mereka terhadap bangsa Palestin. Walaupun kita hanya mampu bersuara dan mampu melihat tanpa pertolongan, apalah salahnya kita bersama-sama berdoa semoga yang zalim itu mendapat pembalasan dari yang Maha Esa. Sebagai seorang Islam, saya tidak mampu lagi untuk melihat kezaliman askar Israel membunuh insan tidak berdosa iaitu wanita dan kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa. Mereka hanya menumpang hidup di bumi Palestin. Apakah salah mereka? Mengebom sekolah tempat anak-anak Palestin menimba ilmu, melepaskan peledak fosforus yang beracun, mengebom tempat-tempat awam di bumi Gaza di mana mereka mencabuli hak asasi manusia tanpa mendengar keluhan dunia. Mereka yang tidak berperikemanusiaan ini menggunakan bumi Palestin untuk menguji kaji bom terbaru mereka. Adakah setiap inci bumi Palestin mereka mahu ambil dan menjadi tanah mereka? Apa tidak cukupkah mereka mencuri sedikit-demi sedikit sejak dari dahulu lagi? Mereka yang cukup angkuh, menjajah tanpa memberi belas kasihan. Apa semua ini? Saya hanya mampu merintih, tapi saya tidak mampu untuk membantu. Dengan cara saya menyuarakan rasa sedih di blog ini, sedikit sebanyak harap dapat membantu meluahkan rasa amarah kepada bangsa Israel ini. Dengan ini, saya menyeru kepada para pemblogger yang budiman yang menjengah blog saya ini, marilah kita meletakkan icon menentang kezaliman Israel, semoga bumi Palestin kembali dapat di selamatkan... Anda boleh mengambil coding yang saya letakkan di bawah seperti berikut...
- direct link - [copy dan paste kan coding di bawah (tulisan warna merah italic) pada bentuk direct link url]
http://i225.photobucket.com/albums/dd250/nizam_5282/peace-fo-pal.gif
Sekiranya anda tidak tahu bagaimana untuk meletakkan icon tersebut, anda boleh PM di YM saya dan add di nizam_5282@yahoo.com. Sama-samalah kita memanfaatkan masa yang ada untuk menyeru supaya dihentikan kekejaman ini dan Israel di beri jalan keluar untuk menghentikan gejala yang tidak berperikemanusian ini...
Anda juga boleh membantu dengan melakukan kempen memboikot barangan yang di salurkan keuntungannya kepada Israel dengan klik di sini.
thanks mazli aku dh amik..