Diary Aku 9 Mac 2009
Posted by nizam_5282 | Posted in Luahan | Posted on 3/09/2009 12:14:00 PG
0
Kenapalah malam ni rasa berat je mata aku nak tidur. Masa ni aku tengah layan berita jam 12 tengah malam "Nightline Tv3" Sambil menunggu sambungan cerita "Tuan Guru". Tapi layan cerita Heroes dulu dalam pukul 10.00 malam tadi. Ntah kenapa aku bosan malam ni, sambil tu aku cuba explore apa yang patut kat web-web yang ada. Aku di temani dengan lagu-lagu mp3 serta bermain dengan sms dengan seseorang yang amat penting. Berita yang baru aku tengok kat tv3 berkenaan dengan cerita pasal protes membantah isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Dan pasal bakal kemasukan warga Bangladesh yang mungkin akan mencecah 70,000 orang. Haih! Siapa punya kerja yang nak bagi lepas rakyat Bangladesh ni masuk Malaysia? Dahla ekonomi kelam kabut sekarang ni. Apahal plak nak import warga Bangladeh ni? Sengal sungguh....
Petang tadi, aku menghadiri majlis perkahwinan adik Acai kat Cheras. Aku di temani Nano, dan yang masing-masing datang pukul 1 petang kat rumah dia. Sampai je aku perasan Wanlee, ZXKN dan Waheeda. Tuan rumah tak ada sebab mungkin dia menjemput orang istimewa kot? Ehem... Sampai-sampai je, perut aku memang mencari makanan. Mana tak, aku tak sarapan pun pagi tadi. Selesai je makan-makan, aku ngan Nano bergerak pulang kerana tak perlu la nak tunggu lama-lama. Bukannya tuan rumah yang jadi raja sehari. Dalam perjalanan pulang, Nano ajak aku tengok wayang kat Galaxy Ampang. Sampai je sana, tengok cerita apa yang menarik untuk di tonton, tetapi kebanyakan cerita yang ada kelihatan hampeh. Aku ngan Nano pun membuat keputusan untuk pulang sahaja.
Dalam perjalanan pulang dari Galaxy Ampang, sembang punya sembang, Nano suruh aku try "Air Bandung Soda". Aku nak jugak try mana la tau sedap. Tapi memang sedap pun sambil ditemani dengan Tauhu Bakar. Sembang lebih kurang apa yang patut, aku menghantar Nano pulang ke rumah.
Esok pagi dah kena bangun awal pagi untuk aku mengikuti jemputan Angah untuk ke Genting Highland. Ntahla, tak teruja sangat aku nak ke sana sebab fulus yang tidak berapa mengizinkan. Dah dia kata nak support aku makan-makan, aku ngikut je. Alhamdulillah. Adei, malasnya aku nak bangun pagi esok. Harap-harap alarm aku bunyi la esok hendaknya. Dan harap jangan la lambat pulak aku bangun esok. Malas sungguh nak bangun pastu nak pegi umah Along kat tempat yang di janjikan oleh Angah...

Comments (0)
Catat Ulasan