PANDAI

Posted by nizam_5282 | Posted in , , | Posted on 3/10/2009 04:29:00 PTG

3

Setelah membuat sedikit kajian apa makna sebenarnya pandai ini, aku dapat tahu bahawa pandai ini boleh di sama ertikan dengan orang yang cerdik, pintar, mahir dan sebagainya. Orang gila tak akan mengaku gila. Orang bodoh tak pula mengaku bodoh. Orang pandai tak pula akan mengaku pandai. Tapi pelikkan, kalau dengan penuh angkuh mengaku diri dia pandai? Bangga sangat rasanya kalau diri tu pandai? Ya, semangnya aku akan bangga kalau aku di kurniakan akal yang pandai. Tapi, aku masih bersyukur di tahap aku sekarang. Tak perlulah pandai melampau-lampau sampai merendah-rendahkan orang lain. Pandaikah anda? Aku tabik pada orang yang cerdik pandai ini tapi dalam masa yang sama aku tak tabik langsung pada orang yang tak tahu menilai kepandaian diri sendiri. Oleh itu, ukurlah baju di badan sendiri, di mana tahap anda sekarang...

p/s: Kita boleh di anggap pandai sekiranya kita tahu merendah diri dalam apa jua perlakuan dan tidak mengaku yang diri itu pandai dan terus terang melafazkannya... Semoga anda ceria-ceria selalu dan ingat kepandaian anda datangnya dari Allah S.W.T dan bila-bila masa sahaja Dia boleh menariknya kembali. Semoga yang baik akan sentiasa berterusan...

Comments (3)

siapa makhluk yg mengaku pandai??

betul apa yg kau kata... org bodo xkan ngaku bodo.. org pandai pon xkan ngaku pandai.. org riak atau bodo sombong je ngaku... hehe

p/s: betul la nie... fakta tau..

Takpe la, biar yang baik-baik je yang akan terus terusan berlaku... Insya'Allah...

bran ...bran sungguh!

Poyo ar orang pandai2...baik selenger cam aku ni ha..tenang-tenang-saje sudahh!