:: Hari ni hari Isnin ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 6/29/2009 02:32:00 PTG

0

Sebenarnya arini aku tak kerja. Ini kerana kesan dari kisah penat aku balik holiday kat Melaka semalam. Langit biasa tak selalu cerah, umpama mesin yang bekerja hari-hari tanpa rehat. Kadang-kadang aku pun boleh tak berapa nak sihat. Aku dok kat umah je, tak makan lagik time ni. Nak kuar beli makanan, malas. Nak masak, ape mende aku nak masak? Masak megi tau la. Lagipun kalau nak makan megi, kenala ada megi kat rumah. Kena la keluar beli megi pulak. Kalau dah boleh keluar, watpe beli megi, beli je la terus nasi campur lauk. Sure lagi kenyang. Huhu...

Semalam balik je dari A' Famosa Resort, aku kepenatan tak ingat dunia. Sepanjang perjalanan yang memenatkan apabila memandu dalam keadaan ngantuk buat aku tak selesa... Orang sebelah berdengkur tak ingat dunia. Aku sorang memandu tau jelah, terhoyong-hayang. Kereta depan bawak 80km/j kat lebuhraya yang mana purata kereta kiri kanan bawak lebih dari 90km/j. Aduh... Puas aku menampar muka aku yang tak bersalah ni nak kasi mata tak ngantuk. Aku mengambil keputusan untuk memutuskan konvoi dan bawa haluan sendiri. Nah! Aku rembat 110km/j. Dah tak ngantuk lagi. Tapi singgah juga kat Petronas untuk buat cuci muka jugak.

Sebenarnya takde apa pun nak cerita. Kalau aku bubuh cerita pasal hari percutian aku untuk update blog, rasanya cam tak berapa best. Sebab apa? Korang yang masuk kat blog aku akan menganggap aku syok sendiri plak. Pasalnya tak semua orang nak baca hari bercuti kita kan? Contohnya, aku masuk kat blog orang lain, dia tayang cerita pasal enjoy diorg. Aku belek2 sikit je tgk gambar. Nak baca malas kan? Pasalnya dia syok sendiri. Kalau terselit gambar aku kat situ takpe gak, taula apa yang terjadi kat entry dia tu.

Aku ada dapat SMS dari seseorang yang memang dah buat masalah ngan aku. Kononnya dia nak bayar balik duit aku. Mengikut SMS nya, begini gayanya:
"Salam.
Bg no akaun Maybank ko.
Aku akan bank ini duit ko.
Sori lewat sket."

Aik??? Camtu je dia nak settle masalah? Ngapala dia tanak jumpa aku, boleh le aku sekolahkan dia sikit ngapa dia dah calit najis kat muka aku? Sebenarnya aku dah tak kisah dah duit aku tu. Lantak le dia nak wat apa pun kat duit aku tu. Kalau dia rasa bersalah, dan nak mintak maaf, pintu rumah aku dan telefon dari dia sentiasa terbuka. No transaction SMS okeh? Macam penakut gayanya. Dia ni jantan, boleh jumpa aku bila-bila masa sahaja. Dan sampai sekarang juga, buat kali kedua dia SMS aku untuk mintak no akaun. Sikit pun aku tak balas. Sorry brader, SMS tak main. Kalau pakai wakil bayar kat aku pun aku tak layan. Fikir sendiri la yek?

Comments (0)