:: [Kenangan] FD A' Famosa Resort Melaka

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 6/30/2009 08:15:00 PTG

2

:: Bagi Job Pakai Telefon ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 6/30/2009 01:29:00 PTG

0

Harini aku masuk ofis... Semalam aku cuti kerana kesihatan kurang memberangsangkan. Dan semalam juga aku telah memberitahu kepada bos aku bahawa aku tak dapat nak masuk kerja kerana gangguan dari segi kesihatan. Dia kata "OK". Ini adalah gara-gara aku kepenatan pulang dari Melaka mungkin sebab aku terlalu melayan mandi pool yang yang mempunyai klorin yang terlalu tinggi. Kerana memandu pulang dalam keadaan mengantuk. Ini bukanlah halnya untuk dibincangkan kerana bukanlah kerana aku mandi pool aku wujudkan entry ini.

Semalam aku cuti. Sudah terang lagi bersuluh bahawa dah tentu aku cuti, kerja pun tak boleh buat. Apatah lagi nak masuk ofis. File-file kerja pun dah tentu kat ofis. Macamana boleh file ofis ada kat rumah. Memang sangat mustahil untuk aku backup kerja yang ada kat ofis kat rumah. Umpama macam kerja kilang, produk mesti disiapkan tak kiralah korang cuti ke tak cuti ke, produk tetap perlu dikeluarkan. Pagi-pagi sudah menerima telefon dari bos aku menanyakan tentang kerja tu. Rasanya baru hari Jumaat petang haritu dia bagitau. Itupun melalui telefon. Sabtu, Ahad cuti dan semalam Isnin aku dah mintak MC. Macamana harini boleh siap? Magickah kerja boleh siap walaupun hari cuti pun kena buat kerja? Baik takyah mintak MC kalau kena buat kerja jugak.

Satu lagi hal, aku cukup tak berkenan bila dikatakan teknologi semakin berkembang, aset semakin menjadi maju, segala kerja boleh dibuat kat rumah? Tapi kami staf tetap kena datang kerja kat ofis. Bos takyah datang la kononnya sebab boleh buat kerja kat rumah. Minggu lepas, satu server telah dibeli yang memang boleh memuatkan file yang begitu bagak punya besar pun boleh masuk. Jadinya dengan membeli server tersebut, bos aku ni takyah datang ofis sebab dia boleh suruh pekerjanya menghantar file-file kat dalam server tersebut. Jadinya, dia cuma akan check artwork tersebut kat rumah sahaja sekarang ni.

Memang aku rasa memudahkan proses kemaskini dengan adanya teknologi begini, tetapi adakah itu cara penyelesaian terbaik dalam komunikasi antara bos dan pekerja? Seminggu dia cuma datang sekali je kat ofis, untuk proses kemaskini. Apeke jadahnya kerja camtu? Baik tutup ofis, semua staf buat kerja kat rumah. Ofis ni untuk apa sebenarnya? Setiap kali client telefon, macam-macam alasan pekerjanya bagitau bos tak masuk ofis. Client pulak dah tentunya naik jemu kalau bila telefon, bos takde kat ofis. Yang kami staf ni asyik nak cakap dia takde kat ofis je. Bila client call, dia divert ke nombor ofis pulak?

Sekarang dia mungkin tak fikir yang teknologi yang dia wujudkan bahawa kerja boleh buat kat rumah, dia boleh senang-lenang. Aku mungkin akan kata “Syokla bos takde kat ofis” tapi sebenarnya aku tak berapa selesa dengan cara kerja macamni. Komunikasi antara bos ngan staf macam takde fungsi.

“Telefonkan ada, kenapa tak call?”. Macam inikah komunikasi yang baik? Bagi job pun pakai server, pakai telefon. Macamana semua kerja boleh jadi lancar? Bila salah faham komunikasi melalui telefon, dia marah kita balik sebab tak ikut arahan. Bengang gile ah ding dong!!!

:: Saya Nak Jadi Jutawan ::

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 6/30/2009 10:08:00 PG

0

Ntah keberapa juta kali ntah aku menonton iklan ni. Di promosikan oleh Power Root sebagai satu simbolik untuk menaikkan penjualan produk mereka. Siapa taknak jadi jutawan ye tak? Kalau aku pun nak jadi jutawan. "Duit Bukanlah Segalanya" tetapi "Segalanya Memerlukan Duit". Tapi apakan daya, bukan mudah untuk mendapatkan duit untuk memenuhi segalanya.

Sebelum sampai office tadi, aku tertonton sekali lagi iklan Power Root "Saya Nak Jadi Jutawan". Sebenarnya aku dah naik meluat tengok iklan ni. Bukannya apa, sanggup perabih duit nak jadi jutawan, ye tak? Kalau beli beribu-ribu ringgit pun ntah ye ntah tidak kita jadi pemenang. Inilah dinamakan "nasib". Mana kita tahu, ini adalah cuma permainan promosi mereka. Mungkin mereka sudah mengatur semua pemenang tu. Strategi kena pandai beb kalau nak majukan perniagaan. Kalau korang beli dengan harga sejuta ringgit produk mereka pun, korang tak akan menang. Manala kita tahu ye tak?

Berkenaan iklan tersebut, aku sebenarnya naik jelak tengok dialog orang tua lelaki yang nak jadi jutawan itu. Ayatnya camni:
SAYA PUN NAK JADI JUTAWAN JUGAK
Itu baru versi melayu, belum versi Inggeris lagi. Mau muntah darah tengok. Nampak sangat beria nak jadi jutawan. Adoi, carilah bakat lain yang best sikit. Kalau sekali tengok takpe, ni berjuta kali tengok dengan dialog itu, mau aku campak TV aku tu kat bawah bangunan kang.

p/s: Ngapa nak marah nyamuk, kelambu dibakar ye tak? (TV tu la)

:: [Transformers] Rumusan Wartawan ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 6/30/2009 12:03:00 PG

0

Image Hosted by ImageShack.us

Seawal filem sekuel ini bermula, sehinggalah ke babak akhirnya, filem ini sememangnya ditujukan khas buat pencinta kesan khas imej janaan komputer (CGI) dan yang sewaktu dengannya. Aksi lagak ngeri yang cukup realistik cuma bila sudah terlalu berat dengan kesan CGI potensi untuk filem ini nampak tidak masuk akal dan mengelirukan juga amat ketara.

Aksi bergasak (Autobot dan Decepticons) yang digambarkan dalam babak pergelutan dengan kesan khas yang terperinci, kadangkala mampu buat penonton tersilap antara siapa yang ditembak dan siapa yang menembak. Kelebihan Michael Bay harus diakui dalam hal memberikan sogokan kesan khas yang melampau tetapi ada buruk dan baiknya.

Sebenarnya, agak kecewa sedikit kerana karakter pasukan Autobots yang diketuai Optimus Prime dan musuh sepanjang zaman Decepticon yang diketuai Megatron seolah-olah tidak diperkembangkan sepenuhnya. Seolah-olah Michael lebih mementingkan babak kesan khas serta letusan dan dentuman, ledakan bom dan tembakan senjata berat di sana sini berbanding robot sebagai karakter utama. Ia menjadi terlalu artificial dan mengarut!

Lebih mengejutkan, Revenge of the Fallen sarat dengan aksi ganas yang kurang sesuai untuk tontonan kanak-kanak terutama pada babak pertembungan antara Autobots dan Decepticon. Megatron jadi kurang penting dek kemunculan The Fallen yang menjadi ibu segala kejahatan. Belas ihsan memang tiada. Mungkin kerana babak keganasan itu membabitkan entiti yang terbentuk dari logam, maka rasa gerun tidak terlalu menguasai kerana tidak membabitkan pertumpahan darah.

