Cuba Berbicara Sesedap Rasa...

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 3/31/2009 06:47:00 PTG

0

Bukan maksud aku nak meletakkan diri macam baik-baik sahaja. Maklum sahajalah makhluk bernama manusia selalunya akan menjalani perjalanan yang salah dalam perlakuan. Bukan maksud aku juga untuk menunjukkan yang diri ini amatlah bagus di mata masyarakat. Tetapi sesekali berbicara tanpa henti, dan kadang-kadang tidak tertahan dengan acara perli-memerli menyebabkan diri aku menjadi sangat tegang. Menyebabkan apa yang rasanya tidak mampu aku menahannya, akhirnya terlepas jua akhirnya... Tidak juga bermaksud cuba mengajar sesuatu yang bukan bidang kita, tetapi rasanya, acara perli-memerli itu menampakkan hasil yang negatif di mana kemungkinan ada pihak yang terasa. Bukan juga maksud aku hendak berlatar belakangkan ego yang tinggi. Hanya sesekali aku terasa diri ini diperkecil-kecilkan... Sudah lama rasanya diri ini menanggung, dan akhirnya terlepas jua. Mungkin ada pihak tersinggung dengan kata-kata aku yang tau melepaskan kemarahan. Tapi bagi aku, dan aku amat berharap ianya hanya selesai di situ sahaja... Tidak mahu lagi aku mengulas panjang apa yang perlu aku ulas... Ambillah teguran tersebut sesuatu yang positif dan meletakkan diri kita silap seperti mana aku yang pernah melakukan kesilapan... Ini hanya sedikit luahan yang boleh aku sampaikan pada alam maya ini... Kalau semakin kita diam, ada pihak yang tidak tahu apa yang kita tidak gemar dan sebagai pembaca juga boleh melakukan apa yang di rasakan aku perlu perbaiki dalam kehidupan ini. 

Hari ini, aku melakukan sesuatu yang lain dari kebiasaan di mana aku telah menghadiri upacara di temuduga. Mungkin kebaikan masa depan aku terletak di sini, hanya Allah tentukan. Aku cuma mampu melakukan yang terbaik. Seandainya terpilih, akulah insan yang amat bersyukur di mana di situlah tanda aras aku dalam dunia yang serba mencabar ini... Aku tidak mahu lagi berundur apa yang mungkin aku kecap sekiranya di terima dalam temuduga itu... Hanya Allah yang akan tahu nasib aku di masa hadapan... Aku amat berharap...

Berbicara Tanpa Henti...

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 3/30/2009 11:53:00 PG

4

Tajuk je camtu, tapi takde apa pun yang nak dibicarakan. Terasa mata ni macam dah kena gam je masa ni sejak kemunculan dunia baru aku yang hanya di dalam bilik. Bekerjalah kita sepuasnya selagi mampu aku lakukan untuk mencari sesisa nasi yang boleh buat aku dan masa depan aku sedikit nampak cahayanya. Walaupun dengan kehadiran alam baru aku ini, aku berharap, rezeki aku dapatlah dimudahkan biarpun sedikit penat mengerah keringat. Apalah mampu aku yang hanya bergaji kecil ditambah pula dengan diri ini yang tak berapa pandai. Kalau pandai boleh la terus bergaji besar. Tapi itu hakikatnya aku bernama hamba Allah yang hanya menumpang di bumi ini untuk belajar erti bagaimana sukarnya mencari duit. Teringat dulu, ramai mengatakan indahnya di alam sekolah dan bukan hanya untuk mencari kawan-kawan, tetapi ilmu. Nanti dah habis sekolah baru tau kalau boleh kembali ke sekolah tentu aku nak belajar pandai-pandai. Tapi mana mungkin zaman berlaku dapat di U-turn kembali? Pelajaran aku hanya di sekat kerana naluri aku taknak menyusahkan ibu bapa kerana biarlah itu sahaja yang mampu aku kecap. Insya'Allah nanti aku sambung belajar. Seperti kata-kata orang dahulu kala juga, "Kalau dah sedap pegang banyak duit, takdenya nak sambung belajar". Tapi benarkah? Ya, itu hakikatnya yang sedang dan aku alami dalam diri aku. Rasa nak sambung belajar tu lagi di sekat sebab masa depan aku sudah berubah. Aku akan ada tanggungjawab yang lebih besar perlu aku pikul. Mesti ada orang mengatakan, tanggungjawab untuk sambung belajar tu banyak caranya dan bukan penghalang. Tepuk dada, tanya selera. Bagi yang hanya tahu bercakap, memang mudah melafazkan. Tidak bagi aku, aku tak mampu nak uruskan serentak. Cukuplah dengan apa yang mampu aku tanggung. Tapi itu hanyalah luahan kecil jauh dari sudut hati aku. Banyak lagi yang dirasakan tak perlu dibincangkan kerana melibatkan ramai pihak sekiranya aku sambung belajar. Hai shushah shushah.

