Majlis Kesyukuran Kehadiran Orang Baru...

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 1/05/2009 11:14:00 PG

0

Bergerak dari Parit Buntar menuju ke Ipoh dalam lebih kurang pukul 12.30 tengahari dengan perut yang masih berkeroncong, di gagahi juga untuk pulang ke Ipoh. Bersama Mozz menyembang tak hengat dunia di Highway Utara Selatan yang keadaan cuaca amat mendukacitakan. Sepanjang jalan hujan yang menyebabkan aku terpaksa berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga dalam pemanduan. Tiba je kat Tol Jelapang, ku lihat lane sebelah melawan arus yang sesak teruk akibat kemalangan yang tidak tahu dari mana puncanya.

Setelah menghantar Mozweed ke rumahnya, aku ada tugas penting yang perlu di langsaikan. Beli 5kg gula pasir. (Kalau tau aku beli kat Perai je). Sampai kat rumah dalam pukul 1515, majlis belum lagi berlangsung. Hujan selebat-lebatnya menyebabkan Mak aku susah nak jemput jiran-jiran untuk datang makan. Aku pun tolong la mana yang patut mana yang perlu di tolong. Majlis berlangsung selepas Asar, maka ramailah mengerumuni rumah aku. Syukur kerana majlis berjalan lancar di mana makanan tidaklah lebih dan kurang. Hatta, cukuplah seadanya... Dalam majlis yang begitu meriah, aku masuk bilik dan sambung tidur... Penat seh dari Parit Buntar...p/s: Majlis ni adalah majlis kecil kecilan menyambut kelahiran Azraei Naufal.

Comments (0)