Apa Jenis? Bikin Hangin Lagi

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 4/30/2009 11:48:00 PG

1

Harini aku masuk ofis lambat. Nasib baik job nak hantar harini dah tapau semalam punya. Cuma nak hantar kul 12.00 tengahari tadi kat TOURISM MALAYSIA. Nak top-up job tu dengan sedikit rasional je sebelum hantar. Sebab lambat bangun lepas subuh tadi, akibatnya terlajak sampai pukul 9.15 dan masuk ofis kul 10.00. Nasib baikla aku ni ada buah hati pengarang jantung (motor) boleh menyelit laju untuk ke ofis. Kalau nak naik kereta, maknanya kul 10.30 la sampai... Sampai kat ofis, nasib baikla bos takde. Selamat. Pasal staff lain, itu boleh adjust punyer... Biasala takkanla diorang tak tau malam tadi ada game Manchester United. Ehehe... Nasib baikla diorang tu boleh kawtim sama-sama jaga periuk nasi sendiri ngan orang lain. Kalau diikutkan, boss aku pun sama. Peminat ManU ni. Pasal tula dia pun lambat kot? Hahaha...

Adala kes pagi tadi yang mengganggu pandangan mata aku untuk ke tempat kerja. Dalam masa tunggang motor nak ke ofis, pandangan mata aku di ganggu oleh penjawat awam (polis @ otek). Hangin je aku tengok dia bawak motor tak pakai helmet dengan penuh pakaian seragam bawak motor. Aku follow la belakang dia sambil pegang handphone nak shoot gambar dia. Aku lalu depan dia, aku pandang tepat kat muka dia, tanda tak puas hati. Tau pulak salah kan? Kalau orang lain, ko nak saman je memanjang. Kalau ko buat salah, takpe plak kan?

Takpela, kalau dia nak marah aku ke apa kan? Tapi aku ada bukti ko buat salah, siap ada no plet lagi. Camni ke polis, tau nak cari salah orang. Tapi diri sendiri tak tunjuk teladan yang baik. Tapi kesianla kat polis lain. Sebab ko sorang buat salah, polis lain terpalit sama... Tapi ada polis yang berhemah tinggi, aku solute tak sudah-sudah...

Liga Juara-Juara - Manchester United benam Arsenal 1-0

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 4/30/2009 11:42:00 PG

0

Image Hosted by ImageShack.us
MANCHESTER, England 30 April - John O’Shea memberikan penyandang juara, Manchester United kemenangan 1-0 ke atas Arsenal dalam perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di sini, awal pagi ini.

Pemain pertahanan itu menjaringkan gol pada minit ke-18 selepas Arsenal gagal mengeluarkan bola sepakan sudut.

Kedua-dua pasukan akan beraksi dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Emirates, Arsenal Selasa ini. - AP

p/s: Mantapla game malam tadi... Tengok sampai lebam-lebam mata. Maka, masuk kerja pun lambat kerana lambat bangun tido...

Nampak Kekantoiannya... Yaperda!!!

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 4/29/2009 02:28:00 PTG

0

Image Hosted by ImageShack.us
Pasal teruja nak tengok filem X-MEN ORIGINS: WOLVERINE, aku udah beli DVD dia kat Uptown Kota Damansara. Kerana termakan pujuk rayu penjual DVD cetak rompak mengatakan gambar memang cantik giler, akibatnya padan la muka aku sendiri. Gambar memang cantik, tak disangkal lagi. Tapi DVD Leak. Kebocoran semasa proses penyuntingan akhir.

Siapa la punya kerja bawak keluar filem yang tak habis suntingan akhir ni? 3D dia kelakar la pulak siap nampak screen hijau ngan tali-tali masa aksi stunt. Nampak kantoila filem ni. Nampak memang tak real langsung la kalau mungkin dibandingkan dengan filem yang akan ditayangkan kat panggung. Ah!! Aku tak kira, aku nak tengok gak kat wayang nanti, walaupun aku dah tau jalan cerita dia macam mana... Kuang ajo punya pencurik artwork studio...

MU Lawan Skuad Negara 18 Julai

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 4/29/2009 09:42:00 PG

1

PERLAWANAN persahabatan antara Pilihan Malaysia dengan Manchester United (MU) di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 18 Julai depan akan berlangsung pada sebelah petang.

Lazimnya perlawanan bola sepak di negara ini akan bermula pukul 8.45 malam tetapi untuk pertemuan itu nanti, sepak mula adalah pada pukul 5.30 petang.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, penetapan waktu sepak mula pada sebelah petang itu dibuat atas permintaan kelab tersebut sendiri.