Peranan Megan Fox sebagai Makaela ternyata lebih kepada memberi daya tarikan seksual kepada jalan cerita yang kurang kemas. Setiap kali dia bersama dengan Shia, babak membeku, seolah-olah Shia yang membawa karakter Samuel Witwicky sendiri tidak percaya, ada wanita secantik dan seksi seperti Makaela yang menggilainya.

Sebaliknya, tiap kali Shia berdepan dengan robot yang tidak berjasad, dia berjaya menyempurnakan rasa empati terhadap entiti itu.

Dalam gah dan hebatnya Bay mengolah kesan khas, jangan terkejut kalau masih ada babak siaran ulangan saling tak tumpah seperti babak Pearl Harbor arahan Michael sebelum ini.

Apapun, ibu bapa dinasihat berjaga-jaga dengan skripnya yang berbaur seksual, bahasa kesat, unsur perkauman serta juga beberapa babak membabitkan penggunaan dadah yang kurang sesuai untuk tontonan khalayak di bawah umur.

Transformers: Revenge of the Fallen mengisahkan kehidupan baru Samuel yang memilih untuk meneruskan pengajian di universiti manakala teman wanitanya, Makaela meneruskan minatnya dalam bidang automotif. Pada masa sama, serpihan Decepticon yang diketuai Starscream masih berusaha untuk mengesan tempat persemadian Megatron dan mengembalikan semula era The Fallen, bekas pemimpin agung Decepticons.

Untuk itu, Decepticons perlu mengesan kod rahsia bagi menjejaki kunci kepada sumber kuasa yang bakal menghancurkan bumi iaitu ‘Matrix’ yang tertanam sejak berkurun lama. Tanpa disedari, kod rahsia berkenaan sebenarnya tertanam dalam minda Sam. Ini menyebabkan dia dan Makaela diburu Decepticon.

:: Ammend Lagi ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 6/29/2009 10:40:00 PTG

0

Kali ni aku memang terpaksa menukar lagi sedikit template coding HTML kat blog aku pasal taknak ada yang terasa hati kita pakai template yang sama. Jadinya baik aku mengalah (haha) dari nanti ada yang kecik hati. Memandangkan aku taklah pandai sangat mendesign template blog aku, (betulla, aku mana reti pakai photoshop ni, :D) maka dengan ini rasmilah sudah penukaran sedikit daripada rekabentuk asal. Credit kepada HMTL code "blogger style" kerana membenarkan aku menggunapakai template yang sedia ada. Nak suruh aku setting sendiri coding HTML, kang jadi gambar beruk pulak kang. Selamat membaca...

Template Blog Rhuddy @ Wan
 

Tengok pun dah tau sapa punya


Template sebelum penukaran

:: Hari ni hari Isnin ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 6/29/2009 02:32:00 PTG

0

Sebenarnya arini aku tak kerja. Ini kerana kesan dari kisah penat aku balik holiday kat Melaka semalam. Langit biasa tak selalu cerah, umpama mesin yang bekerja hari-hari tanpa rehat. Kadang-kadang aku pun boleh tak berapa nak sihat. Aku dok kat umah je, tak makan lagik time ni. Nak kuar beli makanan, malas. Nak masak, ape mende aku nak masak? Masak megi tau la. Lagipun kalau nak makan megi, kenala ada megi kat rumah. Kena la keluar beli megi pulak. Kalau dah boleh keluar, watpe beli megi, beli je la terus nasi campur lauk. Sure lagi kenyang. Huhu...

Semalam balik je dari A' Famosa Resort, aku kepenatan tak ingat dunia. Sepanjang perjalanan yang memenatkan apabila memandu dalam keadaan ngantuk buat aku tak selesa... Orang sebelah berdengkur tak ingat dunia. Aku sorang memandu tau jelah, terhoyong-hayang. Kereta depan bawak 80km/j kat lebuhraya yang mana purata kereta kiri kanan bawak lebih dari 90km/j. Aduh... Puas aku menampar muka aku yang tak bersalah ni nak kasi mata tak ngantuk. Aku mengambil keputusan untuk memutuskan konvoi dan bawa haluan sendiri. Nah! Aku rembat 110km/j. Dah tak ngantuk lagi. Tapi singgah juga kat Petronas untuk buat cuci muka jugak.

Sebenarnya takde apa pun nak cerita. Kalau aku bubuh cerita pasal hari percutian aku untuk update blog, rasanya cam tak berapa best. Sebab apa? Korang yang masuk kat blog aku akan menganggap aku syok sendiri plak. Pasalnya tak semua orang nak baca hari bercuti kita kan? Contohnya, aku masuk kat blog orang lain, dia tayang cerita pasal enjoy diorg. Aku belek2 sikit je tgk gambar. Nak baca malas kan? Pasalnya dia syok sendiri. Kalau terselit gambar aku kat situ takpe gak, taula apa yang terjadi kat entry dia tu.

Aku ada dapat SMS dari seseorang yang memang dah buat masalah ngan aku. Kononnya dia nak bayar balik duit aku. Mengikut SMS nya, begini gayanya:
"Salam.
Bg no akaun Maybank ko.
Aku akan bank ini duit ko.
Sori lewat sket."

Aik??? Camtu je dia nak settle masalah? Ngapala dia tanak jumpa aku, boleh le aku sekolahkan dia sikit ngapa dia dah calit najis kat muka aku? Sebenarnya aku dah tak kisah dah duit aku tu. Lantak le dia nak wat apa pun kat duit aku tu. Kalau dia rasa bersalah, dan nak mintak maaf, pintu rumah aku dan telefon dari dia sentiasa terbuka. No transaction SMS okeh? Macam penakut gayanya. Dia ni jantan, boleh jumpa aku bila-bila masa sahaja. Dan sampai sekarang juga, buat kali kedua dia SMS aku untuk mintak no akaun. Sikit pun aku tak balas. Sorry brader, SMS tak main. Kalau pakai wakil bayar kat aku pun aku tak layan. Fikir sendiri la yek?

:: Michael Jackson dikebumi secara Islam ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 6/27/2009 03:55:00 PG

0

LOS ANGELES - Raja Pop Michael Jackson akan disemadi dalam majlis pengebumian terbesar sepanjang sejarah dunia hiburan sekali gus mengalahkan pengebumian Elvis Presley dan James Brown, lapor sebuah akhbar semalam.

Berpuluh-puluh ribu peminat dijangka menghadiri majlis itu yang diramal sehebat pengebumian Puteri Diana.

Walaupun pengumuman mengenainya masih belum dibuat, Michael dijangka disemadi mengikut ajaran Islam berdasarkan pengumuman abangnya, Jermaine.

"Semoga Allah sentiasa bersama anda," kata Jermaine ketika mengumumkan kematian adiknya kelmarin. - Agensi

:: King of Pop Died ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 6/26/2009 03:48:00 PTG

0



Michael Jackson - Earth Song


p/s: Masih tertanya-tanya adakah benar beliau sudah memeluk Islam sebelum kematiannya?