Aku nak gerak dah, pasal ada urusan bank yang perlu aku selesaikan. Lain kali aku celoteh lagi. Ini blog aku, aku boleh tulis apa yang aku nak. Tapi kalau yang terasa tu, nasib la. Sebab yang terasa tu mungkin hanya berteka-teki dan tidaklah di ketahui siapakah empunya diri...

Salam Sejahtera Pada Yang Berkenaan...

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 3/30/2009 11:28:00 PG

3

Nak taip jugak. Ini blog aku, aku pun nak taip suka hati aku jugak apa yang aku nak bagitau... Kalau rasa dah tak berapa berkenan, bagitau je direct kat aku. Aku pun tak rasa panas mata dan hati. Tak yah la petik nama aku kat blog, bagitau kawan-kawan. Aku sedar la aku tak pandai, tapi takdela aku kecah sampai seluruh alam tau... Aku pun tau malu jugak... Kalau ada masalah leh bagitau direct. Kita kawan-kawan, dah lama kenal... Taknak la jadi musuh... Tak guna pun kita bertengkar, sebab aku sayang kawan-kawan aku. Nanti aku nak ko datang kenduri kawin aku, kalau ko kawin aku pulak datang kenduri ko. Kalau ada salah silap, aku mintak maaf. Lepas ni tak kondem dah pasal apa ko nak taip kat blog ko tu. Tulis la sampai lebam, aku tak kisah dah pun. Itu suara hati ko dan itu blog ko, takde apa yang mampu aku buat. So aku dengan rendah diri, aku mintak maaf sekali lagi pada yang berkenaan. Salam.

p/s: Aku yang tak berapa pandai dan buat-buat pandai. Itu pun belum di ikhtiraf pandai...

New Project (Super Power)

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 3/30/2009 02:06:00 PG

0

Diari 28 Mac 2009

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 3/29/2009 12:52:00 PG

2

Sehari suntuk berjalan tanpa henti bermula dari pagi aku pergi kedai Brothers pasang ABS sebab kereta aku dah berhayunan agak kritikal. Nak taknak, kena juga pasang. Lama dah teringin nak pasang. Baru sekarang tercapai cita-cita. Kemudian aku pergi kedai Eneos konon nak servis kereta. Memandangkan masa yang tak berapa berkesempatan, aku mula bergerak menuju ke Low Yatt untuk mengisi masa lapang bersama abang-abang aku untuk membeli sesuatu. Maka tercapaila cita-cita aku untuk mendapatkan sesuatu untuk cenderamata masa depan yang lebih gemilang.

Sehari suntuk juga aku berjalan di Low Yatt sampai mengah kaki aku, tiba pula waktu malam yang akan menjengah tiba di mana 8.30 malam akan berlangsungnya Earth Hour yang di sambut seluruh dunia. Jadinya aku dah berjanji dengan mereka yang kami akan ke Sunway Piramid melihat apa yang bakal berlaku di sana. Malangnya, aku sampai ke sana pada pukul 9.30. Yaperda dah nyala lampu baru sampai. Tapi tak malang bagi aku sebab aku berkesempatan melihat seluruh Lembah Klang cuba mengambil inisiatif untuk tutup lampu...

Penat sungguh harini, rasanya nak tidur dulu. Gambar kat bawah ni je jadi bukti aku berada di sana....

Pun Sama...

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 3/27/2009 01:08:00 PTG

0

Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri.

Pemuda: Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik: Boleh aje... 
Pemuda: Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik: Yang mana, yang putih atau yang hitam?" 
Pemuda: Yang putih.
Pakcik: Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari. 
Pemuda: Yang hitam?
Pakcik: Yang hitam pun sama... 
Pemuda: Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik: Yang mana, yang putih atau yang hitam? 
Pemuda: Yang putih?
Pakcik: Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda: Dan yang hitam?
Pakcik: Yang hitam pun sama...
Pemuda: Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun? 
Pakcik: Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda: Yang putih? 
Pakcik: Aaa....yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda: Dan yang hitam? 
Pakcik: Yang hitam pun sama...
Pemuda: Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje? 
Pakcik: Mestilah... Sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda: Ooo, gitu ke... Abis tu yang hitam tu sapa punye? 
Pakcik: Yang hitam pun sama...

Ada Bran?

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 3/26/2009 03:57:00 PTG

2

Tengok je pun dah seriau, inikan pulak aku nak main? Oh!! Tidak...

Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us

Kecilnya Aku....

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 3/26/2009 01:26:00 PTG

0

Di sini matahari hanya sebesar debu!

Antares adalah bintang ke 15 yang paling terang di angkasa. Jaraknya lebih dari 1000 tahun cahaya dari bumi.

