Salam Maulidur Rasul

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 3/09/2009 06:11:00 PG

3

Amatlah tidak patut sekiranya aku tak mengucapkan Salam Maulidur Rasul pada pembaca blog aku. Seandainya, hari jadi seseorang kita ingat, kenapa hari ini tidak kita ingat? Tau cuti je.. Hehe... Hari jadi sendiri dah tentulah lagi ingat kan? Hari ini 12 Rabiulawal 1430 sama dengan 9 March 2009 merupakan hari kebesaran Islam di mana tarikh ini merupakan hari kelahiran Rasulullah S.A.W yang baginda adalah Rasul terakhir yang membawa Ajaran Islam di muka bumi ini secara menyeluruh. Marilah kita ramai-ramai berselawat ke atas Nabi junjungan besar ini bagi mengingati dan menginsafi diri. Wassalam...

p/s: Pembetulan untuk beliau=baginda... My Bad....

Comments (3)

pembetulan...bukan 'beliau' tetapi 'baginda'!!!!

Salam Mulidur Rasul....selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad.

Salam Maulidur Rasul... Selamat Datang Ahmad Sufi