Liga Perdana England - United teruskan penguasaan 11 perlawanan tanpa kalah

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 1/28/2009 11:17:00 PG

0

LONDON, 28 Jan. – Manchester United membenam pasukan bawahan, West Bromwich Albion 5-0 di Hawthorns untuk terus kekal di puncak liga dengan kelebihan tiga mata semalam.

Dua gol lewat Cristiano Ronaldo memberi kelebihan kepada United untuk menang selepas tiga gol hasil jaringan Dimitar Berbatov, Carlos Tevez dan Nemanja Vidic ke atas West Brom yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

United, yang mempunyai 50 mata daripada 22 perlawanan juga turut mencatatkan rekod terbaik dengan 11 perlawanan berturut-turut tanpa kalah mengatasi rekod terbaik Chelsea pada musim 2004-05.

Penjaga gol, Edwin van der Sar juga berjaya mengatasi kejayaan tanpa bolos Petr Cech.

Sementara itu, Aston Villa naik ke anak tangga ketiga selepas memperoleh 47 mata dengan penyerang England, Emile Heskey melakukan jaringan sulung ketika menang 1-0 ke atas Portsmouth.

Tottenham Hotspur juga lega daripada berada di zon tercorot selepas menang 3-1 ke atas Stoke City manakala Sunderland mengalahkan Fulham 1-0, terima kasih kepada jaringan penyerang, Kenwyne Jones.

Pasukan di tempat kedua, Liverpool akan ke Wigan Athletic hari ini di mana kemungkinan mereka mampu untuk mengatasi mata yang diperoleh United.

Liverpool, yang berjaya mengekalkan rentak permainan musim ini secara tiba-tiba beraksi suram dan terpaksa melepaskan kedudukan kepada United. – Reuters

Comments (0)