Nak Bebel...
Posted by nizam_5282 | Posted in Luahan | Posted on 3/06/2009 04:17:00 PTG
0
Renew Lesen
Masuk hari ni dah 5 kali aku pergi Pejabat Pos. Tujuannya hanya satu, nak renew lesen. Lesen aku akan meninggal pada 8 haribulan Mac ni. Maknanya ada tinggal 2 hari lagi untuk aku pergi renew lesen ni sebelum tamat tempohnya. Lepas sembahyang Jumaat tadi pun aku pergi jenguk Pejabat Pos. Tapi apa daya? Offline je memanjang? Ni apa cerita ni? Traffic Jem kat server ke atau apa? Atau ni salah satu propaganda nak menyaman orang je ke kerjanya? Tak taula apa nak jadi, kononnya 31 Mac ni tuntutan rebat tidak diterima lagi lepas tarikh tu. Aku dah pergi sehingga LIMA kali dan tadi dah masuk ENAM kali jejak Pejabat Pos yang berlainan. Aku dah menyampahla dengan proses yang menyusahkan orang ni... Nak kata aku melengah-lengahkan nak renew lesen ni tak jugak. Sejak seminggu lalu aku dah try nak buat. Tapi jawapannya apa kaunter tu bagitau? "OFFLINE la encik". Aku tak la marah pekerja kaunter tu sebab itu bukan kerja dia untuk aku marah. Tak berbaloi pun marah dia sebab itu bukan bidang dia. Kalau aku tak renew lesen sampai esok, maknanya hari Ahad memang tak bukak. Dan bermula hari Isnin kalau aku takde lesen yang sah tarikhnya di jalan raya, kalau apa-apa jadi kat aku kat jalan raya, siapa yang nak aku salahkan? JPJ jugak ke? Diorang bukan peduli apa pun dengan alasan yang aku bagi biarpun bertekak kat kaunter JPJ tu kalau apa-apa dah jadi kat aku di jalan raya. (Harapnya tidaklah). Dan kalau pun aku main redah je guna lesen yang tak sah ni, masa tu la ada sekatan jalan merata-rata kata kenapa tak renew lesen? Nak aku bagitau alasan yang "Pejabat Pos OFFLINE la Encik, lesen tak boleh buat". Aku pergi Pejabat Pos tu bukannya free. Isi minyak, masa yang dicuri masa kerja. Enam kali! Bermakna seminggu aku pergi asyik Offline je???
SMS
Adakah kerana tidak penting SMS aku tidak di jawab? Mungkin aku bukanlah orang yang penting untuk dijawab menggunakan SMS. Dah nama pun SMS (Short Message Service). Seringkas boleh tidak dijawab walaupun memang ringkas sangat hingga tak perlu membalas SMS. Apa perasaan anda kalau kita SMS seseorang dengan penuh perasaan dan memerlukan SMS tu dibalas untuk mengetahui jawapan yang bakal diketahui. Walaupun jawapannya "K" atau "O", sejukla jugak hati ni...
Kerja
Rasanya dah pernah aku ceritakan, kerja tu kalau boleh bagila jadual yang betul agar ianya tidak bergeser dengan kerja yang lain. Itu nak buat, ini nak buat. Maknanya mana yang remeh tu asingkanla kat tepi dan cari ajelah orang lain buat sebab senang. Aku ada kerja lain nak buat lagi yang dah lama kena hold. Keluar outstation tu perlukan masa. Dan masa menentukan kerja kita boleh siap ke tak? Fikirla sikit masa tu juga membuatkan kerja kita akan bertindih kalau kerja lain kena buat dalam satu masa yang sama. Aku bukan kerja 24 jam je mengadap komputer ni. Mesin pun boleh rosak kalau asyik kerja je...
Janji
Aritu bakar bukan main ajak main futsal. Kata takut la, kaki bangku la. Hah mana orang nya bila di hari yang di janji? Tak nampak muka pun? Takyah le bakar perasaan orang kalau dia pun tak turun... Janjinya lebih kurang 20 orang, yang turunnya 10 orang je? Bila aku salah waktu yang sebenarnya futsal tu malam, perli baek punya kan? Sekurang-kurangnya aku ni turun la jugak daripada janji hanya melepaskan batuk di tangga...
Benda yang aku tak suka dengar

- Kalau kita tanya seseorang samada dia pergi ke tak ke sesuatu majlis. Tapi dia tak pergi. Lepas tu dia pulak tanya, "Siapa yang pergi?". Kalau tak pergi tu diam-diam sudah, sama je kalau bagitau siapa yang akan pergi tu, dia bukannya pergi pun.
- Soal kahwin. Sabar, nanti aku bagitau bila tarikhnya. Jangan la tanya lagi... Dah seratus orang tanya dah ni... Penat dah jawab. Nanti bulan 4-5 aku bagi announce ek? Sabar separuh dari iman.
- Aku sedar aku tak pandai, tapi takyahla bangga yang diri tu pandai sangat dan merendah-rendahkan orang lain... Biasanya orang pandai tak mengaku pandai. Pelik sungguh. Kalau Allah tarik balik apa yang engkau ada sekarang baru engkau tau...
Comments (0)
Catat Ulasan