"Mereka (MU) yang minta perlawanan diadakan pada sebelah petang dan keduanya, ia berlangsung pada hari Sabtu, ideal untuk seisi keluarga hadir menyaksikannya.

"Lagipun ia bagi memudahkan penonton dari luar Kuala Lumpur untuk datang dan pulang selepas menyaksikan perlawanan tersebut," katanya pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Turut hadir, Pengarah Urusan ProEvents International Sdn. Bhd., San Boon Wah serta Pengarah Perhubungan MU, Luisa d'Aprano yang baru tiba di ibu negara pagi semalam untuk sidang media tersebut.

MU akan tiba di Kuala Lumpur pada pagi Jumaat (17 Julai) dan berlepas pula ke Jakarta, Indonesia pada Ahad (19 Julai) bagi meneruskan Lawatan Asia 2009 bertemu Indonesia (20 Julai) diikuti dua lagi perlawanan di Seoul, Korea (24 Julai) dan Hangzhou, China (26 Julai).

Ini merupakan kunjungan keempat MU ke negara ini selepas tahun 1981 dan 1995 untuk perlawanan persahabatan menentang Pilihan Selangor. MU datang lagi pada 2001 yang menyaksikan mereka membelasah Pilihan Malaysia 6-0 di Bukit Jalil.

Sementara itu, Boon Wah berkata, maklumat berhubung penjualan tiket bagi menyaksikan perlawanan tersebut akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 10 hari lagi sambil membayangkan harganya tidak akan membebankan penonton.

"Kita mengambil kira kegawatan ekonomi global yang berlaku sekarang. Saya boleh beri jaminan, harga tiket adalah lebih kurang harga yang dijual ketika perlawanan persahabatan pada 2001 iaitu dalam lingkungan RM50 hingga RM90.

"Tentang pasukan MU, saya pasti mereka akan datang dengan barisan pemain utama. Ini antara perlawanan pramusim mereka untuk musim 2009/10, jadi sudah tentu semua pemain berusaha memikat hati Alex Ferguson," kata Boon Wah.

Tambah beliau, segala pertandingan atau aktiviti menjelang kedatangan MU ke Kuala Lumpur itu akan dimulakan sebaik penjualan tiket diumumkan dan hadiah-hadiah yang ditawarkan merangkumi pas menyaksikan sesi latihan pasukan berkenaan serta tiket perlawanan tersebut nanti.

Segala maklumat lanjut boleh diperoleh di laman web www.proevents.com.

Kenali Daihatsu MOVE

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 4/28/2009 02:25:00 PTG

0

Daihatsu MOVE adalah sebuah kenderaan Kei Car, dihasilkan oleh pembikin kenderaan Jepun berjenama Daihatsu sejak Ogos 1995. MOVE adalah sememangnya direkabentuk kenderaan kompak seperti Suzuki Wagon R. Daihatsu MOVE ini berjaya dijual 500,000 unit semasa tiga tahun pertama pengeluarannya.

MOVE diasaskan dari casis Daihatsu Cuore tetapi dengan satu bentuk badan (body) yang lebih tinggi. Generasi kedua MOVE (L900) menggunakan casis yang sama daripada generasi yang pertama (L600). Pada 2002, generasi ketiga Daihatsu MOVE (L150/L160) telah diperkenalkan.

Pada Oktober 2006, MOVE generasi keempat telah diperkenalkan. Enjin KF-VE jenis N/A dan satu transformasi yang sentiasa berubah-ubah (CVT) tersedia ada pada model ini, menyediakan prestasi pemecutan yang tinggi dan kecekapan bahan api yang lebih tinggi 23 km/L. MOVE terbaru ini juga adalah satu daripada beberapa kenderaan jenis Kei Car yang mempunyai beg udara (air beg).

Di Malaysia, PERODUA juga telah mengeluarkan satu jenama versi MOVE yang dikenali sebagai KENARI.

MOVE generasi pertama


MOVE generasi kedua


MOVE generasi kedua (custom)


MOVE generasi ketiga (custom)


MOVE generasi keempat (custom)


ANEKA GAYA

Daihatsu MOVE Latte
Daihatsu MOVE Conte

MOVE CUSTOM RS 2WD

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 4/28/2009 02:14:00 PTG

0

Image Hosted by ImageShack.us

PINK + UNGU

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 4/27/2009 05:26:00 PTG

1

Image Hosted by ImageShack.us

Jom Larikkkkk!!!!

