Kempen Jangan Pangkah...

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 1/28/2009 03:13:00 PTG

0

Bukan jawatan mahupun kepentingan. Cuma keseronokan dalam berpasukan je yang aku nak. Aku seronok bila ramai kawan. Rasa diri dihargai apabila ada ramai kawan. Tapi ntah macamana aku tercalon sebagai salah seorang darinya dalam berpasukan. Tapi apakan daya, kalau sudah diberi kepercayaan dan tanggungjawab, aku akan pegang juga dan jadikan ianya sebagai satu cabaran. Memang bukan semua orang suka dengan kita. Kita buat yang terbaik dan cuba membebasan diri dari masalah dan selesaikan mana perlu.

Seriously, aku suka kerja belakang tabir. Buat kerja tanpa fikirkan nama dan kepentingan, mahukan sesuatu masalah tu cepat selesai. Tapi bukan kerja aku untuk membuat keputusan. Mahu tak mahu, ikut dan patuh adalah lebih baik. Aku suka buat kerja ikut selera sendiri, tapi ianya disekat dengan undang-undang. Adalah lebih baik, kita ikut sahaja undang-undang yang sedia ada. Jadinya, aku harap aku tidaklah akan terpilih dalam pemilihan calon tersebut, cuma yang aku harapkan aku mahukan kerja-kerja belakang tabir yang mampu melaksanakan kerja yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan cara lebih mudah.... Pilihlah orang yang benar-benar layak dan berpengalaman. Aku cuma orang yang baru yang masih menimba ilmu...

p/s: walaubagaimanapun aku masih menghargai sokongan anda yang mahukan aku sebagai salah seorang daripadanya...

Comments (0)