:: Berkenaan Blog ::

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 6/23/2009 12:17:00 PTG

4

Kenapa aku suka masuk blog? Mungkin ini dari perspektif aku sahaja dan mungkin berbeza dari perspektif orang lain. Memula sekali bila aku online, dah tentu aku aktifkan software Yahoo Messanger (YM) dan kemudian barulah aku memasuki blog aku sendiri. Biasanya, blog aku ini aku wujudkan blog list yang mana aku kemaskinikannya member yang baru update blog akan berada di tempat teratas. Dari situlah aku akan dapat ketahui apakah cerita-cerita terbaru dari mereka yang baru meng'update' blog. Biasanya aku akan baca blog yang menarik minat aku dahulu kemudian diikuti dengan selebihnya blog member yang baru meng'update'nya. Sesudah selesai membaca blog dari member yang baru meng'update', tibalah masanya pula membaca blog privacy member lain mungkin ada cerita terbaru kerana biasanya blog yang di 'privacy' ini tidak memaparkan entry terbaru. Manala tahu dia juga baru meng'update' tanpa pengetahuan kita. Sesudah kemudian, barulah aku berputar-putar kembali membaca blog lain yang belum update untuk memahami apa yang mungkin aku tertinggal dan terlepas.

Begitulah hari-hari aku sebagai pembaca blog walaupun aku tak punyai idea untuk meng'update' blog sendiri. Manalah tahu dari membaca blog orang lain, aku dapat entry menarik untuk aku mengemaskini di blog sendiri.

Ada orang kata, blog yang di buka untuk tatapan orang ramai adalah lebih baik daripada blog yang di privacy. Ada pelbagai pendapat yang rata-rata mengatakan blog yang dibuka untuk tatapan orang ramai adalah lebih baik kerana kita bekongsi cerita dengan orang lain. Begitu juga mungkin ramai akan memberi komen-komen tentang pendapat kita di entry yang kita wujudkan. Mungkin benar pendapat itu, tidak salah bagi aku. Maka wujudlah pelbagai tanggapan bahawa, adakah kita tahu pembaca-pembaca kita itu dikalangan siapa? Kadang-kadang kita tak mengenali orang yang memberi pendapat kita itu menggunakan nama yang tidak dikenali. Mungkin komennya itu bukanlah baik, tapi komen yang umpama mencari 'fasal'. Mungkin kita mahu melepaskan kemarahan kita pada blog, dan seperti aku juga, apabila kita merasakan kemarahan tersebut, mulalah melepaskan kemarahan kita dengan menyindir, mengutuk, menunjukkan ketidak puasan hati dan sebagainya. Adakah kita tahu, orang yang kita tujukan itu membaca blog kita? Kebiasaannyalah bagi aku, orang yang terasa itu akan menyerang kita mungkin dari segi psikologi membuatkan kita bertambah marah. Aku bukan seorang selebriti yang boleh mempromosikan kisah kehidupan kita pada orang lain, berkongsi dengan peminat dengan mengejar komen yang banyak di setiap entry yang kita wujudkan.

Tidak seperti blog privacy seperti aku. Apabila kita melepaskan kemarahan, kita tahu siapa yang boleh memasuki blog privacy tersebut. Lepaskanlah kemarahan walau macamana sekalipun, kita masih tahu siapa yang boleh membacanya. Mungkin dari perspektif aku juga, blog privacy ini tidak dipertontonkan secara umum kerana aku taknak berkongsi dengan orang yang kita tidak dikenali. Adalah lebih baik blog privacy ini aku buatkan sebagai catatan harian aku, kenangan-kenangan hanya dikongsi pada generasi aku. Manalah tahu, aku nanti jadi bapa, atuk, moyang?? Tahulah mereka apa yang aku buat sebelum mewarisi khazanah blog aku ini sehingga ke generasi mereka.

Blog apa yang baik untuk aku terus membaca?
  • Yang mempunyai tajuk 'panas' yang punyai rasa untuk terus membaca.
  • Ada gambar menarik dan cerita menarik.
  • Ada cerita berkenaan kita biarpun baik mahupun menyindir kita.
  • Ayat-ayat yang sangat bagus untuk meneruskan pembacaan.
  • Layout blog yang sangat menarik perhatian.

Blog yang kurang baik untuk aku terus membaca?
  • Ada autoplay lagu kegemaran mereka. Dahla memekak. Bukan semua lagu yang dicadangkan oleh mereka ini disukai oleh aku.
  • Entry yang menayangkan hanya lirik lagu. Bukannya aku tau pun melodinya dan tak tentunya aku suka lagu itu.
  • Layout yang bersepah dan membosankan.
  • Entry yang syok sendiri, bangga diri dan tidak mencerminkan dirinya sendiri.
  • Text yang berwarna warni. Ditambah dengan background yang mengganggu pembacaan.

Comments (4)

agak2 saya masuk dalam kategori mane?? :P

Of coursela awak punya kategori yang baik... Kan banyak humor... Huhu...

rasanya aku msuk yg kategori ke dua tuh kot..huhu...ekekeke..:P

Ya betul... Ekeke... Tak semua la. Huhu...