Jadi. . .
Siapakah kita?
Apakah tujuan hidup kita?
Apa yang membuat hidup kita, manusia, berharga?
Masihkah kita bisa menepuk dada & berkata "Inilah aku!"??
Sedangkan kita terlalu kerdil berbanding Allah yang mencipta sekalian alam.

Parodi

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 3/26/2009 01:00:00 PTG

0

Rasanya elok aku tukar aje tagline blog aku ni... Berkecamuk rasanya jiwa aku sekarang ni dengan banyak faktor yang mengganggu di luar jangkaan... Berat rasanya menanggung dengan jiwa yang tenang...
Image Hosted by ImageShack.us

1 April (April Fool)

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 3/26/2009 09:31:00 PG

0

April Fool Tragedi Pembunuhan Umat Islam di Sepanyol

Judul di atas ertinya adalah hari dimana seseorang boleh menipu orang lain sebagai bahan gurauan.

Setiap kali menjelang tanggal 1 April, biasanya ramai di antara kita akan begitu sibuk dan terbawa dengan budaya barat serta bersiap sedia untuk merayakannya dengan membuat rancangan besar untuk MENIPU orang lain/sahabat/saudara terdekat. Budaya tersebut begitu kuatnya melekat, seakan-akan pada tanggal 1 April tersebut, kita boleh berbuat DOSA. Kepala kita penuh dengan rencana mencari mangsa-mangsa untuk mempersendakan. Bahkan sewaktu sedang bekerja atau sedang makan pun kita akan mencari cara dan membuat rancangan ‘penganiayaan’ ini. Yang penting kita ingin berasa puas melihat muka mangsa-mangsa gurauan April Fool ini merah padam kerana dipermain-mainkan.

Sewaktu masa sekolah dahulu, pernah terbaca tentang suatu tragedi yang terjadi pada tanggal 1 April ini. Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan, "Aku ceraikan kamu dengan talak 3" pada isterinya dengan niat untuk bergurau. Isterinya yang pada mulanya tercengang-cengang terus meraung, kemudian si suami dengan muka tanpa dosa kemudian mengucapkan "April Fool!!". Setelah itu, giliran si suami pula untuk terkejut, lalu menangis saat diberitahu bahawa talak yang dilafazkan tersebut telah jatuh.

Wahai umat Islam, berhati-hatilah terhadap budaya ini... Hindari diri kita dari berbuat zalim apatah lagi April Fool bukanlah budaya Islam. Tetapi tahukah kita berapa banyak di antara kita yang mengetahui kenyataan pahit sejarah yang menimpa umat Islam Sepanyol di sebalik perayaan April Fool ini? Tragedi Kezaliman Umat Islam Sepanyol!!! 
  • Surah Al-Baqarah 2:120, “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.
Sebagaimana sudah firman Allah S.W.T tersebut, sepanjang masa, tidak akan pernah hilang keinginan mereka musuh-musuh Islam untuk selalu menghancurkan Islam dan memadamkan cahaya Allah S.W.T. Pelbagai cara akan mereka lakukan, termasuk sejarah kejam muslim Sepanyol pun 1 April berkembang menjadi perayaan April’s Mop.

Dahulu, Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam namun mempraktikkan kehidupan secara Islam. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran tapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata "tidak" untuk muzik, untuk bir dan juga segala hal yang diharamkan dalam Islam. Jika mereka membaca tentang hijab di Al-Quran, mereka mempraktikkannya tidak seperti kebanyakan kita. Kaum kafir mencuba membersihkan Islam dari kekuasaan Sepanyol, mereka selalu gagal. Telah beberapa kali dicuba tapi selalu tidak berhasil. Lalu mereka mengirim penyiasat ke Sepanyol untuk mempelajari Islam dan menemukan bahawa kekuatan yang dimiliki kaum Muslim adalah taqwa. Begitu kaum Kristian mengetahui kekuatan umat Islam, mereka mencari strategi untuk menghancurkannya.

Mulailah dengan mengirim alkohol dan rokok secara senyap kepada mereka. Taktik ini cukup berhasil dan melemahkan keyakinan umat Islam terutama kaum mudanya. Hasil dari usaha ini adalah jatuhnya Sepanyol dari kekuasaan umat Islam dan mengakhiri penguasaan umat Islam seluruhnya terhadap Sepanyol selama lapan ratus tahun. Daerah terakhir yang jatuh kepada kekuasaan kaum Kristian adalah Granada (Ghornata) pada tanggal 1 April.

