:: Bagi Job Pakai Telefon ::
Posted by nizam_5282 | Posted in Luahan | Posted on 6/30/2009 01:29:00 PTG
0
Harini aku masuk ofis... Semalam aku cuti kerana kesihatan kurang memberangsangkan. Dan semalam juga aku telah memberitahu kepada bos aku bahawa aku tak dapat nak masuk kerja kerana gangguan dari segi kesihatan. Dia kata "OK". Ini adalah gara-gara aku kepenatan pulang dari Melaka mungkin sebab aku terlalu melayan mandi pool yang yang mempunyai klorin yang terlalu tinggi. Kerana memandu pulang dalam keadaan mengantuk. Ini bukanlah halnya untuk dibincangkan kerana bukanlah kerana aku mandi pool aku wujudkan entry ini.
Semalam aku cuti. Sudah terang lagi bersuluh bahawa dah tentu aku cuti, kerja pun tak boleh buat. Apatah lagi nak masuk ofis. File-file kerja pun dah tentu kat ofis. Macamana boleh file ofis ada kat rumah. Memang sangat mustahil untuk aku backup kerja yang ada kat ofis kat rumah. Umpama macam kerja kilang, produk mesti disiapkan tak kiralah korang cuti ke tak cuti ke, produk tetap perlu dikeluarkan. Pagi-pagi sudah menerima telefon dari bos aku menanyakan tentang kerja tu. Rasanya baru hari Jumaat petang haritu dia bagitau. Itupun melalui telefon. Sabtu, Ahad cuti dan semalam Isnin aku dah mintak MC. Macamana harini boleh siap? Magickah kerja boleh siap walaupun hari cuti pun kena buat kerja? Baik takyah mintak MC kalau kena buat kerja jugak.
Satu lagi hal, aku cukup tak berkenan bila dikatakan teknologi semakin berkembang, aset semakin menjadi maju, segala kerja boleh dibuat kat rumah? Tapi kami staf tetap kena datang kerja kat ofis. Bos takyah datang la kononnya sebab boleh buat kerja kat rumah. Minggu lepas, satu server telah dibeli yang memang boleh memuatkan file yang begitu bagak punya besar pun boleh masuk. Jadinya dengan membeli server tersebut, bos aku ni takyah datang ofis sebab dia boleh suruh pekerjanya menghantar file-file kat dalam server tersebut. Jadinya, dia cuma akan check artwork tersebut kat rumah sahaja sekarang ni.
Memang aku rasa memudahkan proses kemaskini dengan adanya teknologi begini, tetapi adakah itu cara penyelesaian terbaik dalam komunikasi antara bos dan pekerja? Seminggu dia cuma datang sekali je kat ofis, untuk proses kemaskini. Apeke jadahnya kerja camtu? Baik tutup ofis, semua staf buat kerja kat rumah. Ofis ni untuk apa sebenarnya? Setiap kali client telefon, macam-macam alasan pekerjanya bagitau bos tak masuk ofis. Client pulak dah tentunya naik jemu kalau bila telefon, bos takde kat ofis. Yang kami staf ni asyik nak cakap dia takde kat ofis je. Bila client call, dia divert ke nombor ofis pulak?
Sekarang dia mungkin tak fikir yang teknologi yang dia wujudkan bahawa kerja boleh buat kat rumah, dia boleh senang-lenang. Aku mungkin akan kata “Syokla bos takde kat ofis” tapi sebenarnya aku tak berapa selesa dengan cara kerja macamni. Komunikasi antara bos ngan staf macam takde fungsi.
“Telefonkan ada, kenapa tak call?”. Macam inikah komunikasi yang baik? Bagi job pun pakai server, pakai telefon. Macamana semua kerja boleh jadi lancar? Bila salah faham komunikasi melalui telefon, dia marah kita balik sebab tak ikut arahan. Bengang gile ah ding dong!!!

Comments (0)
Catat Ulasan