:: Hearty Paws ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 6/25/2009 02:09:00 PTG

0

Kali ni aku nak kongsi cerita yang di filemkan. Berkenaan kisah kasih haiwan peliharaan kepada tuannya. Walau macamana pun tuannya beri layanan kasar padanya, ia tetap setia pada tuannya. Kisah sedih yang difilemkan ini terbukti berjaya membuatkan air mata aku mengalir. Bukan kerana kisah ini mempunyai emosi yang pelbagai, tetapi sebagai pengajaran kepada manusia yang dilahirkan amat sempurna daripada Allah. Ini bukanlah kisah yang di filemkan seperti filem-filem lain (yang tak habis-habis cerita cinta) kerana aku sangat-sangat memikirkan bagaimana pengarah berjaya menggunakan haiwan tersebut untuk memainkan peranannya sebagai haiwan peliharaan dalam filem ini. Jangan menyesatkan minda kita bahawa haiwan yang di tayangkan ini adalah anjing (ia tetap makhluk Allah), tetapi fikirkan bagaimana kasihnya haiwan peliharaan ini kepada tuannya. Berikut adalah video yang daripada youtube yang dipertontonkan yang mempunyai part 1 hingga part 14. Aku meletakkannya satu shot video youtube sahaja. Seterusnya, pandai-pandaila korang cari kat part 2-part 14. Di akhir part 1 akan di letakkan part-part seterusnya untuk tontonan anda.
Rumusan cerita ini:
Adik-beradik (abang dan adik perempuan) yang ditinggalkan ibunya untuk mengejar cita-cita. Anak anjing yang dicuri dari satu tempat untuk dihadiahkan kepada adiknya. Dipelihara sehingga anjing itu besar dan memahami perasaan manusia. Semasa sedang bermain-main bersama anjing tersebut, adik perempuannya mati lemas di kawasan pecahan ais. Akibat dari kesan trauma tersebut, abangnya meninggalkan tempat kediamannya bersendirian dan meninggalkan anjing tersebut tanpa bertuan. Abangnya beranggapan dengan meninggalkan anjing tersebut dapat melupakan adiknya yang sangat sayangkan anjing tersebut. Namun, anggapannya salah kerana anjing tersebut menjejaki tuannya walaupun beribu batu. Pelbagai situasi berlaku dalam waktu ditinggalkan sehinggalah anjing tersebut dapat menjumpai tuannya. Situasi terus berlaku walau bagaimana pun terjadi pada tuannya, anjing tersebut mempertahankan tuannya dari dipukul dan sebagainya. Di akhir penceritaan, anjing tersebut akhirnya menemui ajal kerana sifat mengenang jasa tuannya kerana mempertahankan tuannya sendiri.



p/s: Ntah camanala cerita ni boleh buat aku menangis? Huhu...

:: Apo-apo ajelah (Edisi Entry Panas) ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 6/25/2009 12:23:00 PTG

13

Kepada orang yang bernama "Nuraiza binti Mohd Latifi". Kahwinnya dah masuk sebulan dah masuk harini. Hadiah yang berbungkus kat rumah dah berhabuk pun. Bila mau ambik? Nak celebrate perkahwinannyala kononnya, orang lain yang dijanji pun kemana menghilang. Excited nak pegi minum-minum pun dah terbantut. Malas pulak rasanya nak extend tarikh. Takut sama juga terjadi bila difikir-fikir bahawa lama dah plan, tapi tak jadi jugak. Kalau buat mengejut lagila alasannya berbagai-bagai nanti. Nak kumpul lepak-lepak aje pun. Huhu... Salah aku gak, tak dapat datang kenduri dia haritu sebab kahwinnya pun banyak saingan. 

Apa kata korang pulak yang plan, aku nak tengok apa jadi. Apa rasanya ek kalau korang plan, tetiba orang yang berjanji pun tak jadi datang. Fikir-fikirlah. Ini bukan keluhan mahupun sindiran. Sila-silalah ubah sikap, jangan last minit bagitau cancel. Dah tu aku tau ketidak hadirannya pun dari pihak lain dulu...

Sebenarnya ramai yang ajak aku pergi aktiviti yang lebih gah. Disebabkan perjanjian kita ni aje, aku dah cancelkan semua benda yang lagi best dari mengejar perjanjian keluar minum-minum sahaja.

    Mana lagi best?
  • Minum-minum biasa bersama teman-teman?
  • Bercuti sambil mengadakan BBQ?
  • Geng lain ajak tengok wayang?
  • Balik kampung?

Disebabkan hal minum-minum aje, aku dah tinggalkan aktiviti lain. Dah minum-minum pun tak jadi, aku lepak kat rumah. On YM, tengok DVD, lebih baik kot?

:: Keputusan Selepas Menonton ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 6/24/2009 11:45:00 PTG

0

Image Hosted by ImageShack.us
Setelah lama menunggu kehadiran Transformers yang mana siri pertamanya yang pernah ditayangkan 2 tahun lepas yang kini sekuelnya bertajuk “Transformers – Revenge of the Fallen”, memang sangat berbaloi bagi peminat fanatik seperti aku. Teringat lagi Transformers 2 tahun lepas, itulah pertama kali aku menonton bersama orang yang istimewa bersamanya. Tak berkelip mata aku menontinnya dengan kecanggihan teknologi CGI Hollywood yang super canggih. Pernahla dikritik oleh aku dulu bahawa mungkinkah Transformers ni direalisasikan di layar perak? Tau ajela, memang rumit kalau diikutkan akal macam mana dari kenderaan nak bertukar ke bentuk robot? Rupanya meleset sekali pemikiran kolot aku ini sama je cam korang kan?

Dari waktu pejabat lagi, aku berperang-perang status di YM bersama abang aku yang aku akan menontonnya hari ini (24 Jun 2004) pada pukul 6.30 petang. Aku menjangkakan bahawa tiket di kesemua panggung wayang akan sold out dek kerana dia lambat menempahnya. Tetapi, jangkaan aku meleset sama sekali kerana dia dapat jugak tiket di akhir-akhir waktu. CISSS!!!

Memang sangat-sangat berbaloi menontonnya tanpa sedikitpun cacat celanya. Dari mula tayangan hingga habis tayangan, memang penuh aksi yang dipamerkan oleh watak-watak yang diwujudkan. Siri pertamanya 2 tahun lepas, watak Bumblebee seakan-akan lucu dan pada kali ini ianya lebih serius dengan watak yang penuh emosi. Malangnya, Optimus Prime mati di akhir cerita… Sedey…

Nak tau cerita selanjutnya? Tengokla kat wayang. Mana boleh cerita lebih-lebih. Spoil nanti keseronokan tontonan korang nanti. Sila-silalah ke panggung yang berdekatan…

:: Minggu Transformers ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 6/24/2009 02:37:00 PTG

2

Lihatlah RS ku beraksi... Nanti dah lepas tgk cerita ni, aku akan rumuskan segala-galanya... Check it Out...

:: Ngetest Mini Cooper ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 6/24/2009 12:32:00 PTG

6

:: Tiket Transformers ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 6/23/2009 07:40:00 PTG

2


Setelah bertungkus lumus berlari-lari anak ke TGV Jusco Kepong. Akhirnya... Aku berjaya mendapatkan tiket "Transformers - Revenge of the Fallen" sebanyak 2 tiket. Walaupun dah hujung-hujung je yang masih ada, tempat duduk masih lagi boleh dikategorikan selesa untuk menonton dengan cara selesa. Cuma waktu itu sahaja yang masih mempunyai seat kosong, yang lain-lain masa selepas pukul 6.30pm, sold out. Nasib baikla dekat sekangkang kera je pawagam (panggung wayang gambar) tu. Kalau tak, mau berlari-lari bapak jugak kalau jauh. Habis je waktu kerja esok, terus berseronok-seronok menonton filem yang ditunggu-tunggu oleh segala makhluk di dunia ini...

:: Ilusi ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 6/23/2009 05:46:00 PTG

0

Hanya permainan ilusi yang mudah. Tetapi gambar tersebut mempunyai kesan yang menarik. Sekali sekala aku bubuh silap mata (ilusi) kat blog ni, menarik jugakkan? Cuba anda scroll tetikus anda ke atas dan ke bawah... Kelihatan seperti pintu-pintu itu “hidup”. 

Sebenarnya ada banyak artikel berkenaan ilusi yang boleh anda lihat disini...

