:: Sedara2, Kawan2, Murah-Murah Suda ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 6/17/2009 11:51:00 PG

0

Sebenarnya banyak job yang aku dapat mungkin dari kerja-kerja freelance. Kerja-kerja yang boleh dikatakan mendatangkan faedah tak kira dari segi pengalaman, menambah pendapatan mahupun mencari keuntungan. Freelance yang bermaksud kerja-kerja bebas tanpa ikatan pada kerja-kerja asas setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Biasanya kerja freelance ni akan dapat di buat di waktu malam, Sabtu dan Ahad mengikut terma dan syarat yang telah dipersetujui. Kerja-kerja ini kadang-kadang mendatang kebaikan dan keburukan bagi pengendalinya kerana ia tiada ikatan kuat bagi mereka yang sekadar nak cari duit tepi. Keburukan yang mungkin mengundang bencana pada pembikinnya kerana syarat hitam putih yang kurang diyakini dan mudah ditipu oleh pelanggan. Setelah kerja yang telah dibentuk dan disiapkan, mereka tidak membayar setimpal dengan gerak kerja kita. Kerana ketiadaan hitam putih yang mudah dipergunakan mendatang faedah pada mereka kerana menganggap ianya tidak perlu dibayar pun takpe... "Bukan dia boleh saman pun". Itulah anggapan mereka. Tapi bagi aku, janganla jumpa aku kalau masih belum menjelaskan bayaran. Akan aku tuntut selagi terdaya.

Berkenaan kerja-kerja freelance ini juga, terdapat risiko yang perlu ditanggung pengendalinya kerana kebiasaannya kerja-kerja yang mereka dapat dari kenalan-kenalan rapat sahaja. Tetapi akibat dari kenalan rapat inilah yang tidak dapat diterima apabila mereka meminta harga yang murah. Susahlah begitu kalau murah, yang mana kita dapat keuntungan yang ciput akibat harga yang murah. Kadang-kadang tak berbaloi langsung dengan kerja kita. Kadang-kadang mereka memandang remeh hal kualiti, tetapi membandingkan hal kuantiti berkenaan harga yang ditetapkan.

Contohnya mereka membandingkan kuantiti harga sekeping kad kahwin:

  • 90 sen sekeping menggunakan material yang bagus.
  • 1000 keping = RM900 dan dikatakan sudah terlalu mahal.
  • Charge design yang tidak dikenakan tetapi masih banyak pertukaran rekabentuk itu dan ini yang memeningkan kepala.
  • Harga kawan-kawan, sedara-sedara.
  • Design taknak yang dah biasa ada, tapi yang custom made. "Nak sangat cantik ya".
  • "Nak cepat, 2 minggu lagi nak edar-edar dah".

Perkara beginilah yang kadang-kadang aku menolak pelawaan untuk menerima tempahan mereka. Kerana keuntungan yang sekadar RM20-30, tetapi kerja yang mengeluarkan modal yang lebih dari untung seperti duit minyak, makan, masa. Memang kita ada kemahiran, tetapi kemahiran perlu dibayar dengan setimpal barulah kita akan merasa selesa dengan kerja kita. Oleh yang demikian, aku lebih rela membuat kerja berdasarkan harga merekabentuk berbanding harga pengeluaran kuantiti produk... Risiko tidak dibayar juga sangat tinggi kerana masih lagi ada yang tak bayar kerja-kerja aku yang telah disiapkan. Telefon tak angkat, bila jumpa tengah jalan dikatanya sibuk... Ape cer? Takpelah biarkan... Kita sekadar melakukan kerja amal dan ikhlas...

Comments (0)