Berbicara Tanpa Henti...
Posted by nizam_5282 | Posted in Luahan | Posted on 3/30/2009 11:53:00 PG
4
Tajuk je camtu, tapi takde apa pun yang nak dibicarakan. Terasa mata ni macam dah kena gam je masa ni sejak kemunculan dunia baru aku yang hanya di dalam bilik. Bekerjalah kita sepuasnya selagi mampu aku lakukan untuk mencari sesisa nasi yang boleh buat aku dan masa depan aku sedikit nampak cahayanya. Walaupun dengan kehadiran alam baru aku ini, aku berharap, rezeki aku dapatlah dimudahkan biarpun sedikit penat mengerah keringat. Apalah mampu aku yang hanya bergaji kecil ditambah pula dengan diri ini yang tak berapa pandai. Kalau pandai boleh la terus bergaji besar. Tapi itu hakikatnya aku bernama hamba Allah yang hanya menumpang di bumi ini untuk belajar erti bagaimana sukarnya mencari duit. Teringat dulu, ramai mengatakan indahnya di alam sekolah dan bukan hanya untuk mencari kawan-kawan, tetapi ilmu. Nanti dah habis sekolah baru tau kalau boleh kembali ke sekolah tentu aku nak belajar pandai-pandai. Tapi mana mungkin zaman berlaku dapat di U-turn kembali? Pelajaran aku hanya di sekat kerana naluri aku taknak menyusahkan ibu bapa kerana biarlah itu sahaja yang mampu aku kecap. Insya'Allah nanti aku sambung belajar. Seperti kata-kata orang dahulu kala juga, "Kalau dah sedap pegang banyak duit, takdenya nak sambung belajar". Tapi benarkah? Ya, itu hakikatnya yang sedang dan aku alami dalam diri aku. Rasa nak sambung belajar tu lagi di sekat sebab masa depan aku sudah berubah. Aku akan ada tanggungjawab yang lebih besar perlu aku pikul. Mesti ada orang mengatakan, tanggungjawab untuk sambung belajar tu banyak caranya dan bukan penghalang. Tepuk dada, tanya selera. Bagi yang hanya tahu bercakap, memang mudah melafazkan. Tidak bagi aku, aku tak mampu nak uruskan serentak. Cukuplah dengan apa yang mampu aku tanggung. Tapi itu hanyalah luahan kecil jauh dari sudut hati aku. Banyak lagi yang dirasakan tak perlu dibincangkan kerana melibatkan ramai pihak sekiranya aku sambung belajar. Hai shushah shushah.
Aku nak gerak dah, pasal ada urusan bank yang perlu aku selesaikan. Lain kali aku celoteh lagi. Ini blog aku, aku boleh tulis apa yang aku nak. Tapi kalau yang terasa tu, nasib la. Sebab yang terasa tu mungkin hanya berteka-teki dan tidaklah di ketahui siapakah empunya diri...
Aku nak gerak dah, pasal ada urusan bank yang perlu aku selesaikan. Lain kali aku celoteh lagi. Ini blog aku, aku boleh tulis apa yang aku nak. Tapi kalau yang terasa tu, nasib la. Sebab yang terasa tu mungkin hanya berteka-teki dan tidaklah di ketahui siapakah empunya diri...
Salam.. persediaan mental dan fizikal penting nizam utk sambung belajar selain dari kewangan la.. nak seribu daya.. kalu kau berazam lepas kawen baru nak belajar pun x salah.. tapi pastikan azam kau tu x berkubur begitu sahaja.. FYI.. Abg belajar ni dah kali kedua amik Out Kampus.. Yg kali pertama dulu abg gagal habis dan x boleh sambung lagi.. namun abg kuatkan semangat dan sambung belajar sekali lagi ditpt lain dan Alhamdulillah tinggal 3 sem je lagi nak abis.. InsyaAllah.. kalu kau minat nak sambung abg sgt2 galakkan...
Insya'Allah... Terima kasih kerana memberi sedikit komen yang amat berguna ini...
Keep up bro..jgn putus asa..ada rezeki insyaallah............aku sbg kawan sentiasa menyokong apa jua perjuangan baik yang ko buat k..
Thank You guys...