Di sebalik perayaan April Fool Day ini, sangat dipercayai bahawa April Fool mula-mula di rayakan pada saat kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah sekian lama berkuasa di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentara-tentara Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentara-tentara Kristian tidak puas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk Muslimin ini, diberitahu bahawa mereka diperbolehkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang-orang Muslimin curiga atas tawaran tersebut, di khutiri tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, kemudian mereka pergi ke pelabuhan untuk melihat apakah ada kapal yang di maksudkan oleh tentera Kristian dan setelah dilihat adanya kapal kapal dipelabuhan, mereka pun membuat persiapan untuk berlayar. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barang yang telah disiapkan lalu menuju ke pelabuhan. Pada saat itulah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Bahkan mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah musnah dibakar. Pihak Kristian kemudian menyerang kaum Muslimin dan membunuh semuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudian dirayakan oleh tentara Kristian. Perayaan ini dirayakan setiap tahun bukan saja di Sepanyol tetapi juga di seluruh dunia sebagai April Fool Day.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil pun turut memperingati April Fool Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan saudara se Islam mereka sendiri.

Wahai umat Islam, berhati hatilah terhadap budaya ini... Hindari diri kita dari berbuat zalim. Ingatkanlah saudara-saudara kita sesama muslim. Ingatlah bahwa tanggal 1 April adalah hari pembunuhan umat Islam Sepanyol. Dan yang penting dalam Al Quran & Hadis tidak ada perintah di mana boleh menipu orang lain sebagai bahan gurauan.

Semoga Allah senantiasa membuka pintu untuk taubat kita semua.

F&F

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 3/25/2009 10:52:00 PTG

0

Image Hosted by ImageShack.us

Apalah Nasib...

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 3/25/2009 10:18:00 PTG

0

Memang tak salah kalau diingatkan yang hidup putaran roda yang kadang kala di atas dan di bawah sama sahaja. Biarpun dia di atas, akan kembali di bawah pengakhirannya. Jangan terlepas pandang yang di atas mulanya di bawah dan di bawah sudah pasti mahu ke atas. Hidup putaran roda memang menjadi sebutan di masa diri terasa tertekan dengan sikap orang teratas... Biasalah, andai diri dikulikan, hanya mampu untuk disuruhi tiada perlu dilawan. Andai tempelak sekalipun, kita tetap masih bergelar kuli... Hanya diri perlu berkata; biarlah kita di bawah awalannya andai mahu terus menggapai puncak tertinggi...

Baik le tu...
Image Hosted by ImageShack.us
Sabar...
Image Hosted by ImageShack.us
Grrr...
Image Hosted by ImageShack.us
Hampeh...
Image Hosted by ImageShack.us

Tak Guna Punya Israel...

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 3/25/2009 06:32:00 PTG

0

Abih sume tempat dia tarah... Tinggal sikit je tempat masih milik Palestin. Tanah ni mungkin masih milik Palestin untuk masa ni. Masa depan tak tau lagi. Jahanam dan musnahla Israel hendaknya...

Masa Depan - Beginikah Kaabah?

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 3/25/2009 06:13:00 PTG

2

Perancangan Kaabah di masa akan datang... Manusia semakin lupa dan alpa yang lama-kelamaan manusia hanya mengejar kekayaan dengan tanda kiblat Islam yang satu ini... Untuk renungan bersama...

Tidak Kaya :: Kurang Kaya :: Sederhana Kaya @ Kaya Raya?

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 3/24/2009 10:35:00 PTG

0

Jika ada pilihan boleh disusun atur, tiada yang ingin memilih tidak, kurang atau sederhana kaya. Pasti pilihan semua ingin jadi kaya raya atau cukup dengan kaya tanpa raya. Jika ditanya pada aku, hati bernafsu pasti juga menginginkan status tertinggi dalam susun atur darjat manusia ini. Tapi jika hati murni menjawab, cukuplah menjadi seorang yang memiliki sesuatu yang diinginkan tetapi masih lagi perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang lain. Tak perlu goyang kaki. Terlalu mudah! Status kaya raya itu sudah cukup banyak laluan bengkoknya. Kaya raya juga buat nafsu semakin kaya untuk lebih kaya sehingga lupa memandang apa yang ada di bawah, belakang dan kekadang tertutup mengingati Yang Teratas. Bukan semua. Bukan sedikit... Dari sujud pagiku hingga malamku, tak pernah ku berdoa, "Ya Allah, jadikanlah aku kaya raya". Cukuplah sekadar "Ya Allah murahkanlah rezeki ku". Tapi tiada yang salah untuk jadi kaya raya, cuma laluan itu mesti dilalui dengan lurus. Bukan bengkang yang berbengkok. "Hidup indah terpayung awan, hidulah sama rumput di bumi".

Nukilan: Janggut Touch

Lapo...

