:: Cerita Pasal Hutang ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 6/19/2009 11:23:00 PG

0

Masih ada lagi SMS sumbang nak mintak pinjam duit...
Bro, pnjm 50 blh x. 25hb nnt aku byr blik
Sender:
A**i X-S***
+60175*****5
Boleh juga dirujuk entry lama disini. Ntah berapa ramai orang la dia forward SMS berantai ni...

Ngapela koman betul fikiran die ni agaknye... Dah bape juta kali die SMS kat aku, mintak pinjam duit. Asal SMS tertera name ko je, tak abih-abih nak pinjam duit. Tanya khabar tak pernah la pulak kot-kot aku ni hidup lagi ke, dah makan ke, dah mengaji ke? Tidaklah mengate, tapi memang nak mengatala gamaknye ni. Sepanjang hidup aku le kan, kalo orang taknak layan, dah tentule ade perasaan malu nak mintak pertolongan (pinjam duit) lagi kan? Aku pun ade hidup aku juge, nak ade harte, nak ade bini (belum lagi), nak joli-joli katak. Ape le sengalnye agaknye die rase kan kalo orang tak sudi nak tolong. Series la kalo aku bagi pinjam, agaknye pasni aku ni dah jadi cam pengemis mintak sedekah la agaknye. Memang tak dapat le balik duit aku tu...

Berkenaan kes hutang ni juga, aku semalam ada la juga cuba mencari kenalan-kenalan yang ada berhutang dengan aku. Walaupun aku jenis yang tidakla menggesa membayar hutang aku umpama Ah Long menjerat penghutang, tapi aku bukanla kejam macam diorang. Tidak juga mengenakan interest, namun aku punya kehendak untuk cuba meminta balik pinjaman dia itu. Dulu mungkin aku sangat mudah berasa simpati dan sangat ringan tangan mengeluarkan wang dari dalam poket. Masa meminjam memangla manis mulut,  tapi dah pinjam tanak bayar. Kita cuma mahu menanyakan macamana dengan hutang yang dulu, masihkan mengingatinya, tapi kita pulak dikatakan memerli dia. Bukanlah perli, sendiri makan sendiri bayarla. Takkanla tokey mamak mintak duit orang dah makan nasi dia, dia kata perli pulak? Dia pulak perli kita "Nanti aku try la pinjam duit sapa-sapa aku settle kan hutang ko ok?". Ini boleh menaikkan amarah kita pulak. Agak-agakla bro, aku dah bagi ko pinjam lama dah, dah bertahun-tahun dan sekarang dah beranak penak dah harta korang. Adehlah, mintak duit hutang tu perli ke? Time susah merengek, sanggup datang berpuluh kilometer nak cari aku. Aku busy pun sanggup tunggu sampai aku ada kat umah. Tengah malam aku nak tidur pun sanggup susah payah datang... Aku tak mintak apa la bro, bayar lambat pun takpe, janji ingatla skit hutang tu... Jangan sampai pemungut hutang membuka mulut. Nanti bernanah telinga tu. Time tu barula kata kita perli... Bukan perli, tapi sekadar mengingat hutang yang sedia berlapuk. Ada masa aku pun sesak...

p/s: aku fikirkan, hari ini hari engkau, esok hari aku. Perumpamaan itu tidak boleh digunapakai lagi di zaman kecanggihan teknologi abad ke-20.

Comments (0)