:: Rompak ::
Posted by nizam_5282 | Posted in Menyampah | Posted on 6/10/2009 11:47:00 PTG
3
Harini aku rasa artwork aku telah dirompak sekali lagi oleh kerana open blog aku yang dulunya takde privacy. Ini adalah hasil dari penyelidikan musuh (8.9) yang memberi info melalui emel. Ntah apa maksudnya dia memberitahu perkara ini. Aku rasa ada sesuatu yang dia nak sampaikan dalam masa yang sama dia nak tunjuk artwork aku telah di sabotaj... Menyirap aku melihatnya kerana original artwork masih kepunyaan aku. Aku rasa dia telah mencurinya di entry yang lepas... Sila check di sini.
Berikut adalah emel dari mamat 8.9 ni pada aku dalam lingkungan pukul 11.50 malam (10 Jun 2009)
Berikut adalah emel dari mamat 8.9 ni pada aku dalam lingkungan pukul 11.50 malam (10 Jun 2009)
Berikut pula merupakan penyalahgunaan artwork aku pada forum mereka...
Aku memang hangin gila bila aku tau artwork aku telah di salah gunakan oleh orang yang tak bertamadun. Memang tak boleh di maafkan bila menyalahgunakan apa yang aku tak izinkan. Kalau ikut hati, memang aku nak buat report polis aje penyalahgunaan tanpa keizinan ini. Mungkin dengan cara menyeludup masuk ke forum ini aku dapat menasihatkan mereka supaya jangan menggunakan artwork aku tanpa kebenaran... Kalau masih memaparkan tanpa kebenaran, aku mungkin akan membuat tindakan drastik untuk membawanya ke pihak berkuasa. Kalau kita boleh bawa berbincang, aku rasa lebih baik.
Berikut adalah rundingan aku kepada pihak admin yang rasanya dapat meleraikan kekusutan ini untuk mengakui hak-hak aku sebagai seorang designer.
Salam...
Di maklumkan dengan jasa pihak tuan, dapatlah tidak memaparkan artwork saya (karikatur kereta kenari berwarna kuning) tanpa kebenaran. Ini adalah salah di sisi penggunaan artwork tanpa kebenaran kerana segala lukisan tersebut telah didaftarkan kepada Harta Intelek Malaysia di bawah nama saya.
Dengan kerjasama pihak tuan, saya ucapkan terima kasih kerana saya masih mempunyai budi bicara untuk tidak membawanya ke pihak berkuasa...
Sekian.
go encik nizam go!!!!
Alompak agogo...
Andai kata kali kedua dia pakai artwork ko, terus buat report polis dan pihak hak cipta terpelihara. Kalau terus macam ni harta ko akan terus di manipulate.