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 3/24/2009 05:50:00 PTG

0

Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us

Iktibar Untuk Jangan Sombong

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 3/24/2009 01:22:00 PTG

2

Seorang Eksekutif Muda yang berjaya sedang memandu di sebuah perkampungan di pinggir bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta Waja yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil di celah-celah kereta yang diletakkan di tepi jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya. Sebaik sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut, anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu di sebelah kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi Eksekutif Muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat di mana Anak Kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak Kecil, menarik tangan Anak Kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak di tepi jalan dan terus memarahi Anak Kecil tadi:

"Apa ni? Siapa awak? dan apa kejadahnya awak berada di sini? Itu kereta baru, mahal dan susah nak dibaiki? Awak tau tak? Kenapa awak buat ini semua?" Jerit Eksekutif Muda tersebut. Anak Kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf.

"Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti di sini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya, ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya."

Dengan rasa terharu, Eksekutif Muda tersebut melepaskan Anak Kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. "Terima kasih, Pakcik. Saya doakan Pakcik selamat dunia dan akhirat."

Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Eksekutif Muda hanya melihat dengan sayu, Anak Kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Eksekutif Muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian.

Pengajaran
Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

Hafiz (1981-2009)

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 3/24/2009 04:23:00 PG

0

Sedang aku sibuk menyiapkan proposal Annual Report Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang tarikh deadlinenya 24/03/2009, aku dikejutkan dengan deringan yang jarang-jarang muncul di screen telefon. Azrul yang tak asing lagi dikenali Jeruk mula memberitakan tentang hal kehilangan kawan seangkatan di Taman Jaya Delima, Tanjung Rambutan.

Azrul: Ko dah dengar cerita tak?
Aku: Hah? Ape ke halnya pulak? Cerita apa?
Azrul: Hafiz, budak taman kita dah meninggal dunia. Eksiden semalam kat Serdang.
Aku: Hafiz anak Pakcik Islar?
Azrul: Aah, sekarang jenazah dah di bawa ke Ipoh.
Aku: Innalillahiwainnailaihirrajiun (dalam keadaan sedih dah sekarang ni). Dia eksiden dengan apa?
Azrul: Aku dengar eksiden motor.
Aku: Sedih aku dengar, dah lama aku tak jumpa dia. Dengar cerita camni buat aku nak balik Ipoh je sekarang ni. Tapi aku kat KL tengah busy sekarang ni.
Azrul: Aku pun sekarang kat Terengganu, tak dapat balik.
Aku: Nak buat camana, dah masa dia tiba, Allah sayangkan dia. Terima kasih bagitau aku. Nanti aku bagitau member-member rapat kita.
Azrul: Ok, Assalamualaikum...


Ngam-ngam bateri telefon aku mati. Terus tak dapat dihidupkan kecuali dengan bantuan alat pengecas bateri Nokia. Satu berita yang agak menyedihkan bagi aku. Kawan rapat aku masa kat taman tempat aku tinggal di Tanjung Rambutan. Sama-sama main bola sepak kat padang, main gasing, galah panjang, popia, rounders, kena kejar ngan pakcik rumah depan sebab main bola terkena cermin rumah (pecah), pernah gaduh-gaduh mesra balik. Dan banyak lagi kenangan bersama Arwah.

Aku cepat-cepat telefon orang tua aku kat kampung, memberitakan hal ini agar mak abah ku rasa tak ketinggalan. Rupanya aku lebih ketinggalan kerana berita ini telah meluas di sana. Mak aku silap dengar kononnya adik dia yang meninggal dunia, tapi aku membetulkan keadaan bahawa orang itu adalah abangnya iaitu kawan aku. Jenazah telahpun selamat tiba di Batu 8, Ulu Kinta di mana abah aku telah pergi untuk menguruskan jenazah yang dah tiba awal pagi tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat, dan aku kesal setelah lama tak mendengar berita dari dia (arwah), dia telah menghadap penciptaNya; Allah S.W.T.

Mohd Hafiz bin Mohd Islar (1981-2009), dari Dia datang dan kepada Dia juga kita menghadap. Al-Fatihah.

Idamanku Selalu...

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 3/22/2009 05:27:00 PTG

2

Cinta 3 Segi (Horror Version)

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 3/20/2009 07:16:00 PTG

4

Tribute To Kenarianz Perak-Kelantan

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 3/20/2009 04:35:00 PTG

3

Cahaya Menghala ke Langit..

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 3/19/2009 02:13:00 PTG

2

Aku suka tengok gambar ni... Saja nak kongsi. Tengok sahaja la cahaya Menara KLCC menghala ke langit.

60 Minit Je... Apa Salahnya...

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 3/18/2009 05:31:00 PTG

4

Kebesaran Azan

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 3/18/2009 11:56:00 PG

0

Alhamdullah.... Syukur...

