Hari Paling Penat dalam Sejarah...
Posted by nizam_5282 | Posted in ... , Keluarga , Rekreasi | Posted on 1/13/2009 03:20:00 PTG
0
Bermula dari pukul 2.30 pagi dari Ipoh selepas melayani karenah Manchester United membelasah Chealsea 3-0 (haha), aku terus mandi kerana aku kena bersiap untuk perjalanan yang jauh. Selesai je mandi, setup apa yang perlu di bawa ke Perlis, aku kehilangan kunci kereta. Mana ntah aku letak malam tadi sebab nak cuba sedaya-upaya tidur untuk tugasan ini. Jenuh aku mencari kunci kereta, rupa-rupanya ada dalam kereta. Gila betul aku, pasal aku tak kunci kereta. Nasib baik tak hilang apa-apa, Park pulak kat luar rumah plak tu. Selesai je semua kelengkapan untuk perjalanan ke sana, aku, Siti dan abah terus menuju ke Highway Utara-Selatan menuju ke Pulau Pinang. Perjalanan menuju ke sana mengambil masa yang agak lama dan dalam keadaan mata yang masih segar selepas mandi tadi membuatkan aku terasa sesuai sangat untuk meneruskan perjalanan.
Perjalanan terhenti di RnR Gurun dalam lebih kurang pukul 5.30 pagi, di mana kami berhenti adalah untuk melakukan kewajipan bersolat Subuh, di samping dapat merehatkan badan dan menyegarkan mata. Selesai je menjalani solat Subuh berjemaah, kami bersarapan pagi kat situ juga. Aku makan nasi lemak sejuk (Ntah nasi lemak bila la dia masak ni). Shoot terus ke Perlis, jam menunjukkan pukul 7.15 pagi. Mula-mula bertanya kat mana Institut Perguruan Perlis (IPP) pada orang kampung di sana. Tengok minyak pun dah makin kering, risau pulak aku kalau-kalau tak jumpa stesen minyak. Masuk je ke selekoh nampak Petronas (selepas jumpa dah signboard IPP), aku memulakan isian penuh dari tangki E ke F. Maka, sampailah aku kat IPP ni.
Ruang parking yang ramai menunjukkan ramailah orang mendaftar untuk kursus KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah). Aku sekadar menghantar untuk dia menjalani KPLI ni je. Seterusnya, Siti je buat sendiri semuanya. Aku lepak kat kereta, tidur. Mujurlah cuaca panas kat sini di sertai angin yang sepoi-sepoi melenakan aku sampai pukul 11 pagi... Bangun je aku terus pening kepala dan sakit tengkuk.
Selesai semua proses pendaftaran, mulalah proses pendaftaran ke asrama pulak. Siti dapat tingkat 4. Adess, penat la kami mengangkat kelengkapannya kat atas. Banyak pulak tu, macam orang nak pindah rumah da... Dia dapat roommate orang Perak jugak dari Kuala Kangsar. Sebenderala bak kata abah. Dah angkat barang, terus la kami mengenyangkan perut kat kantin. Aku tak makan, sebab lauk banyak dah habis. Kat sinila selesai tugas untuk menghantar Siti mengikuti KPLI ni. Berangkat pulangla aku ngan abah dalam tempoh sesingkat. Aku mengajak abah untuk terus menuju ke Padang Besar, tengok apa yang ada kat sana.
Perjalanan yang mengambil jarak 33km dari IPP, menuju ke Padang Besar agak menyeksakan kerana kami mengambil jalan lama yang jalannya sungguh hampeh. Nak taknak, aku meneruskan perjalanan kerana niat di hati aku hanya untuk melihat dari pengalaman aku sendiri untuk ke seberang Thailand. Suasananya sungguh sepi, takut pun ada ntah-ntah kami macam orang luar je... Macam pekan koboila sini... Jalan tak terurus. Risau. Pusing-pusing, mencari barang, ternyata lebih mahal dari biasa. Baik aku beli kat KL je... Aku memilih untuk beli kudap-kudap je seterusnya solat Jamak Zohor-Asar kat sini. Selesai je menyiapkan diri, aku terus gerak pulang menuju ke Kangar.
Rasanya tak ada apa yang kami nak singgah ke mana-mana dah, aku dan abah setuju terus je balik ke Ipoh. Mata ni mengantuk, badan yang kepenatan. Aku taknak suruh abah drive, biarlah aku je pandu. Kesian tengok abah tidur kat sebelah. Untuk menghilangkan rasa mengantuk, aku menguyah choki-choki. Agak jauh juga perjalanan tanpa berhenti, sampai je kat RnR Sungai Perak untuk mengisi minyak. Sampai je Jelapang, hujan mulai turun dengan lebatnya, terasa risau kerana ada terdapat kemalangan (dikenali tempat yang makan banyak kemalangan kat sini).
Dalam pukul 7.30 malam sampaila aku ke rumah. Tengok TV apa yang lebih kurang, aku pengsan... Berikut adalah rentetan hari paling penat aku:

- 12.00am - Tengok Manchester United vs Chelsea (MU menang 3-0)
- 2.30am - Perjalanan menuju ke RnR Gurun
- 5.30am - Sampai RnR Gurun solat Subuh, Sarapan pagi
- 7.30am - Isian minyak yang dah E
- 8.30am - Sampai ke Institut Perguruan Perlis
- 10.30am - Pandaftaran asrama dan mengangkut barang ke bilik asrama
- 12.30pm - Makan kat kantin IPP
- 2.15pm - Ke Padang Besar
- 3.30pm - Perjalanan pulang ke Ipoh
- 6.15pm - Isian minyak yang dah sampai ke E di RnR Sungai Perak
- 7.15pm - Sampai kat Tol Jelapang
- 7.30pm - Sampai rumah
- 8.45pm - Pengsan
Comments (0)
Catat Ulasan