Kame Hame Ha...

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 3/13/2009 12:28:00 PTG

1

Aku peminat cerita Dragon Ball versi kartun. Baik dari komik, hingga ke DVD, semua aku ada koleksinya. Watak kartun yang di adaptasi dari kartunis Akira Toriyama memang membuatkan aku selalu cemas menunggu keluarannya masa sekolah rendah dulu yang mana setiap bulan aku akan menjengah kedai mamak berhampiran untuk mendapatkan naskahnya. Ingat lagi masa ni aku sanggup simpan duit belanja sekolah semata-mata tak nak ketinggalan memilikinya. Watak yang tidak asing lagi bagi aku iaitu Son Goku, Krillin, Kame Sennin, Bulma, Yamca, Piccolo, Ten Shin Han, Vegeta dan ramai lagi. Nyata membuatkan aku puas hati dengan karya beliau sehinggalah kehadiran Dragon Ball GT yang membuatkan aku tidak lagi mengumpul karya itu kerana terlampau merapu kerana adaptasi Akira Toriyama telah diselewengkan oleh kartunis lain.

Sejak kecemerlangan siri ini berjaya sehingga ke peringkat antarabangsa, pelbagai percubaan untuk merealisasikan karya ini untuk ke layar perak dilakukan. Satu masa dulu, ada ura-ura mengatakan ianya akan di layar perakkan pada percubaan pertama ternyata gagal kerana faktor yang tidak dapat di kenal pasti. Tiba-tiba pengarah lain cuba mengambil alih untuk melayar perakkan karya ini untuk percubaan kedua dengan tajuk "DRAGONBALL EVOLUTION". Pelbagai reaksi orang ramai mengatakan karya ini sukar sekali untuk direalisasikan kerana wataknya yang agak sukar untuk dilakukan mungkin kerana faktor rambut karektor-karektor itu yang sangat keras dan bercabang-cabang. Trailernya juga telah aku bincangkan pada entry yang terdahulu di sini.

Semalam aku menonton cerita ini bersama kawan-kawan untuk mengenalpasti bagaimana keputusan penceritaannya di pawagam. Bermula dari permulaan lagi aku dah tak puas hati dengan karyanya. Son Goku dah besar? Atuknya masih hidup? Bagaimana dia sudah tiada ekor? Memang nyata sangat merosakkan. Kehadiran watak Roshi (Kame Sennin) juga nyata merosakkan karektor kerana pelakonnya berambut. Sepanjang perjalanan cerita masih boleh diterima sehinggalah kehadiran watak Piccolo yang sangat melucukan. Wataknya dengan ketiadaan sesungut di kepalanya dan badannya menggunakan costum sangat menjengkelkan. Sepanjang perlawanan antara Goku dan Piccolo semata-mata menggunakan kuasa dalaman (ki) ternyata membosankan. Di mana kekuasaan seni beladirinya? Setahu aku Son Goku tidak mudah mati dengan senjata biasa. Tapi... Entahlah.

Kehadiran Naga dari kuasa DragonBall pun sangat mengecewakan kerana terlalu bermain dengan elemen 3D yang gagal di mana karektor naganya pun yang sangat pendek. Bila nak habis pun di mana credit telah ditayangkan dan penonton sudah mula keluar dari pawagam, masih ada lagi teaser di akhir penceritaannya yang menunjukkan Piccolo masih hidup iaitu dia di ubati oleh seorang wanita.

Bagi aku, cerita yang direka oleh pengarah cerita DRAGONBALL EVOLUTION ini mungkin tidak buat 'homework' bagaimana nak 'create' cerita ini yang membuatkan ramai penonton kecewa biarpun terdapat sedikit percanggahan jalan cerita yang mungkin boleh di terima. Dari 5 bintang, aku tak tau nak kategorikan berapa bintang aku nak bagi. Yang boleh aku cakap, cerita ini sangatlah hampeh dan seandainya ada tiket free pun, tidak mungkin aku menontonnya lagi...

p/s: kalau nak tonton secara suka-suka bolehlah... Mungkin sebab nama EVOLUTION juga pengarah ini sesuka hati dia je nak tukar watak dan penceritaannya...

Comments (1)

oh dragonball evolution....

mmg evolution pon... merapu lebih...