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 3/17/2009 10:13:00 PG

0

Sejak kebelakangan ini, rezeki orang nak bagi kat aku semakin mencurah-curah. Ada sahaja orang nak cari aku as freelancer job (side income). Bagi aku itu semua rezeki yang Allah nak bagi kat aku. Kadang-kadang aku terfikir, benar kata orang setelah menjadi seseorang yang lain dari sebelum ini, Allah akan tentukan rezeki kita. Mungkin diberi limpahan lebihan pendapatan atau sebaliknya. Dan apabila kita menjadi ayah, rezeki kita juga ditentukan olehNya mungkin apa yang aku sebutkan. Cuma bezanya, kita perlu bersyukur atau tidak? Aku takut, ia akan menjadi lalai dan riak dari segi itu kerana terlalu banyak yang kita mahu kejarkan. Adakah aku akan menjadi seperti itu? Kita mungkin akan mudah terlupa yang rezeki itu datangnya dariNya. Apabila nafsu dan tamak menguasai segalanya, itu yang amat aku takuti. Kalau hanya cakap dari mulut sahaja mungkin mudah mengatakan aku tak akan jadi begitu. Tapi bagaimana dalam diri ini? Janganlah aku menjadi sebegitu dan aku amat mengharapkan yang aku dirahmati dengan rezeki yang diberi. Jangan tipu orang, jangan tekan orang dan jangan perdaya orang. Rezeki yang diberi aku mampu bersyukur dengan ucapan Alhamdulillah...

Dah Selesai...

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 3/16/2009 11:42:00 PG

0

Alhamdulillah... Satu peringkat untuk mencapai ke peringkat seterusnya dah selesai. Agak rasa terkilan juga tak dapat join dan entertain group dari Kenarianz Kelantan kat Lost World of Tambun sebab aku kena jalankan tanggungjawab aku sebagai seorang Islam di Malaysia. Rasanya ianya memang di tuntut oleh Islam untuk mengenali apa itu alam perkahwinan. Dalam terkilan-terkilan tu, ada hikmah yang lain umpamanya aku dapat ilmu dari penceramah-penceramah yang ditugaskan untuk mengajar tentang perkahwinan. Semoga ilmu ini akan terus meresap ke dalam hati dan jiwa aku... Insya'Allah...

Nak Cerita Malu...

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 3/13/2009 04:19:00 PTG

4

Ada pengumuman penting nak bagitau. Nak cakap malu. Tak cakap pun rasanya bersalah. Rasanya eloklah korang click link kat bawah ni untuk pengetahuan korang. Tapi lepas baca pengumuman tu, elokla simpan je dan jangan cerita kat orang lain. Tak elok kita mengadu domba ni...

Click kat sini

Kame Hame Ha...

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 3/13/2009 12:28:00 PTG

1

Aku peminat cerita Dragon Ball versi kartun. Baik dari komik, hingga ke DVD, semua aku ada koleksinya. Watak kartun yang di adaptasi dari kartunis Akira Toriyama memang membuatkan aku selalu cemas menunggu keluarannya masa sekolah rendah dulu yang mana setiap bulan aku akan menjengah kedai mamak berhampiran untuk mendapatkan naskahnya. Ingat lagi masa ni aku sanggup simpan duit belanja sekolah semata-mata tak nak ketinggalan memilikinya. Watak yang tidak asing lagi bagi aku iaitu Son Goku, Krillin, Kame Sennin, Bulma, Yamca, Piccolo, Ten Shin Han, Vegeta dan ramai lagi. Nyata membuatkan aku puas hati dengan karya beliau sehinggalah kehadiran Dragon Ball GT yang membuatkan aku tidak lagi mengumpul karya itu kerana terlampau merapu kerana adaptasi Akira Toriyama telah diselewengkan oleh kartunis lain.

Sejak kecemerlangan siri ini berjaya sehingga ke peringkat antarabangsa, pelbagai percubaan untuk merealisasikan karya ini untuk ke layar perak dilakukan. Satu masa dulu, ada ura-ura mengatakan ianya akan di layar perakkan pada percubaan pertama ternyata gagal kerana faktor yang tidak dapat di kenal pasti. Tiba-tiba pengarah lain cuba mengambil alih untuk melayar perakkan karya ini untuk percubaan kedua dengan tajuk "DRAGONBALL EVOLUTION". Pelbagai reaksi orang ramai mengatakan karya ini sukar sekali untuk direalisasikan kerana wataknya yang agak sukar untuk dilakukan mungkin kerana faktor rambut karektor-karektor itu yang sangat keras dan bercabang-cabang. Trailernya juga telah aku bincangkan pada entry yang terdahulu di sini.

