:: Keputusan Selepas Menonton ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 6/24/2009 11:45:00 PTG

0

Image Hosted by ImageShack.us
Setelah lama menunggu kehadiran Transformers yang mana siri pertamanya yang pernah ditayangkan 2 tahun lepas yang kini sekuelnya bertajuk “Transformers – Revenge of the Fallen”, memang sangat berbaloi bagi peminat fanatik seperti aku. Teringat lagi Transformers 2 tahun lepas, itulah pertama kali aku menonton bersama orang yang istimewa bersamanya. Tak berkelip mata aku menontinnya dengan kecanggihan teknologi CGI Hollywood yang super canggih. Pernahla dikritik oleh aku dulu bahawa mungkinkah Transformers ni direalisasikan di layar perak? Tau ajela, memang rumit kalau diikutkan akal macam mana dari kenderaan nak bertukar ke bentuk robot? Rupanya meleset sekali pemikiran kolot aku ini sama je cam korang kan?

Dari waktu pejabat lagi, aku berperang-perang status di YM bersama abang aku yang aku akan menontonnya hari ini (24 Jun 2004) pada pukul 6.30 petang. Aku menjangkakan bahawa tiket di kesemua panggung wayang akan sold out dek kerana dia lambat menempahnya. Tetapi, jangkaan aku meleset sama sekali kerana dia dapat jugak tiket di akhir-akhir waktu. CISSS!!!

Memang sangat-sangat berbaloi menontonnya tanpa sedikitpun cacat celanya. Dari mula tayangan hingga habis tayangan, memang penuh aksi yang dipamerkan oleh watak-watak yang diwujudkan. Siri pertamanya 2 tahun lepas, watak Bumblebee seakan-akan lucu dan pada kali ini ianya lebih serius dengan watak yang penuh emosi. Malangnya, Optimus Prime mati di akhir cerita… Sedey…

Nak tau cerita selanjutnya? Tengokla kat wayang. Mana boleh cerita lebih-lebih. Spoil nanti keseronokan tontonan korang nanti. Sila-silalah ke panggung yang berdekatan…

Comments (0)