:: Berkenaan Blog ::

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 6/23/2009 12:17:00 PTG

4

Kenapa aku suka masuk blog? Mungkin ini dari perspektif aku sahaja dan mungkin berbeza dari perspektif orang lain. Memula sekali bila aku online, dah tentu aku aktifkan software Yahoo Messanger (YM) dan kemudian barulah aku memasuki blog aku sendiri. Biasanya, blog aku ini aku wujudkan blog list yang mana aku kemaskinikannya member yang baru update blog akan berada di tempat teratas. Dari situlah aku akan dapat ketahui apakah cerita-cerita terbaru dari mereka yang baru meng'update' blog. Biasanya aku akan baca blog yang menarik minat aku dahulu kemudian diikuti dengan selebihnya blog member yang baru meng'update'nya. Sesudah selesai membaca blog dari member yang baru meng'update', tibalah masanya pula membaca blog privacy member lain mungkin ada cerita terbaru kerana biasanya blog yang di 'privacy' ini tidak memaparkan entry terbaru. Manala tahu dia juga baru meng'update' tanpa pengetahuan kita. Sesudah kemudian, barulah aku berputar-putar kembali membaca blog lain yang belum update untuk memahami apa yang mungkin aku tertinggal dan terlepas.

Begitulah hari-hari aku sebagai pembaca blog walaupun aku tak punyai idea untuk meng'update' blog sendiri. Manalah tahu dari membaca blog orang lain, aku dapat entry menarik untuk aku mengemaskini di blog sendiri.

Ada orang kata, blog yang di buka untuk tatapan orang ramai adalah lebih baik daripada blog yang di privacy. Ada pelbagai pendapat yang rata-rata mengatakan blog yang dibuka untuk tatapan orang ramai adalah lebih baik kerana kita bekongsi cerita dengan orang lain. Begitu juga mungkin ramai akan memberi komen-komen tentang pendapat kita di entry yang kita wujudkan. Mungkin benar pendapat itu, tidak salah bagi aku. Maka wujudlah pelbagai tanggapan bahawa, adakah kita tahu pembaca-pembaca kita itu dikalangan siapa? Kadang-kadang kita tak mengenali orang yang memberi pendapat kita itu menggunakan nama yang tidak dikenali. Mungkin komennya itu bukanlah baik, tapi komen yang umpama mencari 'fasal'. Mungkin kita mahu melepaskan kemarahan kita pada blog, dan seperti aku juga, apabila kita merasakan kemarahan tersebut, mulalah melepaskan kemarahan kita dengan menyindir, mengutuk, menunjukkan ketidak puasan hati dan sebagainya. Adakah kita tahu, orang yang kita tujukan itu membaca blog kita? Kebiasaannyalah bagi aku, orang yang terasa itu akan menyerang kita mungkin dari segi psikologi membuatkan kita bertambah marah. Aku bukan seorang selebriti yang boleh mempromosikan kisah kehidupan kita pada orang lain, berkongsi dengan peminat dengan mengejar komen yang banyak di setiap entry yang kita wujudkan.

Tidak seperti blog privacy seperti aku. Apabila kita melepaskan kemarahan, kita tahu siapa yang boleh memasuki blog privacy tersebut. Lepaskanlah kemarahan walau macamana sekalipun, kita masih tahu siapa yang boleh membacanya. Mungkin dari perspektif aku juga, blog privacy ini tidak dipertontonkan secara umum kerana aku taknak berkongsi dengan orang yang kita tidak dikenali. Adalah lebih baik blog privacy ini aku buatkan sebagai catatan harian aku, kenangan-kenangan hanya dikongsi pada generasi aku. Manalah tahu, aku nanti jadi bapa, atuk, moyang?? Tahulah mereka apa yang aku buat sebelum mewarisi khazanah blog aku ini sehingga ke generasi mereka.

Blog apa yang baik untuk aku terus membaca?
  • Yang mempunyai tajuk 'panas' yang punyai rasa untuk terus membaca.
  • Ada gambar menarik dan cerita menarik.
  • Ada cerita berkenaan kita biarpun baik mahupun menyindir kita.
  • Ayat-ayat yang sangat bagus untuk meneruskan pembacaan.
  • Layout blog yang sangat menarik perhatian.

Blog yang kurang baik untuk aku terus membaca?
  • Ada autoplay lagu kegemaran mereka. Dahla memekak. Bukan semua lagu yang dicadangkan oleh mereka ini disukai oleh aku.
  • Entry yang menayangkan hanya lirik lagu. Bukannya aku tau pun melodinya dan tak tentunya aku suka lagu itu.
  • Layout yang bersepah dan membosankan.
  • Entry yang syok sendiri, bangga diri dan tidak mencerminkan dirinya sendiri.
  • Text yang berwarna warni. Ditambah dengan background yang mengganggu pembacaan.

:: Cerita Pasal Hutang ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 6/19/2009 11:23:00 PG

0

Masih ada lagi SMS sumbang nak mintak pinjam duit...
Bro, pnjm 50 blh x. 25hb nnt aku byr blik
Sender:
A**i X-S***
+60175*****5
Boleh juga dirujuk entry lama disini. Ntah berapa ramai orang la dia forward SMS berantai ni...

Ngapela koman betul fikiran die ni agaknye... Dah bape juta kali die SMS kat aku, mintak pinjam duit. Asal SMS tertera name ko je, tak abih-abih nak pinjam duit. Tanya khabar tak pernah la pulak kot-kot aku ni hidup lagi ke, dah makan ke, dah mengaji ke? Tidaklah mengate, tapi memang nak mengatala gamaknye ni. Sepanjang hidup aku le kan, kalo orang taknak layan, dah tentule ade perasaan malu nak mintak pertolongan (pinjam duit) lagi kan? Aku pun ade hidup aku juge, nak ade harte, nak ade bini (belum lagi), nak joli-joli katak. Ape le sengalnye agaknye die rase kan kalo orang tak sudi nak tolong. Series la kalo aku bagi pinjam, agaknye pasni aku ni dah jadi cam pengemis mintak sedekah la agaknye. Memang tak dapat le balik duit aku tu...

Berkenaan kes hutang ni juga, aku semalam ada la juga cuba mencari kenalan-kenalan yang ada berhutang dengan aku. Walaupun aku jenis yang tidakla menggesa membayar hutang aku umpama Ah Long menjerat penghutang, tapi aku bukanla kejam macam diorang. Tidak juga mengenakan interest, namun aku punya kehendak untuk cuba meminta balik pinjaman dia itu. Dulu mungkin aku sangat mudah berasa simpati dan sangat ringan tangan mengeluarkan wang dari dalam poket. Masa meminjam memangla manis mulut,  tapi dah pinjam tanak bayar. Kita cuma mahu menanyakan macamana dengan hutang yang dulu, masihkan mengingatinya, tapi kita pulak dikatakan memerli dia. Bukanlah perli, sendiri makan sendiri bayarla. Takkanla tokey mamak mintak duit orang dah makan nasi dia, dia kata perli pulak? Dia pulak perli kita "Nanti aku try la pinjam duit sapa-sapa aku settle kan hutang ko ok?". Ini boleh menaikkan amarah kita pulak. Agak-agakla bro, aku dah bagi ko pinjam lama dah, dah bertahun-tahun dan sekarang dah beranak penak dah harta korang. Adehlah, mintak duit hutang tu perli ke? Time susah merengek, sanggup datang berpuluh kilometer nak cari aku. Aku busy pun sanggup tunggu sampai aku ada kat umah. Tengah malam aku nak tidur pun sanggup susah payah datang... Aku tak mintak apa la bro, bayar lambat pun takpe, janji ingatla skit hutang tu... Jangan sampai pemungut hutang membuka mulut. Nanti bernanah telinga tu. Time tu barula kata kita perli... Bukan perli, tapi sekadar mengingat hutang yang sedia berlapuk. Ada masa aku pun sesak...

p/s: aku fikirkan, hari ini hari engkau, esok hari aku. Perumpamaan itu tidak boleh digunapakai lagi di zaman kecanggihan teknologi abad ke-20.