Semalam aku menonton cerita ini bersama kawan-kawan untuk mengenalpasti bagaimana keputusan penceritaannya di pawagam. Bermula dari permulaan lagi aku dah tak puas hati dengan karyanya. Son Goku dah besar? Atuknya masih hidup? Bagaimana dia sudah tiada ekor? Memang nyata sangat merosakkan. Kehadiran watak Roshi (Kame Sennin) juga nyata merosakkan karektor kerana pelakonnya berambut. Sepanjang perjalanan cerita masih boleh diterima sehinggalah kehadiran watak Piccolo yang sangat melucukan. Wataknya dengan ketiadaan sesungut di kepalanya dan badannya menggunakan costum sangat menjengkelkan. Sepanjang perlawanan antara Goku dan Piccolo semata-mata menggunakan kuasa dalaman (ki) ternyata membosankan. Di mana kekuasaan seni beladirinya? Setahu aku Son Goku tidak mudah mati dengan senjata biasa. Tapi... Entahlah.

Kehadiran Naga dari kuasa DragonBall pun sangat mengecewakan kerana terlalu bermain dengan elemen 3D yang gagal di mana karektor naganya pun yang sangat pendek. Bila nak habis pun di mana credit telah ditayangkan dan penonton sudah mula keluar dari pawagam, masih ada lagi teaser di akhir penceritaannya yang menunjukkan Piccolo masih hidup iaitu dia di ubati oleh seorang wanita.

Bagi aku, cerita yang direka oleh pengarah cerita DRAGONBALL EVOLUTION ini mungkin tidak buat 'homework' bagaimana nak 'create' cerita ini yang membuatkan ramai penonton kecewa biarpun terdapat sedikit percanggahan jalan cerita yang mungkin boleh di terima. Dari 5 bintang, aku tak tau nak kategorikan berapa bintang aku nak bagi. Yang boleh aku cakap, cerita ini sangatlah hampeh dan seandainya ada tiket free pun, tidak mungkin aku menontonnya lagi...

p/s: kalau nak tonton secara suka-suka bolehlah... Mungkin sebab nama EVOLUTION juga pengarah ini sesuka hati dia je nak tukar watak dan penceritaannya...

Selamat Datang...

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 3/12/2009 05:33:00 PTG

0

Image Hosted by ImageShack.us
Puas sudah meredah semak,
Penangan durian luka di lupa,
Jangan serik datang ke Perak,
Panjang umur kami ke sana.

Ah!!! Taknak Aku

Posted by nizam_5282 | Posted in , , | Posted on 3/12/2009 01:51:00 PTG

1

Apa motif aku letak gambar seperti di atas? Untuk menakut-nakutkan pembaca ke? Saja je nak ngomel-ngomel tentang apa kelebihan orang merokok. Ntahla, nak kata aku arif sangat pasal istilah kesihatan, tak juga. Tapi ini hanyalah luahan dari perspektif aku tentang keburukan merokok. Bagi perokok-perokok di luar sana, bersikap terbukalah untuk menerima apa yang akan aku taip kat entry ni.

Merokok dari perspektif aku:
  • Membazir
    Sudah terang lagi bersuluh yang hisap rokok ni membazir. Di mana kelebihannya dengan menghisap rokok ni boleh menjana pendapatan melainkan keuntungan rokok ni di kaut oleh golongan tertentu sahaja. Bayangkan sehari 10 batang rokok di habiskan untuknya. Takla pulak aku research berapa harga rokok berlainan jenis setiap satunya. Berapa wang yang kita pertaruhkan untuk beli rokok ini selama sebulan? Tu tak kira lagi member pow rokok kita lagi. Di situ sahaja dah nampak ianya membazir.
  • Macho agaknya
    Tak tau pulak aku orang yang hisap rokok ni nampak macho. Kat mana letaknya ke"macho"annya itu? Di tangannya yang memegang rokok ke? Atau di mulutnya yang menghisap rokok itu? Atau pakej sekali jalan nampak macho bila hisap rokok ni? Ntah la, fikir-fikirkanlah...
  • Bau
    Kadang-kadang jadi masalah jugak dengan perokok ni, bawa bau yang kurang enak di hidu. Amat mengganggu ketenteraman rasanya. Bayangkanlah bila solat Jumaat, kita bersebelahan dengan orang yang hisap rokok, dah la bau badannya amat negatif sekali ditambah pula dengan gabungan bau rokoknya, kan je mengganggu jemaah. Tak khusyuk nak beramal ibadah... Satu perbuatan yang kurang di sukai oleh Allah S.W.T bila mengganggu jemaah lain. Bagi orang yang hisap rokok mungkin tak rasa, sebab dah sebati dengan dirinya.
  • Kesihatan
    Bukan sahaja rokok ni membawa keburukan pada diri sendiri, tapi membawa petaka pada orang sekeliling. Pernahla beberapa kali aku demam sebab kerapkali menghidu bau asap rokok yang bukan kepunyaan aku. Kita mungkin tak rasa rokok ni tak akan bawa masalah dalam jangka masa pendek. Cuba bayangkan 20-40 tahun kita menghisap rokok. Umpama bumi kita la yang ozonnya semakin menipis menahan panas matahari. Lama-lamapun kita tak tahan kan dengan kepanasannya. Membakar kulit-kulit kulit kita menjadi hitam.
  • Dapat Lepaskan Tekanan
    Betul ke boleh lepaskan tekanan? Banyak cara boleh lepaskan tekanan antaranya main gasing ke, galah panjang ke, main futsal ke. Kadang-kadang membaca pun boleh lepaskan tekanan. Tak pun memblogkan diri macam apa yang aku buat sekarang. Ni pasal tertekanla ni!!!
Pelbagai kempen yang diketengahkan oleh kerajaan untuk membuatkan rakyat selalu jimat berbelanja dan pentingnya kesihatan. Antaranya, harga rokok yang kerap-kali dinaikkan, kempen kesihatan jangan merokok dan banyak lagi yang tak dapat aku huraikan. Selalu aku fikirkan macamana diorang rancang belanjawan diorang bila tiap-tiap bulan. Aku yang tak merokok ni pun kadang-kadang sempit di pertengahan jalan memikirkan macamana nak rancang belanjawan aku sampai hujung bulan.

