:: Haih La! Apa La Aku Ni ::
Posted by nizam_5282 | Posted in Luahan | Posted on 6/10/2009 02:16:00 PTG
3
Arini aku nak cerita sket... Maklumla time boring, kerja dah siap ni saje la tangan ni merayap nak taip-taip. Apa yang biasa aku buat bila masuk ofis? Nak kata aku perfect sampai kat ofis tepat masanya tu adalah penipu bagi seorang pemilik nama Nizam. Sejak kebelakangan ini, pemilik nama tersebut selalu datang lambat. Malam jadi kelawar, online sampai tak ingat dunia. Paling koman pun online sampai pukul 2 pagi. Dah la online sampai lewat malam, dah tu lepas tutup komputer, pasang pulak TV. Main games, tengok DVD dan segala bagai yang mewakili TV. Mainnya takla lama mana, tengok nya pun tak lama mana. Dari pelantar games PS2 ianya beroperasi, aku selalu terbabas tidur dengan TV yang masih terbuka. Sungguh membazir diriku ini. Taula duduk rumah tu sorang lagi takde orang nak tolong tutup. Hehehe... Kalau dah duduk berdua mesti aku kena piat telinga... Membazir je kerjanya, bil letrik plak melambung...
Purata kedatangan ke ofis aku sejak dari bulan Mei tempohari hingga harini adalah sekitar 9.20 pagi. Memang jahanam betulla aku nih... Camana nak maju. Ahaks... Orang sibuk dengan nak cari kerja, buang kerja, aku tak habis-habis dengan datang lambat. Apa boleh buat, boss pun datang lambat. Boss borek, staff rintik... Taula kerja takde punch card. Kalau kantoi boss datang awal, aku pulak dengan alasan tayar pancit, jumpa client, skit perut tercirit birit dan macam-macam lagi. Tapi, boss aku tak bising. Dia tau kerja mau siap sahaja. Dan sejak aku dah boleh online kat rumah, purata ketepatan waktu pulang aku adalah sekitar 5.15 petang. Itupun sebab aku dah jarang keluar waktu rehat melainkan perut aku ini benar-benar memerlukan pengisian drastik. Itupun kerana alasan, boss ada kat ofis. Malas nak ngadap. Karang ada aje nak buat itu ini iaitu perkara yang diluar bidang kuasa. Kadang-kadang suruh angkat kerusila, panjat meja la... Macam budak-budak aku dibuatnya. Tapi kerana aku nak melarikan diri dari diperlakukan sebegitu, baik aku keluar makan waktu lunch. Tak makan pun, ronda-ronda kat Jusco Kepong ke, balik rumah ke. Maklumla rumah sekangkang kera tengah ukur jalan.
Adala member aku ni, kesian betul aku pada dia. Apa la salah dia aku pun taktau. Mungkin sebab dia kena lebih bersyukur kerana suami dia nama Shukor. Hehe... 13 hb ni dia akan ke atas pelamin belah laki kat Johor. Lagi beberapa hari je lagi. Baju dia sudah kena kenceng la sama satu bridal. Memang haram J betul. Kedai dia tutup ke apa aku tak tau. Ada kemungkinan dia nak lari dari client dia sudah tutup HP. Tinggal berapa hari aje lagi dia nak naik pelamin, baju tak ada lagi. Ntahla, aku pun tak tau nak bagi pendapat. Dia apa lagi, kepala hangin sudah ada dalam kepala. Tak pun nanges-nanges ajelah kerjanya (jangan marah ha). Ish! Kalau kena kat aku, memang saja kena letup itu mamat yang buat baju pengantin tu. Bukan dengan tukang kedai tu, dengan kedai sekali aku letup. Tapi apa-apapun aku nak nasihat kat ko, ada beberapa hari lagi, ambillah masa yang ada ni gunakan sebaik mungkin untuk mendapatkan sepasang baju pengantin yang lain. Kes kedai tu kita ketepikan dulu. Lain hari kita tolong letup itu kedai dan report sama polis...
p/s: Dah lama tak rajin menaip macamni, maklumla line clear...

pakai C4 ke?
tak tau nak cakap ape.
tapi nak masuk komen boleh?
hahahaha mari kita headbangin'
Kita letop pakai grenade launcher...