:: Sekitar Majlis Normala & Shazli ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 6/18/2009 03:36:00 PTG

0

:: Tag Dari Iszuanie, Boring Cam Aiza Gak ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 6/17/2009 06:59:00 PTG

0

Aku buat je... Hehe... Berikutla soalan dia, baca je ye...

1. Apakah perasaan anda sekarang?
    Sekarang ni asyik pikir kerja yang tak siap je... Lebih-lebih lagi kerja kat ofis tu...

2. Saya nak makan?
    Masa ni asyik terfikir nak makan Yong Tau Fu...

3. Saya tak suka?
    Tak suka dengar cerita fitnah yang membuta tuli... Jangan jadi lalang ye, nak tau cerita boleh tanya direct kat aku...

4. Impian saya?
    Of course la aku nak hidup senang. Takyah kaya pun takpe. Yang penting aku boleh meneruskan kehidupan tanpa masalah kewangan. Satu lagi, aku nak set kamera DSLR yang super power hebat dilengkapi ngan prop-prop yang super power hebat juga...

5. Haiwan yg saya tak suka?
    Aku tak suka haiwan yang boleh bawak bencana. Boleh bawak penyakit....

6. Saya harapkan?
    Nak jadi ketua keluarga yang berguna pada keluarga yang akan dibina akan datang. Dan menggembirakan semua orang yang aku sayang...

7. Jika boleh putarkan masa?
    Nak jadi kanak-kanak yang tak tau apa itu wang...

8. Saya pada 10 tahun akan datang?
    Dah tentu la hutang kereta dah settle... Tambah hutang baru pulak... Hehe...

9. Handphone saya adalah sebuah?
    Buat masa ni aku nak Nokia 5800 XpressMusic. Tapi itu la impian je... Teknologi semakin canggih, impian juga akan bertukar...

10. Saya pernah bercinta sebanyak?
    Dah ada tunang dan akan mendirikan rumah tangga. Yang dah lepas, kita lupakan...

11. Kawan-kawan saya?
    Tidak mengkhianati aku, dan tidak tikam belakang...

12. Pernah dikhianati?
    Selalu sangat. Baru-baru ni orang yang baik pun jenis bermuka-muka...

13. Apa yang hendak anda lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda?
    Ada aku peduli?

14. Senaraikan 8 orang untuk di tag?
    Taknak tag... Buat masa ni pun sekadar melengkapkan masa yang terluang. Nak buat, buatlah ye...

:: Bapa, Ayah, Abah ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 6/17/2009 02:43:00 PTG

0

Bapa, ayah, abah, itulah panggilan keramat anak kepada lelaki yang mempunyai anak. Kehebatan ayah tiadalah tandingannya. Sebut saja ayah anak pasti berhati-hati. Ayah selalunya tegas dan penuh disiplin. Dalam banyak hal ayahlah kata pemutus.

Ayah juga jarang menunjukkan secara zahir sayangnya pada anak. Hakikatnya ayah amat sayang pada anak-anak. Kebanyakkan ayah tak banyak cakap tapi banyak tindakan. Ayah banyak mengajar anak-anak dengan perbuatan dan gerak geri. Ayah juga banyak guna bahasa badan, sehingga anak membuat telahan sendiri. Anak-anak kalau bercakap dengan ayah terlalu berhati-hati. Kadang-kadang takut kadang-kadang tidak.

Itulah kebanyakan lelaki yang bergelar ayah!

:: Sedara2, Kawan2, Murah-Murah Suda ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 6/17/2009 11:51:00 PG

0

Sebenarnya banyak job yang aku dapat mungkin dari kerja-kerja freelance. Kerja-kerja yang boleh dikatakan mendatangkan faedah tak kira dari segi pengalaman, menambah pendapatan mahupun mencari keuntungan. Freelance yang bermaksud kerja-kerja bebas tanpa ikatan pada kerja-kerja asas setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Biasanya kerja freelance ni akan dapat di buat di waktu malam, Sabtu dan Ahad mengikut terma dan syarat yang telah dipersetujui. Kerja-kerja ini kadang-kadang mendatang kebaikan dan keburukan bagi pengendalinya kerana ia tiada ikatan kuat bagi mereka yang sekadar nak cari duit tepi. Keburukan yang mungkin mengundang bencana pada pembikinnya kerana syarat hitam putih yang kurang diyakini dan mudah ditipu oleh pelanggan. Setelah kerja yang telah dibentuk dan disiapkan, mereka tidak membayar setimpal dengan gerak kerja kita. Kerana ketiadaan hitam putih yang mudah dipergunakan mendatang faedah pada mereka kerana menganggap ianya tidak perlu dibayar pun takpe... "Bukan dia boleh saman pun". Itulah anggapan mereka. Tapi bagi aku, janganla jumpa aku kalau masih belum menjelaskan bayaran. Akan aku tuntut selagi terdaya.

Berkenaan kerja-kerja freelance ini juga, terdapat risiko yang perlu ditanggung pengendalinya kerana kebiasaannya kerja-kerja yang mereka dapat dari kenalan-kenalan rapat sahaja. Tetapi akibat dari kenalan rapat inilah yang tidak dapat diterima apabila mereka meminta harga yang murah. Susahlah begitu kalau murah, yang mana kita dapat keuntungan yang ciput akibat harga yang murah. Kadang-kadang tak berbaloi langsung dengan kerja kita. Kadang-kadang mereka memandang remeh hal kualiti, tetapi membandingkan hal kuantiti berkenaan harga yang ditetapkan.

Contohnya mereka membandingkan kuantiti harga sekeping kad kahwin:

  • 90 sen sekeping menggunakan material yang bagus.
  • 1000 keping = RM900 dan dikatakan sudah terlalu mahal.
  • Charge design yang tidak dikenakan tetapi masih banyak pertukaran rekabentuk itu dan ini yang memeningkan kepala.
  • Harga kawan-kawan, sedara-sedara.
  • Design taknak yang dah biasa ada, tapi yang custom made. "Nak sangat cantik ya".
  • "Nak cepat, 2 minggu lagi nak edar-edar dah".

Perkara beginilah yang kadang-kadang aku menolak pelawaan untuk menerima tempahan mereka. Kerana keuntungan yang sekadar RM20-30, tetapi kerja yang mengeluarkan modal yang lebih dari untung seperti duit minyak, makan, masa. Memang kita ada kemahiran, tetapi kemahiran perlu dibayar dengan setimpal barulah kita akan merasa selesa dengan kerja kita. Oleh yang demikian, aku lebih rela membuat kerja berdasarkan harga merekabentuk berbanding harga pengeluaran kuantiti produk... Risiko tidak dibayar juga sangat tinggi kerana masih lagi ada yang tak bayar kerja-kerja aku yang telah disiapkan. Telefon tak angkat, bila jumpa tengah jalan dikatanya sibuk... Ape cer? Takpelah biarkan... Kita sekadar melakukan kerja amal dan ikhlas...

:: 3D Muzik Video ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 6/15/2009 11:14:00 PTG

0

Lama dah aku cari Video Muzik ni. Teruja aku melihat kreatif para perekanya. Setting bunyi yang ngam, gerak 3D yang tepat... Aku nak jadikan ianya simpanan kat blog ni...












:: Mengenai Abah ::

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 6/12/2009 11:29:00 PG

1

Tadi aku bukak forum Bincang Dot Net. Ada la perbincangan kat situ mengenai "korg rapat tak ngan ayah?". Menarik gak berbincangan tu. Selalunya aku jadi silent reader je dan malas nak amik port sangat. Biasala, aku tengok forum tu pun macam forum kroni je. Lepas orang tu reply, org ini reply dan orang itu reply. Habis-habis pun orang yang sama je reply. Aku reply mana yang patut dan menarik perhatian aku je.