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 4/27/2009 01:04:00 PTG

0

Korang pernah tak berpengalaman macam aku? Yela masa dulu-dulu time zaman remaja yang rasanya zaman kejahilan lagi, (masa ni jugak lagila kot). Yela mana taknya, dulu-dulu kan kalau mak ayah korang la duduk depan tengok TV kat ruang tamu. Kita tengah syok layan satu cerita tak kira la TV3 ke, NTV7 ke, TV2 ke. Lebih-lebih lagi masa hari Khamis Malam Jumaat. Tengah je melayan satu cerita kat TV3, tiba-tiba iklan. Mulala tangan ni merayap nak kalih-kalih siaran TV. Kalih punya kalih, terkalih satu cerita kat TV1-Ehwal Islam. Masa tu ntah kenapa ada suara kat belakang "Ha jangan kalih, Mak nak tengok cerita ni..."

Nak marah tak bleh, nak geram tak bleh. Yela, Mak la katakan. Dah tu siaran nya pulak berunsur keislaman. Ntah kenapa rasa punggung ni terpaku je kat kerusi rasa gundah gulana. Nak angkat kaki rasa berat, nak buat kerja-kerja dengan cara membelek-belek bahan bacaan rasa berat jugak. Mulala jugak perasaan ni rasa nak buat kerja-kerja lain (konon busyla tu, ada pulak kerja lain nak buat. Tadi masa tengah melayan TV takla pulak ada kerja). 

Ada sahaja helah nak melarikan diri dari menonton rancangan Ehwal Islam itu. Setan ni saja je merasuk jangan tengok cerita ni. Cara mengelaknya ialah saja-saja nak pergi tandas, pastu terus masuk bilik tak keluar... Nak tau apa dialog mak aku? "Bila rancangan camni taknak tengok, kalau cerita maksiat tu terpacak je depan tv". Aduhla, tersentap je rasanya ayat tersebut. Memang tak leh melawan punya... Huhu...

Minggu kemudiannya kalau dah teringat ayat camtu oleh mak aku, kalau ingat je hari Khamis malam Jumaat tangan ni jangan la dok gatal tekan TV1. Takpun kalau nak terkucil, bawak sekali remote tu kat toilet tak pun sorok... Adehla, buruk betul perangai... Kadang-kadang diorg ni dah set dah tanya "Malam ni malam apa ye? Cuba tengok-tengok TV1 kalau ada apa-apa cerita best". Perli ke apa ni? Huhu... Kononnya kalau cerita selain TV1 tu tak best, terpaku gak menonton konon-kononnya best la cerita tu asalkan jangan tengok Ehwal Islam. Jahat betul kami adik-beradik. Degil tak hengat...

Kini tidak lagi, sebab aku dah makin dewasa. Kalau ada la balik kampung kena pulak hari Khamis malam Jumaat, saja ambil hati tengok Ehwal Islam... Konon dah baik la tuh!! Ceit... Tapi kan, kalau layan best jugak kan? Ada jugakla pengajaran yang boleh diambil dari rancangan tu... Tapi kalau tak balik kampung, jangankan nak tengok rancangan tu, saja-saja buat tak ingat... Hampeh... Adakah ini perkara biasa berlaku pada anda? Sebenarnya, siapa yang baca thread ini, sama je cam aku... Jangan nak tipula...

Giggs Pemain Terbaik EPL

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 4/27/2009 12:58:00 PTG

0

LONDON 27 April – Pemain Manchester United, Ryan Giggs dipilih sebagai Pemain Terbaik Liga Perdana England (EPL) buat pertama kali oleh Persatuan Pemain-Pemain Profesional (PFA) hari ini.

Walaupun hanya beraksi dalam 12 perlawanan liga dan menjaringkan satu gol setakat ini, pemain Wales itu akhirnya memenangi anugerah tersebut selepas 18 tahun mewakili United.

Dia mengetepikan saingan rakan sepasukan di United, Cristiano Ronaldo, Nemanja Vidic, Edwin van der Sar dan Rio Ferdinand serta pemain Liverpool Steven Gerrard.

Giggs merupakan pemain Wales pertama memenangi anugerah itu selepas bekas penyerang United, Mark Hughes pada 1991. - Reuters

Mana Hilang Kereta Aku Woih?

