Biar Betik?
Posted by nizam_5282 | Posted in Luahan | Posted on 3/05/2009 12:15:00 PG
0
Percubaan potensi mendownload dengan kelajuan tersebut? Dengan Celcom Broadband semuanya boleh? Ntahla... Tapi kawasan aku ni tak stabil, kejap 250++kbps, kadang-kadang boleh cecah 500++kbps. Paling koman pun lepas 20kbps je...
Nak di jadikan cerita, ada perkara yang perlu aku hadiri bulan ni. Duit pun banyak akan keluar bulan ni. Sabtu ni, saudara Ikhwan iaitu housemate merangkap clasmate masa kat Poli dulu akan melangsungkan perkahwinannya di Semenenyih. Dah lama tak dengar berita dari dia. Tau-tau dah nak melangsungkan perkahwinan. Tahniahla dan semoga berbahagia hingga ke khir hayat. Dulu diala kawan aku yang selalu menjadi peneman aku di kala sunyi. Teringat aku masa zaman kegemilangan kita kat Pasir Gudang, dia la yang serap aku untuk mencari rumah sewa sama-sama sementelah tamat semester 1. Semester 2 semua pelajar yang tidak berkepentingan akan disuruh berdikari di luar kampus mencari hidup sendiri tanpa mengharapkan asrama dari pihak Poli. Kini dia dah semakin jauh dengan hidupnya. Disebabkan sikap hasutan dari kawan-kawan yang tak bertanggungjawab untuk menjauhkan diri dia dari aku, aku di ketepikan. Ntahla, kadang-kadang sikap kawan-kawan yang hanya nak menutup salahnya tahu menuding jari mencari kesilapan orang lain untuk kepentingannya. Semoga orang yang menghasut ini di tunjukkan Allah dan dibalas seadilnya. Sudahla kita bagi pinjam duit beberapa ribu pada dia untuk membantu kesusahannya, tapi sebab tak bayar duit aku dan mahu melarikan dirinya dari membayar duit aku, dihasutnya orang lain jangan rapat dengan aku. Apa salah aku? Aku umpama melepaskan anjing tersepit. Dunia oh dunia...
Hari Isnin memandangkan gantian hari Ahad cuti Maulidur Rasul, Angah (abang aku) mengajak aku pergi ke Genting Highland. Katanya dari KL ni naik bas. Dah lama tak merasa naik bas. Sesekali naik bas best jugak sejak 2 tahun aku asyik dengan kereta aku yang membawa aku ke mana-mana kalau nak keluar dari Kuala Lumpur. Kita tengok ajela apa yang jadi nanti kat sana. Katanya balik hari.
14-15 March ni di katakan Kenarianz Kelantan akan berkampung di Perak untuk bercuti di Lost World of Tambun. Hmmm... aku tak dapat la pulak join sebab aku akan menghadiri kursus ****** selama 2 hari iaitu hari Sabtu dan Ahad. Tapi jangan risau, malam aku entertain korang pulak. Hmmm... banyak pulak agenda nak dibuat, dan tentunya duit pun banyak keluar... Aduh...
Apa aku merapek ni? Tak tahu dah tengah malam ke? Dah berpasir mata aku ni... Nak tidur la dulu... Bye.
Comments (0)
Catat Ulasan