Lama Ditunggu...

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 1/29/2009 11:59:00 PG

3

Apa yang akan terjadi esok? Apa yang aku fikir semuanya berjalan lancar. Harap-harap begitulah. Bukan excited, tapi lebih kepada keadaan biasa-biasa je... Esok merupakan pengumpulan warga kenarianz dari seluruh Malaysia tak kira dari segenap pelusuk negeri. Ditambah pula kepada pemilihan calon AJK tertinggi. Harap-harap bukanlah aku yang terpilih. Bukan nak lepas tangan, cuma aku suka bekerjasama di belakang tabir tanpa memikirkan ganjaran. Bukan juga kerana tiada gaji tetapi bila berjawatan kita akan dikritik kadang kala ada yang tidak senang dengan kita bila berjawatan. Lebih baik berkeadaan biasa-biasa sahaja. Bila kita buat sesuatu pembaharuan, kita dikata menunjuk-nunjuk. Tapi kalau mandat berpihak pada aku, aku tak boleh lepaskan diri kerana ini amanah orang ramai. Aku pernah bagitau yang aku suka buat sesuatu perkara mengikut selera sendiri. Memang sukar memenuhi kehendak ramai, tapi apakan daya. Aku cuma aku yang sememangnya dari dulu tidak boleh bertukar aku menjadi orang lain. Aku bersyukur kerana aku berdiri di atas kaki sendiri tanpa menyusahkan orang lain. Lainlah mereka yang merasakan kesusahan dengan kehadiran aku.

Berbalik kepada "Kenarianz Family Day" esok. Seperti yang di janjikan, aku dah minta cuti awal-awal lagi. Tapi sama je kalau aku tak kerja esok sebab gerak pun tengahari. Cuma bezanya aku boleh tidur lama sikit esok sementara menunggu konvoi dari geng Perak di mana perhentiannya di RnR Jejambat Sungai Buloh. Dekat je ngan tempat aku, 5 minit je sampai. Motif Family Day ni cuma satu je, iaitu nak di serentakkan dengan "Annual General Meeting" yang pertama dianjurkan oleh kelab ini sendiri. Ini kerana kelab ini telah berdaftar pada tarikh 8 Ogos 2008 (08/08/08). Cantik tak tarikh tu? Apabila dah berdaftar, jadinya akan menjadi kewajipan untuk kelab ini mengadakan Mesyuarat Agongnya sendiri dan memilih calon-calon yang dirasakan layak untuk menerajui kelab tersohor ini. Selain memilih calon-calon, usul-usul juga akan dibangkitkan oleh "members" untuk dibentangkan untuk mencari kelebihan dan kekurangan pengurusan kelab ini. Adalah diharap usul tersebut akan meningkatkan pencapaian dalam kelab ini. Tiada yang lebih baik, aku memang suka mengikuti aktiviti santai beramai-ramai. Bercuti dah biasa, tapi cuma bercuti beramai-ramai dengan mengadakan aktiviti riadah seperti sukaneka dan segala bagai memang menyeronokkan.

Comments (3)

orang mcm ko mmg patut ada jawatan kat dalam club.. apa-apa pon GUD LUCK.. :)

glerr kuaser ke tak?

Hehe... Takpela... Mana yang mampu je la aku buat... Nak lebih2 tak boleh dah...