Mengenai forum jugak, forum ~toot~ aku takde dah nak masuk campur. Malas nak layan, dan apa yang dibincangkan kat forum tu pun makin merapu sebab takde tarikan yang boleh mencetuskan rasa best langsung untuk dibincangkan. Tambahan lagi sejak-sejak posting aku kena delete, lagila aku tak teringin nak posting. Dan tambahan pula, sejak dua menjak ni, orang tua kat forum tu emo tak sudah-sudah. Posting dia boleh dikatakan "taknak kalah" dan dia rasa dia ajela betul. Boleh pulak main bantai orang dengan sindiran sangat kasar. Rasanya forum tu dah bukan tempat untuk perbincangan, tapi forum itu dah macam forum dia sorang yang punya. Taula pangkat dia besar. Ada aku peduli?

Berbalik pada topik ayah tadi. Secara jujurnya aku boleh cakap aku tak rapat sangat ngan Abah aku sejak dari kecil lagi. Tapi kami adik-beradik sangat menghormatinya kerana sifat tanggungjawabnya dia berkenaan keluarga. Tak pernah ada cacat celanya bimbingan, didikan, ketegasan dia pada kami adik-beradik. Cuma entah kenapa aku tak rapat ngan Abah aku, mungkin sebab kami dari kecik dididik dengan keadaan tegas. Tapi itu dulu, Abah sangat garang. Tapi sejak kami semakin dewasa dan punyai kehidupan sendiri, Abah dah bertukar wataknya 40%. Tak garang dah. Mungkin sunyi barangkali anak-anaknya sorang demi sorang tinggalkan mereka. Tapi aku tak pernah lupa mereka. Tiap-tiap bulan aku balik, dan kadang-kadang lopong jugak sebulan aku tak balik, huhu... Tapi tak juga aku lupa menelefon mereka. Secara dasarnya aku katakan, kalau aku telefon kampung, tak pernah lama aku bercakap ngan Abah. Sebabnya, kalau aku telefon, Abah mesti cakap balik kat aku "Nak cakap ngan Mak ke?"... Hmmm... Dalam hati memang nak borak ngan Abah lama, tapi Abah dah potong line, kenala cakap ngan Mak.

Aku memang rapat ngan Mak. Walaupun Abah tak pukul aku, aku sangat rapat ngan Mak. Kalau diikutkan, Mak lagi selalu piat, cubit, pukul aku dari Abah. Tapi pun memang salah aku, dia pukul sebab aku buat salah, terima ajela. Berbanding Abah, kenapa aku tak boleh didik diri aku nak sangat rapat ngan Abah walaupun Abah tak pukul aku berbeza ngan Mak? Entahlah...

Kini aku bergelar manusia kota yang hidup di bandar metropolitan. Aku dah makin menyampah dengan kota, hidup yang penuh dengan ketidakjujuran (hipokrit segala bagai), membuatkan aku macam nak balik ke zaman kanak-kanak (mustahil). Kalau diikutkan aku taknak balik ke zaman itu sebab mesti aku kena rotan ngan Mak, marah ngan Abah sebab balik lambat main bola "TAK INGAT MAGHRIB KE?"... huhu. Memang nostalgia, merindui zaman itu... Asyik gaduh ngan adik (Nanges je kerjanya). Aku jugak kena cubit. Adehlah...

Jauh tersasar agaknya aku ni mengenai Abah. Walaupun aku dah bekerja dan punyai wang sendiri, aku tak lupa bagi duit kat diorang. Taklah banyak, cukupla dari tak bagi langsung. Tapi tiap kali bagi duit kat orang tua, kenapa aku tak nak bagi kat Abah? Mesti bagi kat Mak, dan aku tau salurannya ke mana. Mesti untuk Mak dan Abah juga. Pernahlah aku bagi duit, memang aku ada masalah kewangan masa tu, boleh pulak Mak cakap pakaila duit ni, duit ko bagi dulu. Adehlah terharu pulak aku, mana boleh cakap camtu... Aku bagi bukan suruh simpan... Huhu... Dengan berat hati terima jugaklah. Aku tak pernah bagi duit belanja tu melalui Abah (melainkan aku hutang ngan Abah baru aku melaluinya). Dah mentaliti ni kata "takut, takut, takut", sampaila sekarang takut walaupun abah tak macam dulu lagi (sedih plak aku masa menaip ni). Dengan Mak lain pulak, setelah dicubit, dirotan, dipukul ngapa tak takut? Hehe... Naluri anak lelaki kot biasa mesti nak ngan Mak, anak perempuan mesti nak ngan bapak (itu kata orang).

Bukan kerana sambutan hari bapa yang dikatakan orang aku buat entry ini, tetapi mengingatkan kesedaran aku barulah terwujud entry ini. Setiap hari yang istimewa disambut mesti ada sebab (tidak terpengaruh lagi untuk sambutan-sambutan seperti Hari Ibu dan Hari Bapa), tak perlulah kerana sambutan ini dikatakan istimewa, tiap-tiap waktu pun aku sayang diorang. Marilah kita doakan kesejahteraan kedua-ibu bapa kita selepas solat. Itu sahaja sudah perlu. Mengenai Abah, 6 Ogos sudah tentu sangat penting untuk kami adik-beradik menyambut tarikh ulang tahun kelahirannya. Tak payahlah hari-hari bapa ni (follow orang kafir buat apa?)

Di sini aku sangatlah berharap ada la orang yang aku nak dia buat entry istimewa pasal Abah iaitu:
Along
Angah
Adik

Wujudkanlah entry ini untuk sama-sama bercerita pasal Abah. Tak kirala cerita zaman kecik ke, sekarang ke, akan datang ke... Bolehla buat baca-baca... Huhu... Jom sambung buat kerja....

:: Lambat, Langgar, Kantoi ::

Posted by nizam_5282 | Posted in , , | Posted on 6/12/2009 09:46:00 PG

2

Sekali lagi aku terlewat bangun. Sejak kebelakangan ni, aku memang suka lambat bangun. Walaupun dah set dah jam kul 7.30 pagi bangun dari tidur, tapi aku tetap dalam benak aku (ala kejap lagi... 10 minit lagi... seterusnya 5 minit lagi... kemudian 2 minit lagi). Hah! Padan muka aku sampai kul 8.30 baru bangun. Kah kah kah... Maklumla, ofis dekat la katakan. 15 minit je sampai. Walaupun 15 minit, waktu maksimum yang aku gunakan untuk sampai ofis adalah 20 minit sebab nak beli nasi lemakla, airla untuk dibuat sarap kat office. Harini aku keluar rumah pukul 9.05 pagi. Sebab layan berita kat tv3 dulu... Hahaha hancurla aku...

Dalam perjalanan ke tempat kerja, dengan penunggangan aku yang begitu sopan, satu kereta MYVI yang kononnya nak convert ke konsep kereta Jepun (PASSO), berwarna putih berbonet hitam (dah macam tapir dah), memangkah aku dengan cara tidak berhormat. Sungguh tak bersopan sekali pemanduannya oleh kerana sikapnya yang rasa kereta dia sangatla hebat kot? Ala, aku dah biasala jumpa mamat-mamat poyo yang rasa kereta diala macam paling hebat kat dunia (gua tak kisah pun). Dengan rasa tak puas hati kerana sikapnya itu (!@#$%^&*), aku kembali tenang dengan meneruskan perjalanan aku ke tempat kerja. Sampai di satu persimpangan... Ganggggg! Sreetttttt! (bunyi benda kena langgar dan brek mengejut dari seretan tayar). Oleh kerana aku menunggang motor sejati, mudah sahaja aku mencilok dilaluan kereta. Aku kembali mengingati MYVI tapir tadi. Kereta yang pancung aku tadi rupanya kena langgar. Iswara putih telah melanggarnya dari belakang sampai rongak bumper kereta MYVI tapir tu dia rodok.

