:: Hearty Paws ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 6/25/2009 02:09:00 PTG

0

Kali ni aku nak kongsi cerita yang di filemkan. Berkenaan kisah kasih haiwan peliharaan kepada tuannya. Walau macamana pun tuannya beri layanan kasar padanya, ia tetap setia pada tuannya. Kisah sedih yang difilemkan ini terbukti berjaya membuatkan air mata aku mengalir. Bukan kerana kisah ini mempunyai emosi yang pelbagai, tetapi sebagai pengajaran kepada manusia yang dilahirkan amat sempurna daripada Allah. Ini bukanlah kisah yang di filemkan seperti filem-filem lain (yang tak habis-habis cerita cinta) kerana aku sangat-sangat memikirkan bagaimana pengarah berjaya menggunakan haiwan tersebut untuk memainkan peranannya sebagai haiwan peliharaan dalam filem ini. Jangan menyesatkan minda kita bahawa haiwan yang di tayangkan ini adalah anjing (ia tetap makhluk Allah), tetapi fikirkan bagaimana kasihnya haiwan peliharaan ini kepada tuannya. Berikut adalah video yang daripada youtube yang dipertontonkan yang mempunyai part 1 hingga part 14. Aku meletakkannya satu shot video youtube sahaja. Seterusnya, pandai-pandaila korang cari kat part 2-part 14. Di akhir part 1 akan di letakkan part-part seterusnya untuk tontonan anda.
Rumusan cerita ini:
Adik-beradik (abang dan adik perempuan) yang ditinggalkan ibunya untuk mengejar cita-cita. Anak anjing yang dicuri dari satu tempat untuk dihadiahkan kepada adiknya. Dipelihara sehingga anjing itu besar dan memahami perasaan manusia. Semasa sedang bermain-main bersama anjing tersebut, adik perempuannya mati lemas di kawasan pecahan ais. Akibat dari kesan trauma tersebut, abangnya meninggalkan tempat kediamannya bersendirian dan meninggalkan anjing tersebut tanpa bertuan. Abangnya beranggapan dengan meninggalkan anjing tersebut dapat melupakan adiknya yang sangat sayangkan anjing tersebut. Namun, anggapannya salah kerana anjing tersebut menjejaki tuannya walaupun beribu batu. Pelbagai situasi berlaku dalam waktu ditinggalkan sehinggalah anjing tersebut dapat menjumpai tuannya. Situasi terus berlaku walau bagaimana pun terjadi pada tuannya, anjing tersebut mempertahankan tuannya dari dipukul dan sebagainya. Di akhir penceritaan, anjing tersebut akhirnya menemui ajal kerana sifat mengenang jasa tuannya kerana mempertahankan tuannya sendiri.



p/s: Ntah camanala cerita ni boleh buat aku menangis? Huhu...

Comments (0)