:: Apo-apo ajelah (Edisi Entry Panas) ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 6/25/2009 12:23:00 PTG

13

Kepada orang yang bernama "Nuraiza binti Mohd Latifi". Kahwinnya dah masuk sebulan dah masuk harini. Hadiah yang berbungkus kat rumah dah berhabuk pun. Bila mau ambik? Nak celebrate perkahwinannyala kononnya, orang lain yang dijanji pun kemana menghilang. Excited nak pegi minum-minum pun dah terbantut. Malas pulak rasanya nak extend tarikh. Takut sama juga terjadi bila difikir-fikir bahawa lama dah plan, tapi tak jadi jugak. Kalau buat mengejut lagila alasannya berbagai-bagai nanti. Nak kumpul lepak-lepak aje pun. Huhu... Salah aku gak, tak dapat datang kenduri dia haritu sebab kahwinnya pun banyak saingan. 

Apa kata korang pulak yang plan, aku nak tengok apa jadi. Apa rasanya ek kalau korang plan, tetiba orang yang berjanji pun tak jadi datang. Fikir-fikirlah. Ini bukan keluhan mahupun sindiran. Sila-silalah ubah sikap, jangan last minit bagitau cancel. Dah tu aku tau ketidak hadirannya pun dari pihak lain dulu...

Sebenarnya ramai yang ajak aku pergi aktiviti yang lebih gah. Disebabkan perjanjian kita ni aje, aku dah cancelkan semua benda yang lagi best dari mengejar perjanjian keluar minum-minum sahaja.

    Mana lagi best?
  • Minum-minum biasa bersama teman-teman?
  • Bercuti sambil mengadakan BBQ?
  • Geng lain ajak tengok wayang?
  • Balik kampung?

Disebabkan hal minum-minum aje, aku dah tinggalkan aktiviti lain. Dah minum-minum pun tak jadi, aku lepak kat rumah. On YM, tengok DVD, lebih baik kot?

Comments (13)

jalan terbaik, aku jemput (kali ke berapa x tau) datang rumah aku sabtu atau ahad ni. aku pun mmg tunggu hadiah ko tu:p


jemput datang rumah.bawak la sape2 ko nak bawak.

Sekarang asik ari minggu je, musti aku busy...

yer la..yer la..suma salah aku!

aku nak kawen salah aku gak kan!

mak aku soh aku balik kampong kemas umah pon salah aku gak kan sbb utamakan mak daripada kwn2!

Tak segalanya salah ko Sariah... Tapi, kadang2 bagitau awal pun tak salah. Aku pun mungkin ada benda lain boleh buat. Alasan memang macam-macam, dah lama plan, last2 cancel jugak. So what to do? Buat bodo suda...

buat bodo means takde feel atau emosi apa2 kan dan malas nak fikir foward kan. tapi kalau buat bodoww y dis issue become one of ur entry ye? :p


dan aku rasa ini adalah tidak sesuai. Segala macam tafsiran boleh orang andaikan bila membacanya. andaian terhadap sesiapa dan maybe dis entry also can be a reflection to anybody termasuk ko sebagai author.


pernah x ko fikir kenapa benda ni cam jauh pulak lajaknya?
di mana puncanya?


mungkin aku akan mengulas lanjut dan mungkin juga tidak selepas ini.

Memang kita selalu berada di landasan yang betul untuk menegakkan kebenaran. Biar siapapun tetap akan memenangkan diri sendiri.

Tidak salahkan aku private blog ini?

Secara serius, biarlah aku beritahu terus terang, adalah lebih baik memberitahu dari mendiamkan diri. Kan lebih baik dari dari kita bersikap bermuka-muka. Betul tak? Aku memang dah agak entry akan jadi isu besar. Sebabnya aku nyatakan org yang berada si situasi tersebut. Buat Sariah, aku mintak maaf. Tapi aku bukan bermuka-muka seperti orang lain ok? Aku bagitau untuk kita perbaiki sikap kita sendiri. Memang salah aku situasi ko macamana, cancel disebabka apa. Tindakan "Last Minute" memang aku tidak persetujui. Kerana bermacam perkara kita boleh buat dalam masa tersebut untuk mengubah jadual. Mungkin orang lain juga bertindak demikian untuk mengisi masa yang lopong itu.

Oleh yang demikian, aku mengkaji salah aku untuk perbaiki mana yang kurang. Dan begitu juga sebaliknya. Mungkin salah aku entry ini diwujudkan. Baiklah aku jadi hipokrit untuk kebaikan bersama dan perkara ini tidak akan berulang lagi.

Buat Aiza, terima kasih kerana menyedarkan aku, tak semua apa yang kita tulis orang akan disukai. Eloklah kita buat entry yang baik-baik sahaja. Simpan yang emosi.

"Untuk kebaikan bersama"

ha. elok.

bg aku tak de edisi muka2.

nak tau nape benda ni jadi?

sebab..


sebab...

aku dan sariah takut nak cakap kat ko. takut ko marah sebab tak jadi...huhuhu takut lah!


jgn kata dia, aku yang dia bgtau pun takut nak bagitahu ko tu pasal aku cakap tak sure p tanya tuan punya badan.


tu la ko sape suruh selalu buat peel ngan muka pengawas..huhu..:p

dah jgn nak bising2 nak berlaga kalah menang bagai. Aku ni tgh lapo.

korang nak, korang datang la rumah aku bawak kepsi baru dan air bikarbonat.



korang = (mazli + sape2 + sariah + pakwe sariah + sape2 je)

udah la mazli..kita ni da tua..wtpe nk gado2 sbb mende sebeso kuman nie..

my part aku mintak maap..yes aku admit mmg aku takot nk btau ko sbb takot ko ngamok! very sorry sbb aku tak btau awal2..

y? bcoz aku bajet leh escape dr mak aku..but last minute mak aku soh balik gak..ape daya aku nk kater "no" kt mak aku..

aku mintak sgt2 korang sbg kengkwn aku paham..this is so the very 1st taim aku tpaksa kensel..last time kt klcc aku dtg gak kan even though aku tau cuma ko sorang jek yg ade kt a&w tue?

Aku ok je... Buang yang keruh amik yang jernih. Buat pe gegadoh lelama... Benda yang kusut dah diberitahu udah le. Dari diam, membara dalam hati, nanti lama-lama mengungkit. Betul tak?

Sekarang ni, kalau nak ajak aku gi memana, please appoinment aku awal-awal ek? Kurang-kurang dua minggu. Haha... pasal aku busy di hujung minggu... :D

kalau kau letak iklan nuffnang, traffic harini boleh buat
kaya dah kau ujung bulan depan :p

Kalau camtu, elok sangatla tulis entry menghasut, mengutuk, memaki, dan sewaktu dengannya... Huhu... Pasal cerita panas memang org suka baca...

Cerita sejuk dan menggembirakan watpe ye tak?

ha ah elok je.
ramai orang suke je entry keji.