Dalam kes ini, siapa salah sebenarnya? Dah tentulah Iswara putih tadi kan sebab dia yang melanggar. Dari perspektif luar logik, MYVI tapir tadi pun salah sebab dia main pancung je barisan. Tapi tak ada bukti pun yang MYVI tapir ni bersalah sebab dia yang dilanggar. Entahlah... Itu korang settle la sendiri. Dalam hati aku sedikit senyum sinis (jahat gak aku ni gelakkan orang). Siapa suruh bawak kereta macam setan. Aku taula aku naik motor je, takyahla pancung aku sebab motor aku berkapasiti 110 cc berbanding MYVI tapir ko yang berkapasiti 1299cc tu. Tu belum keluar MOVE aku lagik, kang ko terkucil tengok kereta aku tu... Hak hak hak... Lantak korangla, kalau aku layan kemalangan tadi sebagai saksi, lambat plak aku masuk ofis. Korang selesaikanla sendiri walaupun dalam hati aku gelak ~lalalala...

Masuk je ofis, sekali bos dah ada da kat ofis. Kantoi la plak. Seperti biasa, kalau lambat aku buat bodo je la dan disertai ucapan 'SELAMAT PAGI BOS'. Aku teruskan dengan aktiviti harian aku ngadap komputer melakukan kerja yang belum selesai. Dan dengan cara mengambil hati kekantoian aku harini, aku tunjuk job aku yang dah siap semalam. Ekekeke... Tak ikhlas betul aku...

Next time la cerita lagi, aku nak sambung wat bodo jap...

:: Rompak ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 6/10/2009 11:47:00 PTG

3

Harini aku rasa artwork aku telah dirompak sekali lagi oleh kerana open blog aku yang dulunya takde privacy. Ini adalah hasil dari penyelidikan musuh (8.9) yang memberi info melalui emel. Ntah apa maksudnya dia memberitahu perkara ini. Aku rasa ada sesuatu yang dia nak sampaikan dalam masa yang sama dia nak tunjuk artwork aku telah di sabotaj... Menyirap aku melihatnya kerana original artwork masih kepunyaan aku. Aku rasa dia telah mencurinya di entry yang lepas... Sila check di sini.

Berikut adalah emel dari mamat 8.9 ni pada aku dalam lingkungan pukul 11.50 malam (10 Jun 2009)
Image Hosted by ImageShack.us

Berikut pula merupakan penyalahgunaan artwork aku pada forum mereka...


Aku memang hangin gila bila aku tau artwork aku telah di salah gunakan oleh orang yang tak bertamadun. Memang tak boleh di maafkan bila menyalahgunakan apa yang aku tak izinkan. Kalau ikut hati, memang aku nak buat report polis aje penyalahgunaan tanpa keizinan ini. Mungkin dengan cara menyeludup masuk ke forum ini aku dapat menasihatkan mereka supaya jangan menggunakan artwork aku tanpa kebenaran... Kalau masih memaparkan tanpa kebenaran, aku mungkin akan membuat tindakan drastik untuk membawanya ke pihak berkuasa. Kalau kita boleh bawa berbincang, aku rasa lebih baik.

Berikut adalah rundingan aku kepada pihak admin yang rasanya dapat meleraikan kekusutan ini untuk mengakui hak-hak aku sebagai seorang designer.
Salam...

Di maklumkan dengan jasa pihak tuan, dapatlah tidak memaparkan artwork saya (karikatur kereta kenari berwarna kuning) tanpa kebenaran. Ini adalah salah di sisi penggunaan artwork tanpa kebenaran kerana segala lukisan tersebut telah didaftarkan kepada Harta Intelek Malaysia di bawah nama saya.

Dengan kerjasama pihak tuan, saya ucapkan terima kasih kerana saya masih mempunyai budi bicara untuk tidak membawanya ke pihak berkuasa...

Sekian.

:: Haih La! Apa La Aku Ni ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 6/10/2009 02:16:00 PTG

3

Arini aku nak cerita sket... Maklumla time boring, kerja dah siap ni saje la tangan ni merayap nak taip-taip. Apa yang biasa aku buat bila masuk ofis? Nak kata aku perfect sampai kat ofis tepat masanya tu adalah penipu bagi seorang pemilik nama Nizam. Sejak kebelakangan ini, pemilik nama tersebut selalu datang lambat. Malam jadi kelawar, online sampai tak ingat dunia. Paling koman pun online sampai pukul 2 pagi. Dah la online sampai lewat malam, dah tu lepas tutup komputer, pasang pulak TV. Main games, tengok DVD dan segala bagai yang mewakili TV. Mainnya takla lama mana, tengok nya pun tak lama mana. Dari pelantar games PS2 ianya beroperasi, aku selalu terbabas tidur dengan TV yang masih terbuka. Sungguh membazir diriku ini. Taula duduk rumah tu sorang lagi takde orang nak tolong tutup. Hehehe... Kalau dah duduk berdua mesti aku kena piat telinga... Membazir je kerjanya, bil letrik plak melambung...

Purata kedatangan ke ofis aku sejak dari bulan Mei tempohari hingga harini adalah sekitar 9.20 pagi. Memang jahanam betulla aku nih... Camana nak maju. Ahaks... Orang sibuk dengan nak cari kerja, buang kerja, aku tak habis-habis dengan datang lambat. Apa boleh buat, boss pun datang lambat. Boss borek, staff rintik... Taula kerja takde punch card. Kalau kantoi boss datang awal, aku pulak dengan alasan tayar pancit, jumpa client, skit perut tercirit birit dan macam-macam lagi. Tapi, boss aku tak bising. Dia tau kerja mau siap sahaja. Dan sejak aku dah boleh online kat rumah, purata ketepatan waktu pulang aku adalah sekitar 5.15 petang. Itupun sebab aku dah jarang keluar waktu rehat melainkan perut aku ini benar-benar memerlukan pengisian drastik. Itupun kerana alasan, boss ada kat ofis. Malas nak ngadap. Karang ada aje nak buat itu ini iaitu perkara yang diluar bidang kuasa. Kadang-kadang suruh angkat kerusila, panjat meja la... Macam budak-budak aku dibuatnya. Tapi kerana aku nak melarikan diri dari diperlakukan sebegitu, baik aku keluar makan waktu lunch. Tak makan pun, ronda-ronda kat Jusco Kepong ke, balik rumah ke. Maklumla rumah sekangkang kera tengah ukur jalan.

Adala member aku ni, kesian betul aku pada dia. Apa la salah dia aku pun taktau. Mungkin sebab dia kena lebih bersyukur kerana suami dia nama Shukor. Hehe... 13 hb ni dia akan ke atas pelamin belah laki kat Johor. Lagi beberapa hari je lagi. Baju dia sudah kena kenceng la sama satu bridal. Memang haram J betul. Kedai dia tutup ke apa aku tak tau. Ada kemungkinan dia nak lari dari client dia sudah tutup HP. Tinggal berapa hari aje lagi dia nak naik pelamin, baju tak ada lagi. Ntahla, aku pun tak tau nak bagi pendapat. Dia apa lagi, kepala hangin sudah ada dalam kepala. Tak pun nanges-nanges ajelah kerjanya (jangan marah ha). Ish! Kalau kena kat aku, memang saja kena letup itu mamat yang buat baju pengantin tu. Bukan dengan tukang kedai tu, dengan kedai sekali aku letup. Tapi apa-apapun aku nak nasihat kat ko, ada beberapa hari lagi, ambillah masa yang ada ni gunakan sebaik mungkin untuk mendapatkan sepasang baju pengantin yang lain. Kes kedai tu kita ketepikan dulu. Lain hari kita tolong letup itu kedai dan report sama polis...

p/s: Dah lama tak rajin menaip macamni, maklumla line clear...

