Apa Berita Hari Ni?

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 3/10/2009 11:22:00 PG

0

Apa berita hari ni ye? Aku bukanlah pengulas berita yang mahir. Tapi kalau nak dianggap aku mengambil berat hal-hal semasa sudah tentunya. Masuk je setiap hari baru, aku akan memulakan bacaan aku di surat khabar online antaranya Utusan Online, Kosmo Online dan Berita Harian Online. Nak beli paper, bukannya semua berita aku baca, cam rugi plak duit aku. Hehe... Baik baca kat internet je mana yang rasanya penting untuk diberi perhatian.

Di mulakan dengan Hari Maulidur Rasul yang di sambut semalam (9 Mac 2009). Tema tahun ni "Wahdah Pemangkin Khaira Ummah" di sambut meriah di Dataran Merdeka yang di rasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Sambutan bermula dengan perarakan sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang terdiri daripada kontinjen jabatan kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan, sekolah, institusi pengajian tinggi awam dan institut latihan dan wakil masjid membabitkan kira-kira 100,000 peserta. Walaupun aku sibuk di Genting semalam, tak bermakna aku tak ambil tahu berkenaannya.

Selain dari berita di atas, berkenaan dengan kedatangan 70,000 warga Bangladesh yang bakal di masukkan. Sememangnya perlu di tolak mentah-mentah dan bukan alasan warga Bangladesh ni tidak memikirkan gaji yang tinggi, tetapi cuba difikirkan yang rakyat tempatanlah yang perlu diberi keutamaan kerana semakin hari semakin ramai pekerja tempatan yang dibuang kerja kerana desakan ekonomi semasa. Kedatangan mereka ke sini seolah-olah menambahkan semak di mata masyarakat dan mungkin kehadiran mereka juga menyebabkan kejadian jenayah makin menjadi-jadi. Entahlah, sememangnya aku tidak bersetuju dengan ura-ura berita tersebut. Memang tak diperlukan mereka hadir ke sini...

Seterusnya berkenaan dengan kekalahan Datuk Lee Chong Wei kepada pencabar Lin Dan dari China. Teruskan usaha anda walaupun telah dikecewakan dengan kekalahan tersebut, fokus pada games seterusnya. Bukan kekalahan di perlawanan badminton seluruh England menutup usaha Malaysia tetapi itu adalah tiket untuk melihat sejauh mana kemampuan memperbaiki segala kelemahan yang ada.

Comments (0)