:: Lambat, Langgar, Kantoi ::

Posted by nizam_5282 | Posted in , , | Posted on 6/12/2009 09:46:00 PG

2

Sekali lagi aku terlewat bangun. Sejak kebelakangan ni, aku memang suka lambat bangun. Walaupun dah set dah jam kul 7.30 pagi bangun dari tidur, tapi aku tetap dalam benak aku (ala kejap lagi... 10 minit lagi... seterusnya 5 minit lagi... kemudian 2 minit lagi). Hah! Padan muka aku sampai kul 8.30 baru bangun. Kah kah kah... Maklumla, ofis dekat la katakan. 15 minit je sampai. Walaupun 15 minit, waktu maksimum yang aku gunakan untuk sampai ofis adalah 20 minit sebab nak beli nasi lemakla, airla untuk dibuat sarap kat office. Harini aku keluar rumah pukul 9.05 pagi. Sebab layan berita kat tv3 dulu... Hahaha hancurla aku...

Dalam perjalanan ke tempat kerja, dengan penunggangan aku yang begitu sopan, satu kereta MYVI yang kononnya nak convert ke konsep kereta Jepun (PASSO), berwarna putih berbonet hitam (dah macam tapir dah), memangkah aku dengan cara tidak berhormat. Sungguh tak bersopan sekali pemanduannya oleh kerana sikapnya yang rasa kereta dia sangatla hebat kot? Ala, aku dah biasala jumpa mamat-mamat poyo yang rasa kereta diala macam paling hebat kat dunia (gua tak kisah pun). Dengan rasa tak puas hati kerana sikapnya itu (!@#$%^&*), aku kembali tenang dengan meneruskan perjalanan aku ke tempat kerja. Sampai di satu persimpangan... Ganggggg! Sreetttttt! (bunyi benda kena langgar dan brek mengejut dari seretan tayar). Oleh kerana aku menunggang motor sejati, mudah sahaja aku mencilok dilaluan kereta. Aku kembali mengingati MYVI tapir tadi. Kereta yang pancung aku tadi rupanya kena langgar. Iswara putih telah melanggarnya dari belakang sampai rongak bumper kereta MYVI tapir tu dia rodok.

Dalam kes ini, siapa salah sebenarnya? Dah tentulah Iswara putih tadi kan sebab dia yang melanggar. Dari perspektif luar logik, MYVI tapir tadi pun salah sebab dia main pancung je barisan. Tapi tak ada bukti pun yang MYVI tapir ni bersalah sebab dia yang dilanggar. Entahlah... Itu korang settle la sendiri. Dalam hati aku sedikit senyum sinis (jahat gak aku ni gelakkan orang). Siapa suruh bawak kereta macam setan. Aku taula aku naik motor je, takyahla pancung aku sebab motor aku berkapasiti 110 cc berbanding MYVI tapir ko yang berkapasiti 1299cc tu. Tu belum keluar MOVE aku lagik, kang ko terkucil tengok kereta aku tu... Hak hak hak... Lantak korangla, kalau aku layan kemalangan tadi sebagai saksi, lambat plak aku masuk ofis. Korang selesaikanla sendiri walaupun dalam hati aku gelak ~lalalala...

Masuk je ofis, sekali bos dah ada da kat ofis. Kantoi la plak. Seperti biasa, kalau lambat aku buat bodo je la dan disertai ucapan 'SELAMAT PAGI BOS'. Aku teruskan dengan aktiviti harian aku ngadap komputer melakukan kerja yang belum selesai. Dan dengan cara mengambil hati kekantoian aku harini, aku tunjuk job aku yang dah siap semalam. Ekekeke... Tak ikhlas betul aku...

Next time la cerita lagi, aku nak sambung wat bodo jap...

Comments (2)

cakap kat encik Hisham~~~

Aiseh... Ngadu plak... Huhu...