:: Kosmo 9 Jun 2009 ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 6/10/2009 12:56:00 PG

0


Sebagai silent reader kat forum ~toot~, harini kecohla sikit pasal member ni. Nama dia Ajoyaero. Kerja kat terowong SMART. Kalau nak kenal, budak yang pegang telefon tu tak pun budak yang tengah kat picture bawah tu. Bagi aku dia takde masalah ngan aku. Tapi sebagai rakan kroni mamat2 kelab malaun tu aku tak taula... Tak kisah pun, bukan nak promote pun. Entry ini dibina adalah untuk sebagai rujukan di masa depan sahaja...

Sila rujuk kat URL ini... KOSMO 9 Jun 2009

:: Lagu Favourite Aiza ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 6/08/2009 09:27:00 PTG

5

Kali ni aku nak kongsi lagu bersama kenalan-kenalan privacy blog ku ni. Aku ada kawan nama dia Nur Aiza Binti Mohd Latifi (dah salah plak eja, tapi belasah saja). Dia ni baru je kahwin 6 hb Jun yang yang lepas (alamak silap, 31 Mei aritu da). 13 hb ni dia bersanding kat Johor pulak belah lelaki. Aku tau dia ni sangat suka lagu yang aku embed kat bawah. Sampai termimpi-mimpi dia nyanyi. (Ngigau agaknya)...

Kita lupakan hal itu... Aku cuma nak kongsikan lagu favourite dia je... Jadi mari kita layan...

Liyana Jasmay
Aku Tak Percaya Cinta



p/s: Sudah buat pembetulan sebab teguran dari tuan empunya diri.

:: Punca Roboh ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 6/05/2009 06:58:00 PTG

0

Image Hosted by ImageShack.us

Kreatif betulla orang-orang Malaysia ni buat lawak bodo... Bumbung Stadium roboh pun buat mainan ketawa diorang. Aku pun tak kurang jugak sama sekali. First time tengok gambo ni, aku dah gelak dah. Kalau buat lawak kat depan Dato' Said dah tentu kena lempang laju-laju dah. Seronok agaknya stadium ni runtuh. Abih, dah mainan politik secara rasuah dah jadi sumber rezeki diorang kot? Faham-faham ajelah kalau kualitinya pun memang tahap cipan. Baru setahun je stadium ni diguna, dah jahanam... Ntah-ntah Transformers Autobot yang robohkan bumbung tu masa diorg mendarat kat bumi, pastu larikan diri...

:: "U Watpe" ::

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 6/04/2009 04:33:00 PTG

4

"U Watpe?" Hak Hak Tui... Kantoi la pulak... Agak-agakla nak nganto kat aku. Sabar la skit, taula gelabah nak menikah dah esoknya. Apesal ke aku pulak yang di hantarnya SMS tu? Apa ntah dia pikir...

Masa ni aku tengah lepak ngan Shukor, makan-makan kat kedai makanla. Tetiba SMS berbunyik "U Watpe?". Nak gelak kuat-kuat kang lain lak jadinya. Last sekali aku gelak dalam hati je. Kalo aku pun maleh nak jawab kalau soalan camtu muncul...

Apa yang aku tak suka jawab SMS bila masuk kat handphone aku?

  • Dah makan?
  • Dah tidur?
  • Boringnya
  • Penatla
  • Nak buat apa ek?
  • Ok
  • Oh
  • Hehe

Banyak lagi yang kena bagitau, tapi malas nak tulis. Banyak sangat. Tapi ayatnya macam tula lebih kurang. Aduhla, senang cerita, ayat yang pendek dan tak perlu tanya pun boleh jawab punya...

:: Revenge Of The Fallen ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 6/04/2009 01:41:00 PTG

3

Image Hosted by ImageShack.us

Lagu Tema Transformers - Revenge Of The Fallen
Linkin Park - New Divide


Tak Syabar rasanya nak tunggu filem yang akan meletop kat panggung wayang ni. Tengok ajelah siri pertamanya, sampai 3 minggu dan hampir sebulan di pawagam masih tak surut penontonnya. Sekarang ni aku tengah layan tak habis-habis Score Music dari filem pertamanya... Dengar preview filem ni pun macam masih menggunakan score music yang tak jauh beza... Oh! 24 Jun 2009, aku tak sabar menunggunya...

:: Nombor Aku Naik, Peduli Apa Aku ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 6/03/2009 09:09:00 PTG

2

Aritu adala member aku cakap, "Ko tak beli nombor ekor ke?". Ceit! Simpang mintak jauhla aku main nombor haram tu. Berjudi jangan la sekali. "Ko gile ke aku nak beli nombor ekor tu?" Kata dia, kalau ko beli dah tentu kaya ko sekarang. Ape jadah ntah dia suruh aku beli, dah takde iman ke. "Nombor ko naikla, 5282 first prize tau!".

Yeke nombor aku naik? Famous gak nombor aku. Tapi takdenye aku rasa itu nombor bertuah. Yang aku tau tu nombor haram. Aku berminat pada nombor 5282 adalah sebab aku lahir pada 5 Februari 1982. Siapa nak beli nombor ekor tu belila, takde kena mengena ngan aku. Kalau kaya pun makan pakai nombor tu, jadi isi daging makan duit haram. Jauhkanla....

:: Vodafone Mobile Connect USB Stick ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 6/03/2009 08:30:00 PTG

0

Atas sebab Siti tak sempat-sempat nak pakai broadband, aku terpaksa meminjamkannya modem USB stick aku kepadanya. Jadi aku telah pergi ke Low Yatt mencari modem yang baru. Harga RM399. Tanya punya tanya rupanya lepas register akaun baru, cuma memerlukan 30 minit sahaja untuk diaktifkan. Tak macam sebelum ni aku buat kat Carrefore Kepong kena tunggu 3 hari baru boleh activate. Mungkin sebab Low Yatt ni adalah centre segala macam pengaktifan Celcom. Tu yang cepat aje.

Balik je rumah, tanpa menyabar-nyabar aku try cucuk USB Vodafone ni kat komputer. Install segala bagai, terus boleh guna. Stabil pun stabil modem ni. Puas hatila jugak aku menggunakannya... Tapi ini adalah cuma pinjaman sahaja. Nanti terpaksa kembalikan semula pada tuannya... Huhu...

:: Nofal Close Up ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 6/01/2009 09:33:00 PTG

2

:: Pegi Muzium ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 6/01/2009 08:58:00 PTG

0

Semalam, aku ngan Siti jenjalan. Tak terpikir nak jenjalan kat mana. Pikir punya pikir, aku nak gi muzium. Dah lama teringin sangat nak tengok pameran yang mempamerkan seni senjata tradisional. "Senjata Tradisional - Misteri dan Kesaktian". Dulu nak ajak angah gi tengok, banyak pulak halangannya. Nak gi sorang rasanya cam takde point pulak. Nak ada teman barula best sikit jenjalan.

Tema pameran "Senjata Tradisional - Misteri dan Kesaktian"

Pintu Masuk

Sekali 'No Camera' la... Jahanam betul. Nak buat research camana kalo takleh amik gambo. Adehlah... Tapi takpe, aku curi-curi amik gambo gak. Kalau gambar kurang menarik tu, sebab aku tak hidupkan flash. Jadi gambar agak bergegar dan kurang memuaskan...


Adala satu artikel yang sangat menarik perhatian aku. memang dah lama giler aku nak cari benda ni. Tapi tak jumpa pulak kesahihannya. "Taming Sari". Betul ke tu Taming Sari? Boleh percaya ke? Ntahla, kalau betul, betulkan aje. Tapi aku susahla nak percaya itu adalah bentuk keris Taming Sari. Kat artikel tu pun dia macam sangsi je keris Taming Sari tu adalah benar bentuknya... Jadikanlah satu artikel yang boleh dipercayai sebab ada bukti yang amat sikit ni...