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 4/26/2009 12:19:00 PTG

1

Man Utd vs Spurs (Win 5-2)

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 4/26/2009 11:32:00 PG

0

Man United 5
Ronaldo (57, 68), Rooney (67, 71), Berbatov (79)

Tottenham 2
Bent (29), Modric (32)

25 April 2009 Old Trafford

Tips Tayar dan RIM

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 4/25/2009 05:26:00 PTG

0

Ini bermakna tayar aku berkelebaran 175mm dengan menggunakan RIM 15 inci. Dalam kes ini, sisi ketinggian tayar aku ialah 87.5mm (175 x 50%). Mengikut penjadualan yang dah dikaji oleh aku, 75H itu bermaksud tayar aku adalah jenis H type di mana kelajuan ditetapkan oleh jadual ialah 210km/j. Tetapi dengan angka 75 itu menandakan hanya 75% daripada kelajuan 210km/j itu mesti diambil kira yang mampu mencapai sekitar 157.5km/j (75% X 210km/j)



Fungsi nombor 4 angka ini adalah:
(0109)
  • 01 bermaksud minggu dikilangkan.
  • 09 bermaksud tahun dikilangkan.
  • Jadinya tayar aku bermaksud minggu pertama (01) iaitu bertahun 2009 (09).
  • Ini menunjukkan bahawa tempoh hayat tayar yang sesuai di pakai ialah 2 tahun dari tarikh dikilangkan. Perlu diingatkan oleh aku sendiri bahawa aku perlu tukar tayar aku pada minggu pertama (01) tahun 2011 (11) = 0111.
  • Sekiranya tidak di ambil berat berkenaan nombor-nombor ini maka selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamat digunakan.
  • Bukanlah tak selamat digunakan, tetapi untuk langkah berjaga-jaga. Bahaya kalau betul-betul terjadi semasa pemanduan.


VR 15"

Ilustrasi oleh nizam_5282


p/s: Adoila, pening aku mengkaji huruf dan nombor-nombor tayar ni... Macam nak pecahkan code tersembunyi pulak...

Diari 25 April 2009

Posted by nizam_5282 | Posted in , , | Posted on 4/25/2009 04:26:00 PTG

5

Aktiviti hari ini. Kerja amal kat Kuala Lumpur Convention Centre. Pagi-pagi lagi aku dah dapat call dari En Boss suruh aku ada kat sana dalam pukul 11 pagi. Adoila, malas sungguh aku nak kerja ini hari. Ntah apa ajela yang nak dibuat kat sana. Pasal bukan ade benda penting pun nak dibuat kat sana. Sesampai je kat sana, cari punya cari takde sapa aku kenal. Hinggalah aku jumpa Aizul yang dia pun cari tempat tujuan. Maklumla banyak sangat kiosk yang di susun kat pameran tu. Maka, tersebutlah kisah aku jumpa En Boss, dia suruh aku tolong si Helmi.

Hampeh!!! Ada ke aku ngan Aizul diberi tugas bagi belon kat orang ramai. Aduhla... Bongok betul kerja... Aku ni professional pun bagi kerja camni. Dalam hati (haram J punya boss). Maka alkisahnya di hari yang tidak indah ini aku kena bagi serah belon kat orang ramai. Dengan rasa hati yang kurang semangat buat jela kerja amal camni... Dah la aku kena buat design, lagi nak bagi kerja camni...

Atas kesedaran aku kerja makan gaji... Malu dah buang ketepi, tapi rasa seronok pula kalau ramai orang datang meminta-minta belon kat aku... "Bang, bagi belon kaler biru 3", "Belon ni jual ke, percuma?", "Bang adik ni nak mintak tapi segan, tapi saya tolong mintakkan untuk dia" (padahal dia pun nak jugak). Rasa bangga aku jadi perhatian, rasa di hormati tak kurang juga ada yang tanda sinis gelak kecil taknak terima. Tak kurang juga yang dah bagi, pusing-pusing keliling pameran lepas tu bagi balik belon kat aku. Hampeh!!!

Sikit la nak tunjuk, pasal artwork aku yang pernah aku tunjukkan kat entry lepas. Dah di komersilkan untuk tatapan umum iaitu promosikan ianya di belon... Lihat sahajalah di bawah:
Hasil pemeringkatan dari artwork ke paper. Base artwork kelabu jadi silver...


Aplikasikannya di sini... Letak kat belon la plak...


Banyaknya nak kena bagi-bagi kat orang ramai... Parah aku...