Siapa kata perokok susah nak berenti rokok? Cita-cita dan azam yang kuat aje boleh buat perokok cuba berhenti rokok. Kalau sehari kita hisap 20 batang rokok, esok kita kurangkan daripada angka tersebut ke angka 19, dan begitulah seterusnya sampai boleh. Tak salahkan mencuba? Abah aku dulu pun kuat merokok juga, tapi kenapa dia boleh berhenti? Sebab dalam dirinya ada cita-cita yang tinggi dan azam yang kuat untuk dia berhenti merokok. Dan juga sikap mak aku yang mendorong abah berhenti merokok. Selagi kita tak cuba, apa yang dirasakan susah memang seterusnya akan susah. Pada perokok di luar sana, bukalah minda anda untuk menerima sedikit bebelan aku untuk kali ini. Jangan sentap pulak ye? Hehe... Selamat berenti OKOK!

Notis Untuk Semua Staff

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 3/12/2009 01:09:00 PTG

2

Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2009, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-

PENGANGKUTAN
  • Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.
  • Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.
  • Sekiranya anda memandu kereta nasional samada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.
CUTI TAHUNAN
  • Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari Sabtu dan Ahad.
WAKTU LUNCH
  • Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.
  • Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.
  • Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.
CUTI SAKIT
  • Mulai 2009 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari doktor. Ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.
PENGGUNAAN TANDAS
  • Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2009 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan menyala.
  • Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.
PEMBEDAHAN
  • Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.
PENGGUNAAN INTERNET
  • Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.
  • Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.
  • Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.
Sekian, terima kasih.

Ibu Yang Baik

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 3/12/2009 10:23:00 PG

5

Image Hosted by ImageShack.us

Wonder Pets Muzik Klip

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 3/11/2009 03:25:00 PTG

1

Image Hosted by ImageShack.us
Meh le kome dengar sound clip ni... Mesti senyum sorang-sorang.
Meh le...

Download sini

Adab Mendengar Azan

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 3/11/2009 02:35:00 PTG

0

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati, mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa... Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'Sakaratul Maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya". Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam, kita wajib menghormati azan dan banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri, mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah...' yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut, Allah dengan izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah...' semasa Sakaratul Maut menghampiri kami... Amin... Amin... Amin. Yarobbala'lamin...'

Selamat Hari Jadi (11 Mac 2009)

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 3/11/2009 12:00:00 PG

3

Image Hosted by ImageShack.us

Di ucapkan Selamat Hari Jadi kepada pemilik tarikh 11 Mac 2009. Antaranya ialah abang aku Angah yang akan menyambut hari kelahirannya pada tarikh tersebut dengan ucapan semoga berbahagia dan panjang umur dimurahkan rezeki. Kalau ada event yang best nak pergi ke mana-mana jangan lupa roger lagi. Best! Bila lagi nak kawin ni? Aku yang langkah dia plak... Alang doakan semoga seru tu sampai satu hari nanti. 

Selain pemilik nama abang aku, ada orang lain yang turut memiliki tarikh ini. Antaranya:

Shahril Izwan (Acai)
Dah senyum je memanjang sekarang ek? Bila pulak rasanya nak rasa nasi minyak ngko pulak.

Waheeda (Miss Waheeda)
Semoga ngko success dalam hidup dan dimudahkan urusan bersama orang tersayang... Ecewah.

Qaero
Kenarianz Johor yang aku kenal buat masa ni, tapi orang Sabahan. Bila aku nak amik rim dia ni? Hehe, sempitla sekarang poket.

Seharian di Genting Highland (Gambar)

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 3/10/2009 11:02:00 PTG

1

Image Hosted by ImageShack.us