Genting Time

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 3/09/2009 11:20:00 PTG

2

Penat sungguh harini sehari suntuk aku berjalan. Kaki ni dah macam kematu, tumit macam nak tercabut, lutut macam dah takde engsel. Sebabnya aku dah janji ngan angah nak follow dia pegi Genting Kota Keriangan. Sejak dari pukul 6.00 pagi aku dah bersiap sedia nak pergi kat umah along, yang angah tunggu kat situ. Janjinya, nak naik LRT Taman Melati menuju ke LRT Gombak di mana bas nak ke Genting ada di sana. Aku dengan berlengah-lengah menunggang motosikal cabukku terus menuju ke rumah along. Sampai agak tepat pukul 7.15 pagi di sana. Tanpa melambat-lambatkan masa, aku dan angah berjalan kaki ke LRT Taman Melati menuju ke LRT Gombak dengan nilai transit 70 sen. Bas akan gerak ke Genting pukul 8.00 pagi.

Sampai kat sana, member angah iaitu Lan dan Shahrul dah sedia tiba dan nampaknya tak sabar nak ke destinasi. Maka timbullah sorang demi sorang yang aku tak berapa kenal sangat sebab aku mengikuti rombongan member angah je. Kumpulan yang hadir terdiri seramai 7 orang sahaja. Dari sini jugakla aku boleh kenal kawan baru ye tak? Bila tepat je pukul 8.00 pagi, bas ke Genting pun bergerak.

Perjalanan mengambil masa selama 30 minit untuk tiba di Kota Keriangan. Untuk sampai ke Taman Tema, kitorang perlu menaiki kereta kabel (Genting Skyway). Seriau pada mulanya menaiki benda ni. Tapi lama-kelamaan, ianya menjadi biasa dan perasaan takut mula hilang. Perjalanan menaiki Skyway lebih kurang 15 minit. Sampai kat sana, sejuknya mencengkam tubuh. Macam negeri omputih pulak. Dan kami mencari kedai mamak berhampiran untuk menyantap makanan kerana perut yang semakin lapar. Perjalanan dan penjelajahan bermula pada pukul 9.45 pagi.

Taknak bebel banyak benda yang tak penting. Kitorang mula menjelajah Taman Tema Dalam Plaza dulu iaitu melayan Taman Permainan yang tak berapa mencabar. Berikut antara permainan yang aku cuba.
  • Ferris Wheel (ala-ala Eye On Malaysia)
  • Venice Gondola (naik perahu patung yang kayuh)
  • Archery @ Monorail (gondola pusing keliling Taman Tema Luar)
  • The Haunted Adventure (gondola tergantung)
  • Junior Bumper Car (kereta langgar)
  • 4D Motion Master (tengok wayang 4D)

Kemudian aku layan Taman Tema Luar pulak. Antaranya:
  • Pirate Train (Keretapi masuk rumah hantu)
  • Spinner (buaian pusing)
  • Space Shot (freefly)
  • Dinosaurland (naik perahu tengok pertunjukan dinosaur)
Start naik Space Shot, aku dah tak main dah benda lain, sebab tangkap sakit kat leher masa henjutan jatuh permainan tu. Macam nak tercabut leher aku, dan rasa macam nak terkeluar isi perut naik menatang ni. Angah ajak aku naik permainan yang lebih mencabar tapi aku tolak sebab kepala aku dah mula cam pening dah. Diorang je layan, aku follow je tengok. Boleh dikatakan, permainan Taman Tema Luar ni semua mencabar. Bagi yang tak punya keyakinan tinggi jangan la naik. Kitorang bergerak balik dalam pukul 6.00 petang dan mula beratur untuk menaiki Skyway semula untuk ke tapak perhentian bas. Bas bergerak pulang pada pukul 7.15 malam ke Kuala Lumpur. Perjalanan pulang juga mengambil masa lebih kurang 30 minit perjalanan.

Comments (2)

woi tak tanjungrambutan lah kalo baru naik space shot terus pening.kakaka..

Hah! Cam nak terberak naik mende tu... Naik Roller Coaster kira ok la gi dari main mende tu...