Dari apa yang aku lihat kat pameran ini, ternyata tak rasa menyesal sikit pun walaupun dalam hati bengang kat boss, jadikan aku macam macai. Ini disebabkan artwork aku terpampang kat kiosk MyIPO dalam cermin. Nyata membuahkan rasa bangga kerananya... Laporan Tahunan MyIPO 2007 di persembahkan kepada umum di pameran ini...Belum pun habis bagi belon kat orang ramai, pukul 2.45 aku ngan Aizul chow balik. Malas dah nak bertandang lebih kat pameran ni kalau cuma menjual muka dengan memberi belon kat orang ramai...

Selamat Hari Jadi 27 Aiza

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 4/25/2009 03:46:00 PG

1

Image Hosted by ImageShack.us
Entry untuk masa ni... Selamat Hari Jadi Aiza... Semoga kahwin ko dalam keadaan aman dan makmur sehingga ke keturunan-keturunan seterusnya. Aku tetap tuntut hutang ko... Jangan buat-buat lupa... Aku cekik ko kang...

NOS 24/04/2009

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 4/25/2009 02:59:00 PG

0

Aktiviti NOS sentiasa berlaku pada kelab Kenarianz setiap hari Jumaat malam Sabtu tak kira ianya di Penang, Perak, Kuala Lumpur, Johor mahupun Sabah. Lokasinya sahaja yang sentiasa berubah-ubah setiap minggu mengikut pengendali yang bertanggungjawab. Tak terkecuali aku yang sentiasa menghadirinya untuk beramas mesra menghilangkan rasa stress yang sentiasa menyusup masuk dalam benak aku sendiri... Kebiasaannya aku akan menghadiri acara NOS ini hanya di dua tempat paling kerap aktif iaitu di Kuala Lumpur/Selangor/Putrajaya. Seandainya aku berkesempatan pulang ke Ipoh, aku akan cuba menghadirkan diri di cawangan Perak juga. Tiada apa yang berlaku melainkan majlis berbual-bual kosong di samping acara perli dan kutuk sesama sendiri menandakan kenalan yang biasa sememangnya rapat. Walaupun ketegangan berlaku di alam maya, rasanya apabila berjumpa serta berdiskusi, semuanya mudah sahaja selesai tanpa rasa amarah yang kerap berlaku... Itulah keistimewaan NOS (Nes 'O' Session) dari kelab Kenarianz.

Kali ini bertempat di Dataran Putrajaya, muka-muka yang kebiasaannya muncul sangat akrab. Tiadalah bezanya antara yang jarang datang atau selalu datang akan terpinggir kecuali diri sendiri yang sengaja mahu meminggir. (Campur orangla sikit weh!) Datang seminggu sekali pada mereka yang berkomitmen amatlah dipuji. Walaupun dah berkeluarga mahupun sibuk dengan kerja yang sanggup datang aku solute bagi pangkat sarjan... (Calit 3). Mereka inilah pewaris yang sangat diperlukan untuk meneruskan perjuangan. Ada yang tak datang tu cuma pandai bercakap je, tapi habuk pun tarak. Bukannya nak support... Itu alasan sahaja. Kalau datang cuma nak sticker, nak identiti dari Kenarianz baik takyah... Dah dapat sticker, tak nampak batang hidung... Seringkali perkara ini terjadi pada pengurusan yang mana tak habis-habis member nak tanya "Sticker Takde Lagi Ke?". Padahal aku kenal pun tidak. Lepas ni aku ingat nak catu pembelian sticker ini dan tidak mudah di beli oleh mereka yang cuma mahukan identiti dari Kenarianz tapi tiada komitmen untuk memajukan Kenarianz. Mungkin ini tanggungjawab yang lebih berat walaupun mengundang rasa kurang senang oleh mereka-mereka yang lama menunggu kehadiran sticker ini.

Aktiviti biasa selepas pengumuman oleh pihak bertanggungjawab, aktiviti mengembungkan perut pula berlangsung di Ali Bistro Precint 15. Nak cerita panjang pun dah malas... Ni dah malam mata dah macam kena gam. Korang tengok ajelah gambar yang ada... Itu jela yang masih punya rasa nak jumpa kawan-kawan... Pada yang hadir, sangatlah dipuji kerana mereka inilah yang kita mahukan dari kelab ini... Thanks Weh!!!!p/s: Pada yang tiada di gambar mungkin anda terlindung atau dah balik awal mahupun tak singgah minum, jangan kecik hati... Anda tetap hensem...

Upin Dan Ipin Kembali Untuk Di Download...

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 4/24/2009 05:08:00 PTG

0


BUMP BACK... Dulu ada episod yang missing... Kini sudah kembali untuk di download... Enjoy...Suka cerita Upin dan Ipin? Nak ada koleksi sendiri kat komputer korang? Meh la download kat sini....

Episod 1: Esok Puasa
Episod 2: Dugaan
Episod 3: Nikmat
Episod 4: Terawih
Episod 5: Esok Raya
Episod 6: Hari Raya
Episod 7 (Setahun Kemudian): Tadika
Episod 8 (Setahun Kemudian): Anak Bulan
Episod 9 (Setahun Kemudian): Adat
Episod 10 (Setahun Kemudian): Tamak
Episod 11 (Setahun Kemudian): Lailatul Qadr
Episod 12 (Setahun Kemudian): Kisah & Tauladan
Episod 13 (Setahun Kemudian): Sayang Kak Ros
Episod 14 (Setahun Kemudian): Ketupat
Episod 15 (Setahun Kemudian): Zakat Fitrah
Episod 16 (Setahun Kemudian): Malam Syahdu
Episod 17 (Setahun Kemudian): Pagi Raya
Episod 18 (Setahun Kemudian): Berkat
Upin Ipin & Kawan-Kawan: Air Kolah, Air Laut Bahagian 1
Upin Ipin & Kawan-Kawan: Air Kolah, Air Laut Bahagian 2
Upin Ipin & Kawan-Kawan: Basikal Baru Bahagian 1
Upin Ipin & Kawan-Kawan: Basikal Baru Bahagian 2
Upin Ipin & Kawan-Kawan: Berkebun Bahagian 1

Baru Punya...
Upin Ipin & Kawan-Kawan: Berkebun Bahagian 2
Upin Ipin & Kawan-Kawan: Gosok Jangan Tak Gosok Bahagian 1
Upin Ipin & Kawan-Kawan: Gosok Jangan Tak Gosok Bahagian 2
Upin Ipin & Kawan-Kawan: Gosok Jangan Tak Gosok Bahagian 3

Mana Besi Penutup Longkang Itu?

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 4/23/2009 05:04:00 PTG

1

Kenapalah susah sangat aku mencari besi penutup longkang? Adakah kerana ianya dijual harga yang mahal? Adakah kerana ianya telah ditukar oleh kebanyakan orang untuk sesuatu yang lebih nampak ranggi apabila memakainya? PRIMA DAMANSARA satu tempat yang tidak asing juga di mana perembat-perembat besi penutup longkang sangat popular di curi. Harganya yang sangat mahal dapat dijual oleh perembat-perembat besi penutup longkang ini untuk menghilangkan rasa ketagihan tegar najis itu. Oleh sebab itu, seringkali ada aje penunggang motosikal tertonggeng masuk ke lubang longkang yang tidak berdosa ini. Kesian dia, kesian dia...
Jangan salahkan lubang itu, salahkah perembat-perembat itu dan kalaulah penduduk PRIMA DAMANSARA dapat tangkap perembat penutup longkang ini, habis di karate dan di labi tengkuk mamat tu. Andaikan penduduk ada lebih kurang 500 orang, aku nak karate sekali je tengkuk dia. Jika di darabkan dengan 500 kali karate, dah tentu teleng putus dua tengkuk dia. Takpela, aku karate sekali cukupla...

Situasi ini amat membimbangkan kerana mungkin penunggang-penunggang motosikal ini berdepan dengan maut andai tersalah langkah masuk longkang. Tahukah anda di mana penjual-penjual besi penutup longkang ini menjual hasil mereka? Ikuti cerita sebenar dan ini juga menunjukkan kegemaran baru oleh peminat-peminat kenderaan KENARI RS seperti aku... Lihat Di Sini

Mr P Nak Kahwin...

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 4/23/2009 09:46:00 PG

5

Dengan perutusan dari Mr Presiden ingin mengakhiri zaman bujangnya, aku membuat entry special untuk kali ini. Mr Presiden mahu kahwin daaa. Akhirnya... SELAMAT PENGANTIN BARU, semoga semuanya akan berjalan lancar. Di sini, aku sertakan watikah undangan untuk semua Ahli Kenarianz untuk datang ke majlis perkahwinan tersebut. Tahniah!!!!


p/s: Tapi ni tempat Tott ke tempat Zana? Mana watikah kenduri Tott? Bila?